backup og meta

'Jangan Cabut Uban Kalau Tak Nak Ia Bertambah Banyak', Benarkah Mitos Ini?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    'Jangan Cabut Uban Kalau Tak Nak Ia Bertambah Banyak', Benarkah Mitos Ini?

    Ramai orang mungkin percaya bahawa dengan cabut uban, masalah rambut putih atau kelabu akan selesai lantas menampilkan imej yang jauh lebih awet muda.

    Mitos ini telah dipercayai dan diamalkan dari zaman dahulu lagi walaupun kesahihannya masih kabur lantas menjadi tanda tanya yang perlu dijawab dengan segera.

    Persoalannya, adakah mitos ini adalah fakta atau auta? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu!

    Apa itu rambut uban?

    Seiring pertambahan usia manusia, sel pigmentasi yang wujud di dalam ruang folikel (liang pori pada kulit kepala untuk rambut) juga akan mula jadi rosak dan mati.

    Apabila folikel ini tidak lagi mempunyai sel pigmentasi yang cukup, maka setiap helaian rambut juga tidak akan mengandungi melanin seperti mana ketika masih muda.

    Akibatnya, warna pada rambut akan menjadi lebih jernih seakan warna putih dan kelabu yang sudah pasti akan menjejaskan keterampilan dan keyakinan diri anda.

    Selain faktor ini, mungkin juga terdapat beberapa lagi faktor risiko yang boleh jadi punca rambut uban berlaku dan bertambah – berkaitan dengan gaya hidup individu.

    cabut uban

    Apa punca rambut uban?

    Kadangkala, rambut uban sebelum usia tua juga biasa berlaku lantas membuat orang muda memilikinya ekoran tinggi faktor risiko seperti berikut:

    • Genetik keluarga – Jika anda ada ibu atau bapa dengan rambut uban, maka anda juga berisiko agak tinggi untuk memilikinya
    • Menghisap rokok – Asap rokok yang disedut ke dalam tubuh badan boleh menjejaskan sel melanosit yang berfungsi mengawal melanin
    • Mengambil ubat – Pengambilan ubatan tertentu seperti ubat kemoterapi dipercayai juga boleh menjejaskan proses melanogenesis
    • Kondisi fizikal – Kondisi seperti Albino dan Vitiligo boleh menyebabkan keabnormalan genetik yang menjejaskan pigmentasi kulit serta rambut
    • Kondisi mental – Kondisi berkaitan akal dan minda seperti stres, kemurungan, kegelisahan dan lain-lain juga boleh jadi penyebab rambut uban

    Boleh dikatakan di sini bahawa terdapat banyak punca rambut beruban selain penuaan lantas menunjukkan ia adalah satu kondisi umum yang biasa berlaku.

    Buat individu yang tidak ingin mewarnakan rambut, mereka lebih cenderung untuk membuang atau cabut uban tanpa tahu bahawa ia mungkin akan buat uban lebih banyak.

    Cabut uban adalah pilihan terbaik?

    Dalam kalangan masyarakat kita, wujud satu kelakuan di mana untuk buang uban di rambut adalah dengan cara cabun uban – kerana ia mudah dan pantas.

    Pun begitu, ketahuilah bahawa cara yang bersifat jangka masa pendek ini sudah tentu tidak akan menyelesaikan masalah dalam jangka masa panjang.

    cabut uban

    Menurut Dr. Shaskank Kraleti dari University of Arkansas, setiap helaian rambut yang anda telah cabut itu akan digantikan pula dengan rambut yang baru.

    Sekiranya rambut yang anda cabut itu adalah uban (berwarna putih atau kelabu), maka rambut baru yang akan tumbuh juga akan mempunyai warna yang sama.

    Ini kerana anda perlu faham bahawa yang rosak atau mati adalah sel pigmentasi pada folikel dan bukannya rambut, maka cabut uban bukan pilihan terbaik.

    Benarkah ia boleh bertambah banyak?

    Ya, sudah tentu uban itu boleh bertambah banyak lebih-lebih lagi dengan peningkatan usia serta pelbagai lagi faktor-faktor risiko yang telah kami nyatakan tadi.

    Pun begitu, anda yang gemar cabut uban tidak perlu risau jika perbuatan itu akan membuat ia bertambah kerana tidak ada bukti saintifik yang menyokongnya.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, uban yang dicabut akan diganti juga dengan uban namun ia sama sekali tidak akan membuatkan uban bertambah banyak.

    Meskipun begitu, perbuatan ini sangat tidak disarankan kerana ia boleh jadi punca trauma pada folikel rambut yang seterusnya membawa masalah kebotakan.

    cabut uban

    Sebagai alternatif, anda mungkin boleh cuba mewarnakannya dengan pewarna rambut yang diperbuat daripada bahan tidak berbahaya atau cuba cara lain.

    Apa yang anda boleh lakukan tentangnya?

    Selain mewarnakan rambut yang merupakan pilihan terbaik untuk menangani masalah rambut beruban, ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan.

    Anda perlu ulang semula pembacaan pada faktor risiko perkara ini berlaku dan cuba untuk mengelak serta merawat setiap daripadanya terlebih dahulu.

    Sebagai contoh, uban yang disebabkan oleh kondisi kesihatan fizikal dan mental perlu dirujuk kepada doktor agar ia dapat diselesaikan secara klinikal.

    Paling penting, jangan lagi cabut uban anda kerana ia hanya akan merugikan lagi membotakkan kepala!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan