Siapa sahaja yang tidak rasa rimas dengan rambut halus pada kaki? Disebabkan itu pula, ramai individu yang gemar cari dan cuba petua hilangkan bulu kaki secara kekal.
Pun begitu, usaha mereka mungkin sia-sia belaka angkara bulu kaki yang dibuang itu tumbuh kembali seperti sediakala. Ia adalah tanda bahawa petua anda tidak efektif.
Persoalannya, apakah antara rahsia untuk menghilangkan bulu kaki secara kekal yang efektif? Jom baca ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Kenapa bulu tumbuh semula selepas dibuang?
Pernahkah anda terfikir atau tertanya kenapa bulu pada kaki atau bahagian tubuh badan lain itu tumbuh semula selepas dibuang? Adakah ia perbuatan yang sia-sia?
Ini kerana bulu yang anda buang dengan metode sementara itu hanya akan memotong bahagian bulu di atas kulit sahaja dan bukan menyingkirkan folikel di dalam kulit.
Menurut American Academy of Dermatology, bulu badan termasuk pada kaki akan tumbuh ke kepanjangan maksimum sekitar sebulan. Jadi, ia perlu dibuang dengan kerap.
Ada banyak faktor yang akan mempengaruhi kecepatan pertumbuhan bulu badan termasuklah jantina, genetik, hormon, pengamalan diet, pengambilan ubat dan lain-lain.
Dalam pada itu, wujud juga kondisi yang buat bulu tumbuh lebih banyak dan cepat seperti hypertrichosis dan hirsustism. Dapatkan informasi dan nasihat doktor tentangnya.
Berikut petua hilangkan bulu kaki secara kekal!
Kebiasaannya, individu akan membuang bulu pada kaki dengan cara menggunting dan mencukur. Kedua-dua cara ini terbukti hanya bersifat sementara dan kurang efektif.
Jadi, kami akan beri anda beberapa petua hilangkan bulu kaki secara kekal seperti yang berikut:
Petua hilangkan bulu kaki secara kekal #1. Laser
Penggunaan laser dalam usaha untuk buang bulu bukan sahaja biasa dilakukan pada kaki malah seluruh tubuh badan termasuk juga kulit wajah, menurut Mayo Clinic.
Perawatan ini akan menggunakan sinar laser tinggi haba yang akan merosakkan folikel bulu pada kulit sekali gus menghentikan pertumbuhan rambut lama serta baru.
Meskipun ada potensi untuk bulu tumbuh kembali, ia makan masa beberapa bulan atau tahun.
Petua hilangkan bulu kaki secara kekal #2. Elektrolisis
Hampir sama dengan laser, prosedur ini juga bertindak dengan cara merosakkan folikel bulu pada kulit sekali gus menghentikan pertumbuhan rambut lama serta baru.
Perbezaannya, ia akan menggunakan gelombang frekuensi bunyi dengan nada tinggi yang akan bergerak melalui jarum bersaiz halus kepada folikel bulu pada kulit anda.
Walaupun ada potensi untuk bulu tumbuh kembali, ia makan masa beberapa bulan atau tahun.
#3. Penggunaan krim dengan preskripsi
Jika anda ingin lebih jimat masa dan wang, maka alternatif ini mungkin ideal buat anda. Ada krim buang bulu yang hanya perlu untuk dilumur dan disapu pada kulit sahaja.
Menurut kajian, prosedur ini mampu untuk bertahan sekurang-kurangnya 8 minggu atau 2 bulan. Memandangkan ia lebih cepat dan murah, maka senang untuk anda mengulangnya di rumah.
Pun begitu, wujud juga risiko di mana ia akan memberikan kesan sampingan pada kulit individu.
#4. Penggunaan bahan kimia depilatori
Selain krim buang bulu yang telah dipreskripsikan oleh doktor tadi, anda juga boleh menggunakan prosedur bahan kimia depilatori yang berfungsi dengan cara agak berbeza.
Tidak merosakkan folikel bulu pada kulit, bahan kimia ini akan mensasarkan unsur protein di dalam rambut anda iaitu keratin. Kesannya, bulu akan gugur secara sendiri.
Justeru, adalah penting untuk anda cuba bahan kimia ini dalam kuantiti kecil untuk elak kesan sampingan.
#5. Prosedur waxing atau tweezing
Akhir sekali, petua hilangkan bulu secara kekal adalah dengan prosedur waxing atau tweezing. Jika anda tidak tahu tentangnya, dapatkan info dan nasihat daripada pakar.
Prosedur ini bertindak dengan cara mencabut terus akar bulu dari folikel. Bergantung kepada tahap kecepatan bulu anda tumbuh, keputusannya juga mungkin berbeza.
Apa yang lebih menarik adalah prosedur ini juga boleh dilakukan pada bahagian tubuh badan lain.
Petua hilangkan bulu kaki secara kekal lain?
Khas buat anda yang mungkin ingin cuba cara lebih tradisional di rumah, ada beberapa petua lain:
- Meminum teh pudina dua kali sehari
- Menyapu madu pada kulit
- Menyapu skrub kulit dengan gula
Alternatif di atas ini dipercayai mampu melambatkan atau menghentikan pertumbuhan bulu pada kulit kaki anda. Dapatkan juga cara mengatasi yang sebenar daripada doktor untuk lebih pasti ya.