backup og meta

Orang Lelaki, Sebelum Kepala Hampir Botak, Buat Dan Elak 10 Benda Ini Dulu!

Orang Lelaki, Sebelum Kepala Hampir Botak, Buat Dan Elak 10 Benda Ini Dulu!

“Alamak, macam mana ni. Rambut gugur lah!” Ujar Adam di dalam hati. Wajahnya masam mencuka apabila melihat pantulan dirinya pada permukaan cermin. Rambut lelaki ini sudah kian menipis dan nampak botak di beberapa tempat.

Pasti ramai lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut yang sama seperti Adam.

Masalah rambut lelaki 

Umur masih belum mencecah 30 tahun, tetapi rambut sudah semakin nipis.

Atas kepala pula, rambut lelaki tumbuh jarang-jarang hingga boleh nampak kulit kepala. Pasti perkara ini akan menimbulkan rasa gelisah di dalam hati.

Rambut merupakan aset nombor 1 lelaki. Dengan gaya rambut yang betul, lelaki boleh tampil yakin dan bergaya di khalayak ramai.

Namun, jika kaum Adam ini menghadapi masalah rambut, tidak mustahil individu tersebut boleh tenggelam dalam tekanan perasaan.

Menurut American Hair Loss Association, masalah keguguran rambut merupakan mimpi ngeri bagi lelaki. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk merawat masalah keguguran rambut.

Seorang lelaki boleh berubah sepenuhnya akibat daripada tekanan perasaan yang berpunca daripada keguguran rambut. Tekanan perasaan ini boleh menjejaskan karier dan mencetuskan masalah dalam perhubungan.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah rambut, ia bukan bermakna bahawa ini adalah pengakhiran bagi hidup anda.

Terdapat pelbagai rawatan yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah keguguran rambut.

Namun, perkara yang anda boleh lakukan sekarang untuk kurangkan kadar keguguran rambut adalah dengan cara mengubah gaya hidup anda.

Ikuti kupasan kami di bawah tentang perkara yang perlu dibuat dan ditinggalkan untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat dan lebat.

Apa perlu dilakukan jika ada masalah rambut lelaki?

rambut lelaki

1. Minum lebih banyak air

Air sangat penting untuk memastikan setiap sel dalam badan berupaya untuk menjalankan tugas masing-masing. Cuba banyakkan minum air kosong dan tinggalkan minuman berkafein ataupun bergula.

2. Jaga pemakanan anda

Cuba amalkan diet yang lebih sihat. Makan lebih banyak protein seperti ayam dan daging. Selain itu, pastikan anda juga makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ya!

3. Elakkan stres dalam kehidupan seharian untuk jaga rambut lelaki

Stres merupakan salah satu punca utama keguguran rambut. Kurangkan stres dengan cara bersenam ataupun dengan melakukan aktiviti yang digemari.

4. Simpan rambut pendek

Rambut yang pendek lebih mudah dijaga. Selain itu, masalah keguguran rambut juga tidak akan nampak terlalu ketara jika anda berambut pendek.

5. Jangan terlalu taksub dengan produk anti rambut gugur yang dijual di pasaran!

Elakkan terpengaruh dengan iklan produk pelebat rambut di media sosial.

Anda tidak tahu apakah kandungan yang terdapat di dalam produk-poduk tersebut. Jangan bazir duit dan masa anda pada kaedah rawatan yang anda belum pasti berkesan!

Apa yang anda perlu elakkan?

rambut lelaki

1. Elak untuk tidak membasuh rambut anda seperti biasa!

Rambut akan gugur dengan lebih banyak selepas membasuhnya – ini satu kenyataan yang tidak berasas.

Rambut anda akan menjadi lebih lemah dan gugur lebih banyak jika anda tidak membasuhnya langsung. Gunakan syampu yang sesuai dan basuh rambut sebanyak 2 -3 kali seminggu.

2. Guna bahan kimia punca keguguran rambut

Berhenti gunakan produk rambut seperti gel ataupun spray. Produk ini boleh membuatkan kulit kepala menjadi kering dan menyebabkan lebih banyak rambut gugur.

3. Elakkan guna sikat yang mempunyai gigi yang rapat dan kasar

Bertukarlah kepada sikat yang lebih jarang dan lembut. Memberus atau menyikat dengan terlalu agresif boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur dan putus.

Jangan terlalu kasar semasa menyikat rambut.

4. Jangan gayakan rambut anda terlalu kerap

Penggunaan alat penggaya rambut seperti pengering rambut boleh membuatkan rambut anda jadi semakin rapuh dan mudah putus.

5. Jangan abaikan masalah keguguran rambut anda

Kadang-kadang, masalah keguguran rambut boleh diselesaikan dengan cara mengubah gaya hidup seharian anda.

Oleh itu, penting untuk anda ambil tahu dan cuba dapatkan pendapat pakar tentang punca keguguran rambut yang anda alami. Mana tahu, masalah anda rupanya ada ubat!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Top 10 Do’s and Dont’s of Hair Problems. https://www.advanceclinic.in/top-10-dos-donts-hair-loss-problems/. Accessed June 9, 2020.
  2. Men’s Hair Loss. https://www.americanhairloss.org/men_hair_loss/introduction.html. Accessed June 9, 2020.
  3. 8 Dos and Don’ts to Reduce Hair Loss. https://canadianhair.ca/8-dos-and-donts-to-reduce-hair-loss/. Accessed June 9, 2020.
  4. Keguguran Rambut. http://www.myhealth.gov.my/rambut-gugur/. Accessed June 9, 2020.
  5. Hair loss. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hair-loss/symptoms-causes/syc-20372926. Accessed July 6, 2022.

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Susah Hati Rambut Banyak Gugur? 6 Perkara Ini Mungkin Puncanya, Cek Sekarang!

5 Perkara Penderita Rambut Gugur Boleh Cuba! Tapi, Kena Tahu Punca Dulu?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan