Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Beberapa bulan yang lalu, rasanya ramai dalam kalangan kita yang menyangka bahawa wabak pandemik COVID-19 sudah berjaya dikawal dengan baik.

Sangkaan ini ternyata meleset kerana sejak kebelakangan ini jumlah kes positif virus korona baharu ini semakin meningkat secara mendadak dengan tiba-tiba.

Di Malaysia, berikut adalah statistik kes sehingga kini:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,957

Disahkan

9,196

Sembuh

199

Kes Kematian
Peta sebaran

Ada yang kata bahawa ia adalah disebabkan sikap acuh tidak acuh kita semua dalam mengamalkan langkah pencegahan dan pengawalan wabak ini.

PKPP hanya pada nama sahaja

Sehingga kini, kita semua sebenarnya masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pun begitu, sedarkah anda bahawa PKPP yang sedang giat berlangsung ini sudah tinggal hanya pada nama sahaja?

Ramai individu kini dilihat sudah bebas bergerak ke sana ke sini seolah-olah tiada wabak yang sedang menular!

bila pkp akan tamat

Konsep pemakaian topeng muka, pengamalan jarak sosial atau pemeriksaan suhu badan kini hanya dibuat untuk melengkapkan syarat sahaja.

Sebagai contoh, suhu badan manusia perlu diperiksa dengan menggunakan alat seperti termometer dan sebagainya sebelum boleh masuk ke mana-mana tempat.

Apa yang menyedihkan adalah segelintir individu tidak langsung melakukannya atau memeriksa suhu dengan perlakuan yang boleh dianggap ‘main-main’.

Ini adalah satu perkara yang tidak wajar untuk kita semua teruskan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel ini: 

Periksa suhu badan adalah penting!

Pergi ke mana sahaja sekarang, suhu badan perlu diperiksa terlebih dahulu di pintu masuk sebelum dibenarkan mengunjungi sesuatu tempat.

Ini bertujuan memastikan setiap individu yang memasuki sesuatu tempat itu mempunyai suhu badan manusia yang normal yakni sekitar 36 ke 37.5 darjah celcius.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut:

Berapa Sepatutnya Suhu Badan Normal Bagi Seseorang Individu? 36°C Atau 37°C?

Jika melebihi jumlah ini, maka adalah wajar untuk kalian sendiri berundur dan tidak memasuki sesuatu tempat bagi langkah berjaga-jaga.

Ini adalah selaras dengan pengamalan prosedur operasi standard (SOP) pihak kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

pekerja barisan hadapan

Pun begitu, masih wujud segelintir masyarakat yang bersikap acuh tidak acuh!

Periksa suhu badan acuh tidak acuh?

Angkara sikap malas dan mahu cepat, ada individu yang beranggapan bahawa perbuatan ini adalah tidak penting dan tidak ikhlas ketika melakukannya.

Sebagai contoh, ada individu yang memeriksa suhu badan mereka menggunakan tangan sahaja sedangkan bahagian tubuh yang sepatutnya adalah pada dahi.

Bacaan suhu paling tepat apabila pengimbas suhu diletakkan pada dahi seperti disyorkan penggunaannya,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau lagi, tidak dinafikan wujud kebimbangan orang ramai sekiranya terdapat kesan sampingan kepada kesihatan jika pengimbas suhu sering digunakan pada dahi.

Namun setakat ini tiada lagi bukti saintifik mengenai dakwaan itu dan perbuatan periksa suhu secara acuh tidak acuh ini hanya akan menerukkan lagi keadaan yang sedia ada.

penutup muka

Konklusinya, bertanggungjawablah pada diri sendiri, masyarakat dan negara agar kita semua mampu bersama melawan penularan wabak COVID-19 ini!

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

Pakai pelitup muka terlalu lama buat sakit telinga? Jangan risau kerana ada cara mudah & murah untuk menyelesaikannya. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

Penangan COVID-19, Rakyat Malaysia Makin Cakna, Simpan Duit Untuk Situasi Kecemasan

Gaya hidup sihat merupakan pilihan rata-rata rakyat Malaysia pasca PKP COVID-19. Mereka juga kini lebih bersedia dan menyediakan wang simpanan kecemasan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Berita, Berita Tempatan 13/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
virus corona

Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan mental

Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
larangan rentas daerah di sabah

Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan