Tidur siang atau dirujuk sebagai napping atau nap, adalah perbuatan tidur untuk tempoh yang sekejap pada waktu siang. Ia dikatakan cara yang sihat untuk memulihkan kekurangan tidur pada waktu malam. Mari kita semak beberapa manfaat tidur siang untuk kesihatan.
Manfaat Tidur Siang Untuk Kesihatan
Napping bukan hanya untuk bayi, malahan, terdapat kajian yang mengatakan ianya juga sangat baik untuk individu dewasa. Perbuatan ini dikatakan dapat meningkatkan memori, memperbaiki prestasi kerja, memberikan emosi yang lebih baik, membuatkan lebih fokus dan dapat mengurangkan tekanan.
- Caj tenaga
Tidur siang dapat meningkatkan tahap kewaspadaan dan meningkatkan prestasi motor, yang membuatkan anda lebih bertenaga. Tempoh waktu tidur itu akan menentukan manfaat yang akan diperolehi. Tempoh 20 minit dikatakan masa yang sesuai untuk memperbaiki kemahiran motor dan fokus. Manakala tempoh 1 jam sehingga 90 minit membawa napping ke tahap tidur Rapid Eye Movement (REM), yang dikatakan dapat membantu membuat sambungan baru pada otak dan membantu menyelesaikan masalah secara kreatif.
- Meningkatkan memori
Kajian menunjukkan bahawa salah satu fungsi tidur pada waktu malam memainkan peranan penting dalam menyimpan kenangan, menggabungkan memori, dan tidur siang juga dikatakan memberikan fungsi yang sama.
Tidur siang selepas mempelajari sesuatu boleh membantu anda mengingati perkara yang dipelajari 5 kali lebih baik berbanding anda tidak tidur selepas belajar.
Jika anda penat namun masih terdapat pelbagai tugasan harian yang perlu dilakukan, sebaiknya anda memilih untuk tidur siang berbanding secawan kopi. Berbeza dengan kafein, tidur siang boleh memberikan proses pembelajaran dan ingatan lebih baik.
- Kurangkan tekanan
Jika anda berada mengalami banyak tekanan, tidur siang boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki kesihatan imun anda. Kekurangan tidur boleh menyebabkan kandungan hormon kortisol – hormon tekanan, menjadi berlebihan dalam tubuh.
Dan apabila anda tidur, tubuh akan melepaskan horman pertumbuhan – hormon penawar kepada kortisol, yang meningkatkan sistem imun, fungsi seksual, mengurangkan tekanan dan kegelisahan serta membantu dalam memperbaiki otot dan mengurangkan berat badan.
Pakar percaya tidur untuk tempoh 30 minit boleh membantu mengurangkan ketegangan dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Sebaiknya kekal dengan waktu tidur siang secara teratur, antara waktu optimumnya – pukul 1 tengah hari dan 3 petang, kerana ia adalah masa selepas makan tengah hari.
- Memperbaiki emosi
Serotonin neurotransmiter – berfungsi untuk mengawal emosi, tidur dan selera. Ia memberikan rasa kepuasan dan kesejahteraan. Namun, apabila berada dalam tertekan, tahap serotonin akan digunakan dengan lebih tinggi dan proses untuk menghasilkannya disekat. Mengakibatkan timbul rasa cemas, mudah marah, tertekan, dan mudah terganggu.
Jika emosi anda terganggu, tidur siang atau mungkin berehat tanpa tidur dapat menaikkan kembali semangat anda. Pakar mengatakan, ketenangan hadir apabila anda berbaring dan berehat, tidak kira sama ada anda tertidur atau tidak.
- Tingkatkan kepekaan
Apabila merasa terlalu mengantuk, sehingga kelopak mata terasa terlalu berat untuk dibuka dan prestasi pekerjaan atau tugasan yang dilakukan bukan pada tahap terbaik, anda perlu tidur. Kajian NASA menunjukkan tidur siang selama 40 minit dapat meningkatan 100% tahap kepekaan.
Terdapat satu kajian lain menunjukkan, tidur siang selama 20 minit adalah lebih efektif berbanding 200 mg kafein atau sebarang senaman. Meluangkan masa untuk tidur siang dikatakan dapat meningkatkan prestasi dan kecerdasan mental. Tetapi tidur siang untuk tempoh masa yang lebih pendek adalah lebih berkesan berbanding untuk tempoh yang lama.
Jika anda mengalami keletihan, emosi terganggu, hadapi tekanan, dan tidak cukup tidur pada malam sebelumnya, sebaiknya anda luangkan sedikit masa – 20 hingga 30 minit – untuk mendapatkan tidur siang. Ini adalah jalan yang terbaik berbanding jika anda memilih kafein pada waktu tengah hari atau petang, yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada tidur malam anda.
[embed-health-tool-bmi]