Ubat Rambut Gugur Boleh Sebabkan Mati Pucuk? Jaga-jaga, Ada 4 Lagi Punca MENGEJUTKAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Umur mungkin menjadi antara punca utama lelaki mati pucuk, lebih-lebih lagi yang berumur 50 tahun dan ke atas. Namun, terdapat beberapa sebab mati pucuk lain yang mungkin kebanyakan lelaki di luar sana terlepas pandang sebelum ini.

Kami senaraikan 5 sebab mati pucuk yang sering berlaku dalam kalangan lelaki.

Ini 5 sebab mati pucuk yang mungkin anda tidak tahu

#1. Ubat rambut gugur dan prostat membesar

Menurut kajian dalam Journal of Sexual Medicine, ubat-ubatan seperti finasteride (dikenali dengan nama jenama Propecia dan Proscar) dan dutasteride (Avodart) dapat menghasilkan kesan sampingan seperti mati pucuk lelaki.

Ubat-ubatan ini digunakan untuk merawat keguguran rambut lelaki dan prostat yang membesar.

Selain itu, ubat seperti ini juga boleh menyebabkan kehilangan libido pada sebahagian lelaki.

Walaupun ubat-ubatan ini dapat membantu keguguran rambut dan mengurangkan gejala saluran kencing akibat pembesaran prostat, tapi perubahan hormon juga membuatkan ketidakmampuan untuk berereksi ketika senggama.

#2. Penyakit gusi sebab mati pucuk

sebab mati pucuk

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal yang sama, jangkitan atau penyakit pada gusi dapat meningkatkan risiko seseorang lelaki itu untuk mengalami mati pucuk.

Kajian yang dilakukan pada tikus menunjukkan hubungan antara penyakit gusi dan mati pucuk, tetapi hubungan pada manusia dan mekanisme yang menunjukkan jangkitan gusi boleh menyebabkan ED masih belum jelas.

Para penyelidik mengatakan, penyakit gusi adalah petunjuk kesihatan keseluruhan yang buruk, dan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.

Penyakit jantung juga adalah antara faktor risiko untuk mati pucuk lelaki.

Dr Bruce Kava, pemangku ketua urologi di University of Miami Miller School of Medicine berkata, penyakit gusi mungkin berpunca daripada masalah yang mendasari aliran darah pada gusi.

Ada kemungkinan seseorang yang menghidapinya juga mengalami masalah dengan aliran darah di bahagian tubuh yang lain seperti zakar.

#3. Sebab mati pucuk: Isteri lebih rapat dengan rakan anda berbanding diri anda sendiri

Sudah diketahui bahawa faktor psikologi boleh memainkan peranan utama dalam prestasi seksual seseorang individu.

Menurut penyelidikan terbaharu dalam American Journal of Sociology, jika isteri anda menghabiskan lebih banyak masa dengan rakan lelaki anda daripada diri anda sendiri, ia boleh menyebabkan anda berisiko untuk mendapat mati pucuk.

Kajian yang meninjau lebih daripada 3,000 orang lelaki berusia 57 hingga 85 tahun mendapati, lelaki yang isterinya terlalu rapat dengan rakannya adalah 92% lebih berisiko untuk sukar mengekalkan ereksi berbanding mereka yang tidak mempunyai situasi seperti ini.

Penyelidik mengatakan ini mungkin disebabkan oleh persepsi sosial mengenai kejantanan pada lelaki muda atau lelaki pertengahan umur.

Bagi lelaki yang berusia 70-an dan 80-an, hal ini kurang berlaku. Ini mungkin kerana lelaki yang lebih tua mempunyai persepsi yang berbeza tentang kejantanan.

#4. Aktiviti berbasikal

lelaki mati pucuk

Berbasikal dengan jarak yang jauh juga boleh meningkatkan risiko lelaki mati pucuk.

Artikel pada tahun 2005 yang diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine mendapati bahawa, sebanyak 4% penunggang basikal lelaki yang menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga jam seminggu dengan berbasikal mengalami mati pucuk pada tahap sederhana hingga teruk.

Manakala, hanya sekitar 1% pelari (runners) dengan umur yang sama mengalami mati pucuk.

Semasa anda duduk di tempat duduk basikal, anda meletakkan beban pada saraf dan arteri yang membawa darah ke zakar.

Lama-kelamaan, salur darah ini boleh menjadi rosak lalu mengakibatkan penurunan aliran darah ke zakar dan risiko lelaki mati pucuk.

#5. Sebab mati pucuk kelima: Tekanan darah tinggi

Saluran darah yang sihat dan aliran darah yang mencukupi sangat penting untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi.

Hipertensi yang tidak terkawal boleh merosakkan saluran darah di dalam badan, menjadikannya kurang elastik dan kurang berkemampuan untuk mengangkut darah dengan jumlah yang sama dengan cepat.

Beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, seperti beta blocker dan diuretik, juga dapat meningkatkan risiko mati pucuk.

Anda tidak sepatutnya berhenti mengambil ubat tekanan darah tanpa berbincang dengan doktor.

Namun, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat perubahan gaya hidup, seperti mengambil diet yang sihat dan melakukan lebih banyak senaman supaya dapat membantu menurunkan tekanan darah anda.

Kesimpulan

Selain daripada 5 sebab mati pucuk yang telah dinyatakan seperti di atas ini, terdapat juga beberapa sebab lain yang boleh menyebabkan lelaki mati pucuk.

Ini termasuklah keresahan, kemurungan dan penyakit seperti diabetes. Namun, 5 punca yang kami nyatakan ini adalah yang agak jarang diperkatakan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

Mati pucuk atau disfungsi erektil boleh terjadi jika seseorang individu itu menghidapi penyakit klamidia? Ini jawapan untuk persoalan tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/09/2020 . 3 minit bacaan

Masalah Mati Pucuk Boleh Diatasi! Mungkin 5 Minyak Pati Ini Boleh Membantu?

Suami mati pucuk? Anda dan pasangan mungkin boleh cuba 5 minyak pati ini untuk menyelesaikan masalah disfungsi erektil. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Lelaki Nak Rawat Masalah Mati Pucuk? Buat Senaman Kegel Saja, Boleh Lakukan Bersama Isteri

Bagi abang-abang yang sering tewas awal di ranjang, mungkin anda boleh cuba rawatan mati pucuk yang satu ini. Senaman ini boleh rawat mati pucuk lelaki!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 05/08/2020 . 3 minit bacaan

Lelaki Ambil Viagra Rawat Mati Pucuk? AWAS, Jangan Ambil Jika Anda Termasuk 10 Golongan Ini!

Apa itu viagra? Ramai yang tahu ia adalah untuk merawat mati pucuk tapi ia juga boleh digunakan untuk merawat sakit lain. Jom klik untuk ambil tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

suami mati pucuk

Biar Betul! Kalau Zakar Tak Menegang Pagi Hari Petanda Mati Pucuk? – Ini Jawapannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah ereksi zakar

Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
mati pucuk

Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
mati pucuk

Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan