Tiada Manfaat! Kajian Buktikan Arak Jejaskan Kecergasan Tubuh, Buat Badan Lagi Gemuk

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda, antara keburukan alkohol ialah ia boleh mempengaruhi prestasi atlet sukan? Bagaimana minuman beralkohol ini boleh menjejaskan fungsi tubuh badan atlet sehingga mengganggu prestasi mereka?

Minuman beralkohol boleh menjejaskan kecergasan

Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan alkohol boleh menyebabkan kemerosotan besar dalam peningkatan otot dan mencapai tujuan kecergasan.

Penyelidikan mendapati antara keburukan alkohol ialah boleh mengurangkan sintesis protein otot (MPS) lalu mengganggu pertumbuhan otot kita.

Kajian juga menunjukkan alkohol boleh mengubah tahap hormon dan menurunkan metabolisme kita. Ini bermakna ia mengganggu kemampuan tubuh badan kita untuk mengurangkan lemak pada tubuh badan.

Minuman beralkohol juga boleh mengganggu pembakaran lemak

minuman beralkohol

Badan kita melihat alkohol sebagai racun dan bukan nutrien, jadi kita tidak dapat menyimpan kalori alkohol sama seperti kalori makanan.

Antara keburukan alkohol yang lain ialah ia mengganggu proses pembakaran lemak.

Alkohol terbukti dapat mengurangkan metabolisme dan kemampuan tubuh untuk membakar lemak.

Ini sebahagiannya disebabkan oleh bagaimana tubuh kita bertindak balas secara berbeza terhadap alkohol berbanding makanan sebenar.

Sebaliknya, metabolisme kita beralih daripada membakar kalori makanan yang disimpan kepada membuang sisa toksik daripada minuman beralkohol.

Bahan kimia toksik utama yang dihasilkan daripada alkohol disebut asetaldehid dan asetat.

Seseorang itu akan berasa ingin membuang air kecil dalam masa yang singkat sejurus selepas meminum satu atau dua gelas minuman beralkohol.

Tubuh anda menggunakan produk sampingan yang tidak diingini buat sementara waktu sebagai bahan bakar untuk menyingkirkan toksin.

Ini melambatkan proses metabolisme semula jadi tisu lemak atau simpanan lemak kita untuk dibakar.

Kajian mendapati bahawa alkohol menggantikan lemak untuk bahan bakar dan menyebabkan lebih banyak kalori tersimpan dalam tubuh badan kita. 

Pemakanan tidak teratur akibat minuman beralkohol

Antara keburukan alkohol yang lain ialah ia boleh menyebabkan seseorang itu makan tanpa had.

Berdasarkan kajian, pengambilan alkohol boleh menyebabkan seseorang itu makan secara berlebihan dan mengambil terlalu banyak kalori.

Apatah lagi, ketika berada di bawah pengaruh minuman beralkohol, kita tidak begitu memikirkan untuk mengambil jenis makanan yang sihat.

Alkohol boleh menyebabkan kita sering mengambil makanann tanpa had sehingga menyebabkan lemak badan bertambah.

Kajian mengenai pengambilan kalori dan alkohol menunjukkan individu yang minum wain semasa makan tengah hari telah mengambil sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari.

Kalori tambahan yang sering bertambah dari semasa ke semasa boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang agak signifikan bagi kebanyakan individu.

Tiada kandungan nutrisi bermanfaat untuk tubuh dalam kandungan arak

keburukan alkohol

Alkohol mengandungi kalori kosong yang kekurangan nilai pemakanan atau nutrisi untuk tubuh.

Terdapat tujuh kalori bagi setiap gram berbanding empat kalori bagi setiap gram yang terdapat dalam karbohidrat yang sihat.

Banyak kandungan arak pada masa kini telah diadun dengan gula tambahan yang menyebabkan pertambahan lebih banyak kalori yang tidak sihat ke dalam badan.

Pengambilan alkohol terbukti mengganggu penyerapan nutrien dengan menurunkan enzim pencernaan.

Alkohol juga boleh merosakkan sel-sel yang terletak pada saluran pencernaan yang mempengaruhi penyerapan nutrien.

Tanpa fungsi pencernaan yang normal, nutrien daripada jenis makanan yang sihat juga tidak dapat diserap untuk kegunaan tubuh.

Selain itu, kajian juga ada menunjukkan minum arak secara berlebihan boleh menghalang tubuh daripada menyerap protein dan nutrien lain yang mencukupi.

Kita memerlukan nutrien yang mencukupi untuk berfungsi pada tahap kecergasan yang optimum selain untuk membina dan mengekalkan jisim otot.

Bukan hanya pemakanan, tetapi boleh ganggu tidur anda juga

Ada yang sering mengambil minuman beralkohol kerana berpendapat bahawa ia boleh menenangkan mereka.

Namun, mereka mungkin tidak menyedari bahawa antara keburukan alkohol yang lain ialah ia boleh menjejaskan tidur anda.

Tidur yang berkualiti sememangnya amat penting untuk pemulihan otot dan pembaikan tisu.

Tanpa tidur yang mencukupi, tubuh badan kita tidak dapat berfungsi pada tahap yang optimum.

Menurut kajian, alkohol boleh mengganggu peringkat tidur gerak mata cepat (rapid eye movement sleep).

Tanpa peringkat tidur ini, kita mungkin akan mengalami rasa mengantuk pada waktu siang, keletihan, dan kurang tumpuan dalam melakukan sesuatu.

Majlis Senaman Amerika Syarikat menyatakan bahawa alkohol boleh memberikan kesan buruk terhadap corak tidur yang kemudiannya mengakibatkan peningkatan keletihan dan tekanan fizikal.

Tanpa tidur reparatif yang sihat, prestasi dan kekuatan atletik tubuh badan kita akan terjejas dengan ketara.

Kesimpulan

Jadi, adakah minuman beralkohol boleh menjejaskan prestasi atlet?

Dengan segala bukti kajian ini, ia jelas menunjukkan bahawa arak bukan hanya menyebabkan prestasi seseorang atlet itu terjejas, tetapi juga fungsi badan manusia lain secara umumnya.

Ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita walaupun kita bukanlah seorang atlet. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

STOP Memandu Ketika Mabuk! Ini Risiko Untuk Anda & Orang Lain

Alkohol adalah minuman berbahaya yang akan membuat anda mabuk. Ia seterusnya akan mengundang bahaya terutamanya jika anda memandu di jalan raya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/02/2020 . 3 minit bacaan

3 Perkara Anda WAJIB PANTAU Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan, Jangan Lalai!

Anda tahu apa pantang larang ibu mengandung ketika awal kehamilan? Ini apa yang anda perlu awasi untuk 3 bulan pertama kehamilan demi kebaikan janin.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Pertama 17/11/2019 . 3 minit bacaan

Berdasarkan Kajian, Pelajar Kolej Yang Minum Alkohol Walaupun Ada Ujian Akan Ketagihan

Pengambilan minuman alkohol di secara berlebih sudah pasti mempunyai kesannya. Tetapi bagaimana pula harga minuman alkohol juga boleh memberi kesan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Kesihatan Mental Meningkat Jika Anda Berhenti Ambil Alkohol

Menghentikan pengambilan alkohol boleh meningkatkan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan wanita, terutamanya kesihatan mental golongan wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/07/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

wanita mengandung

Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan

Nak Tahu Sperma SUBUR Atau TIDAK? Lakukan Kiraan Air Mani, Ini 7 Sebab Kaum Adam Kena Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
tiub fallopio tersumbat

9 Kaedah Semulajadi Untuk Merawat Tiub Fallopio Tersumbat, Ubah Gaya Hidup Anda Sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
7-makanan-menjejaskan-kualiti-tidur

Elakkan 7 Makanan Ini Atau Anda Akan Berjaga Sampai Pagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/04/2020 . 3 minit bacaan