Cara Menangani Kelemumur

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kelemumur boleh dikawal dengan mengikut rutin penjagaan rambut yang sihat. Anda juga boleh mencuba beberapa rawatan sampingan yang mudah. Memang benar bahawa rawatan semulajadi mengambil masa untuk menunjukkan hasil tetapi dapat mengatasi masalah ini secara berkesan.

Aspirin

Aspirin mengandungi bahan aktif yang sama (asid salisilat) seperti syampu kelemumur berkhasiat. Hancurkan dua aspirin kepada serbuk halus dan tambahkannya kepada sejumlah biasa syampu yang anda gunakan setiap kali anda mencuci rambut anda. Biarkan campuran pada rambut anda selama 1-2 minit, kemudian bilas dengan baik dan basuh lagi dengan syampu kosong.

Cuka

Membilas rambut anda dengan cuka mungkin kedengaran menakutkan, tetapi ia boleh menjadi cara yang berkesan untuk merawat kelemumur kerana dapat menangani akar masalah. Secara ringkasnya, kelemumur adalah hasil sel kulit yang matang dan mati terlalu cepat, terkumpul, dan menyebabkan kerengsaan. Cuka akan menghilangkan kulit tidak diingini yang akan membentuk keruping kelemumur, dan tidak akan menyumbat liang rambut atau menyebabkan lebih banyak kelemumur. Peningkatan kulat juga boleh menyebabkan kelemumur, dan cuka bertindak seperti ubat anti-kulat. Penggunaannya mudah dan bahkan mungkin lebih lembut pada rambut anda berbanding beberapa syampu di luar sana. Cuma jangan mencuci dengan cuka sebelum bermesyuarat dalam bilik yang sempit- masalah terbesar mencuci rambut anda dengan cuka ialah baunya yang ada sehinggalah anda mandi lagi sekali.

Minyak kelapa

Minyak kelapa membantu menghilangkan kelemumur kerana sifat anti-kulatnya. Ia juga melembapkan kulit kepala kering dan memberikan kelegaan dari gatal-gatal. Ambil satu bahagian  minyak kelapa dan campurkan dengan separuh bahagian jus lemon di dalamnya. Gosokkan pada kulit kepala dan urut selama beberapa minit dan basuh rambut anda selepas sekurang-kurangnya 20 minit. Amalkan tip ini dua hingga tiga kali seminggu.

Lemon

Kelegaan daripada kelemumur mungkin tidak jauh daripada peti sejuk anda. Hanya urut 2 sudu makan jus lemon ke dalam kulit kepala anda dan bilas dengan air. Kemudian kacau 1 sudu teh jus lemon ke dalam 1 cawan air dan bilas rambut anda dengannya. Ulangi tip ini setiap hari sehingga kelemumur anda hilang. Keasidan lemon membantu mengimbangi pH kulit kepala anda, yang membantu menghilangkan kelemumur.

Cahaya matahari

Walaupun tidak diketahui puncanya dengan tepat, terdapat hubungan antara kelemumur dan pendedahan kepada cahaya matahari. Terdapat banyak kes di mana keterukan kelemumur dikurangkan apabila anda menghabiskan lebih banyak waktu di bawah sinar matahari. Barangkali kelemumur bukan disebabkan cuaca kering, sebaliknya kerana kurang pendedahan kepada cahaya matahari. Mungkin cahaya matahari membantu mengeringkan beberapa minyak berlebihan, atau mungkin mendapat sedikit masa di luar rumah di bawah matahari meningkatkan keadaan kesihatan seseorang secara keseluruhannya. Apa pun sebabnya, ia dalah sesuatu yang perlu dicuba, dan mungkin rawatan sampingan paling mudah yang boleh anda cuba.

Luangkan sekurang-kurangnya 10-15 minit dalam cahaya matahari setiap hari jika boleh. Pun begitu, pastikan anda mengehadkan masa – terlalu banyak sinar matahari dan sinaran UV-nya boleh memudaratkan kulit, rambut, dan kesihatan anda.

Serbuk penaik

Disebabkan sifat pengelupasan ringannya, baking soda membantu menghilangkan sel kulit mati dan menyerap lebihan minyak. Ia juga boleh membantu mengimbangi paras pH pada kulit kepala dan mengurangkan pertumbuhan kulat yang menyebabkan kelemumur. Basahkan rambut anda dan gosokkan segelas baking soda ke kulit kepala anda. Selepas beberapa minit, bilas rambut anda dengan air suam. Ulangi sekali atau dua kali seminggu selama beberapa minggu. Jangan syampu rambut anda selepas rawatan ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kelemumur: Apa Yang Sedang Berlaku Kepada Rambut Anda?

    Kelemumur, atau lebih dikenali sebagai ‘dandruff’ dalam bahasa Inggeris, madalah sejenis masalah kulit kepala yang kerap berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Mengapa Rambut Masih Berminyak Selepas Mencucinya?

    Adalah suatu yang sangat mengecewakan apabila mempunyai rambut yang berminyak walaupun sudah memcucinya. Selain tidak selesa dengan keadaan itu, rambut berminyak juga menyebabkan penampilan kelihatan tidak menarik ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Tip Penjagaan Rambut Berminyak

    Rambut cantik dan bergaya menunjukkan bahawa anda seorang yang kemas dan berhati-hati. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai rambut berminyak, sangat sukar untuk menjaga rambut anda kelihatan berkilat tetapi bersih ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Penjagaan Rambut Perlu Betul Terutamanya Yang Bertudung!

    Cara penjagaan rambut perlu betul bagi memastikan ia kekal sihat dan kuat terutamanya bagi wanita yang bertudung. Sila ikuti artikel ini selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Penjagaan Rambut & Kulit Kepala 31/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah kelemumur

    Ada Masalah Kelemumur Di Kepala? Ini Pilihan Syampu Yang Betul Untuk Merawatnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
    ekzema kulit kepala

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    rambut gugur

    Umur Muda Lagi Tapi Rambut Sudah Makin Menipis, Mengapa Agaknya Ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/11/2019 . 3 minit bacaan
    punca rambut gugur

    12 Makanan Atasi Rambut Gugur Yang Boleh Dicuba & Tips Semulajadi Lebatkan Rambut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/08/2019 . 5 minit bacaan