backup og meta

Tip Penjagaan Kulit Sewaktu Puasa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 11/07/2023

    Tip Penjagaan Kulit Sewaktu Puasa

    Dalam sibuk beramal ibadah pada bulan Ramadan, kita sering terlupa untuk menjaga kesihatan kulit, hingga ia menjadi kering. Ini antara tip penjagaan kulit ketika puasa yang harus diamalkan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Penjagaan kulit ketika puasa

    Penjagaan kulit di bulan Ramadan sangat penting agar kelihatan segar sepanjang hari dalam menghadapi perubahan rutin pemakanan dan tidur.

    Menahan diri daripada makan dan minum di bulan puasa juga bererti anda terdedah kepada risiko dehidrasi, yang mungkin menyebabkan kulit kering sewaktu puasa.

    Perubahan secara tiba-tiba dalam rutin pemakanan dan pengambilan air yang rendah boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapan dan keanjalan, kelihatan semakin kusam dan lesu di bulan Ramadan.

    Rutin penjagaan kulit yang betul adalah penting untuk mengelakkan jerawat, tompok kering, kulit kelihatan kusam dan semua simptom dehidrasi yang dikaitkan dengan puasa.

    Di sini adalah tip penjagaan kulit yang berguna semasa bulan Ramadan:

    1. Minum banyak air selepas berpuasa

    Apabila anda berbuka puasa, pastikan anda makan beberapa makanan yang berasaskan air, seperti sup.

    Sudah tentu, anda perlu minum sekurang-kurangnya lapan cawan air sebelum anda memulakan puasa pada keesokan harinya, agar kulit anda terhidrat pada bulan Ramadan.

    Air bukan saja membuatkan anda terhidrasi dan melembapkan kulit; ia juga membantu anda kekal segar. Jangan pula mengutamakan air soda dan jus, pilih air kosong untuk kulit anda.

    Penjagaan kulit ketika puasa

    2. Kurangkan pengambilan produk tenusu

    Jika produk tenusu menyebabkan jerawat pada wajah anda, singkirkannya daripada menu sahur atau berbuka.

    Kurangkan juga pengambilan makanan manis lain yang mungkin menyumbang kepada risiko jerawat.

    3. Elakkan soda dan minuman berkafein, antara petua penjagaan kulit ketika puasa

    Kafein dan minuman berkarbonat diketahui mengganggu keseimbangan mineral di dalam badan, yang mempunyai kesan negatif pada kulit anda.

    Kafein juga bertindak sebagai diuretik, yang menggalakkan anda membuang air kencing, lantas mempercepatkan dehidrasi.

    4. Makan makanan berkhasiat

    Semasa sahur dan Iftar, pastikan anda memilih sayur-sayuran seperti  brokoli, salad dan bayam kerana ia mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh kulit anda.

    Begitu juga untuk kacang dan buah-buahan seperti strawberi dan blueberi, yang mengandungi antioksidan yang meningkatkan kulit.

    Penjagaan kulit ketika puasa

    Kurma adalah sumber vitamin A, zat besi, kalium, magnesium dan kalsium yang hebat manakala aprikot kering boleh membantu meningkatkan kecerahan kulit anda.

    5. Jangan lupa untuk menjaga mata anda

    Ramadan adalah masa yang sibuk, dan anda mungkin akan mula melihat lingkaran gelap bawah mata terbentuk. Selain Penjagaan kulit ketika puasa, anda juga perlu menjaga mata. Bagaimana?

    Letak uncang teh di atas mata anda, dan cuba dapatkan 7-8 jam tidur setiap malam.

    Jika anda tidak mendapat masa untuk tidur pada waktu malam, anda mungkin tidur sekejap pada waktu siang.

    Ini pasti akan menjaga kulit anda semasa Ramadan, memberikan seri pada wajah anda.

    Baca juga:

    6. Berlindung daripada matahari

    Jika anda menjalankan tugas pada waktu pagi, cuba elakkan matahari dan cari tempat yang teduh seboleh mungkin.

    Selain itu, jangan lupa menyapu pelindung cahaya matahari ke kulit sebelum keluar.

    Penjagaan kulit ketika puasa #7. Pelembap, pelembap, pelembap!

    Melembapkan kulit anda pada bulan Ramadan adalah sangat penting.

    Anda harus memastikan bahawa anda menggunakan krim wajah dan losyen badan yang menghidratkan selepas mandi dan sebelum tidur.

    Adalah baik untukmencuci wajah anda dengan air biasa dengan kerap. Bersama dengan pelembapan muka, ia juga menghilangkan minyak dan debu dari kulit.

    Anda juga boleh menyegarkan kulit dengan air mawar, yang membantu menyejukkan kulit dan menyediakan penghidratan yang diperlukan sepanjang hari.

    Penjagaan kulit ketika puasa

    8. Elakkan solekan tebal

    Elakkan memakai banyak solekan pada siang hari ketika anda berpuasa. Kombinasi haba, dehidrasi dan solekan berat boleh menyebabkan jerawat.

    Sebaliknya pilih produk yang ringan dan pelembap seperti BB krim dan pelembap bibir dengan SPF.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 11/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan