backup og meta

Susah Nak Hilangkan Stretch Marks Di Paha? Cuba 2 Cara Mudah Ini, Pasti Berjaya!

Susah Nak Hilangkan Stretch Marks Di Paha? Cuba 2 Cara Mudah Ini, Pasti Berjaya!

Streskan lihat tanda regangan kulit di merata-rata bahagian badan, lagi-lagi pada bahagian pahaRasa malu tengok diri sendiri. Ada ke cara nak menghilangkan stretch marks?

Tanda regangan kulit ini mampu menurunkan rasa keyakinan diri seseorang. Individu yang mengalaminya mungkin berasa buruk, tidak menarik lagi-lagi di hadapan pasangan.

Stretch marks atau turut dikenali sebagai tanda regangan kulit merupakan masalah kulit global yang dihadapi oleh ramai individu.

Masalah kulit ini boleh mengganggu keyakinanan diri seseorang terutamanya bagi golongan kaum Hawa.

Kenali apa itu stretch marks

menghilangkan stretch marks

Masalah kulit ini biasanya bermula dengan warna merah atau ungu yang berjalur-jalur pada kulit dan kemudian akan bertukar kepada warna putih atau meengikut warna kulit.

Lama-kelamaan, ia akan merebak ke sekitar kulit dan mula merekah lalu terserap ke dalam kulit.

Stretch marks sering terbentuk pada paha, bawah lengan, dada dan perut. Bentuknya pula seperti bergerigi ataupun berjalur-jalur.

Ia sering muncul pada waktu kehamilan kerana lebih daripada setengah wanita hamil akan mengalaminya. Akan tetapi, stretch marks juga boleh terbentuk kerana faktor lemak dalam badan.

Contoh bagi faktor lemak seperti perubahan mendadak berat badan seseorang lalu stretch marks boleh terbentuk di paha serta perut.

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan stretch marks di paha?

Terdapat 2 cara yang boleh bantu menghilangkan stretch marks ini iaitu melalui prosedur dan juga krim:

Prosedur menghilangkan stretch marks

Antara prosedur menghilangkan stretch marks yang dilakukan oleh pakar dermatologi ialah:

  • Terapi laser
  • Radiofrekuensi
  • Ultrasound
  • Chemical peel
  • Mikrodermabrasi

Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, dermatologi mungkin akan mencadangkan lebih daripada satu prosedur.

Walau bagaimanapun, prosedur-prosedur ini masih berisiko untuk mempunyai kesan sampingan jangka pendek walaupun dilakukan oleh golongan profesional.

Antara situasi yang boleh berlaku selepas mendapat rawatan ini ialah kebengkakan dan kemerahan pada kulit.

Namun, jangan risau kerana perkara ini akan menghilang mengikut masa.

Namun, anda harus faham bahawa rawatan-rawatan ini hanya mampu memudarkan stretch marks, bukan menghilangkannya secara total.

Setiap prosedur berbeza-beza mengikut stretch marks setiap individu dan pakar dermatologi akan memastikan anda mendapat rawatan yang bersesuaian dengan kondisi anda.

Penggunaan krim, gel dan losyen

Kajian mendapati bahawa banyak krim untuk menghilangkan stretch marks yang dijual di pasaran, mendapat sambutan hangat.

Walau bagaimanapun, masih tiada bukti yang menunjukkan mana-mana produk yang berkemampuan dalam merawat masalah kulit ini.

Jangan risau dulu! Di sini penyelidik ada memberikan beberapa tip yang dapat membantu untuk memilih produk terbaik bagi menghilangkan tanda regangan kulit.

Jika anda bercadang untuk mengunakan mana-mana krim, gel atau losyen bagi merawat tanda regangan kulit, pastikan anda melakukan perkara berikut:

  • Pakai secara konsisten. Produk harus selalu dipakai kerana masalah ini boleh mengambil masa yang lama untuk menampakkan kesan
  • Gunakan ketika stretch marks mula terhasil. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawatkan? Oleh itu, tumpuan perhatian yang lebih kepada kulit badan anda dan ambil tindakan segera sekiranya tanda regangan kulit mula muncul
  • Pastikan anda betul-betul sapukan produk rata meresapi kulit. Bagi mendapatkan hasil yang efektif, ambil masa ketika meletakkan produk pada kulit

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan ubat preskripsi ini bagi merawat tanda regangan kulit:

  • Tretinoin
  • Asid hyaluronik

Terdapat kajian yang menunjukkan dengan mengamalkan asid hyaluronic ini mampu memudarkan stretch marks.

Bagi tretinoin, ia turut dapat membantu dalam membuatkan kesan regangan tersebut kurang kelihatan.

Ada sebuah kajian melaporkan, individu yang mengamalkan tretinoin pada setiap malam selama 24 minggu menunjukkan pengurangan yang ketara berbanding mereka yang tidak mengamalkan apa-apa produk.

Retinol juga dikatakan dapat membantu memudarkan kesan-kesan awal regangan kulit.

Konklusi

menghilangkan stretch marks

Mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan amalkan diet yang seimbang adalah jalan yang terbaik dalam mengelak dan menghilangkan stretch marks.

Bagi para pembaca yang sedang bergelut dengan masalah ini, semoga tip di atas mampu meringankan kerisauan anda.

Bagi ibu-ibu yang bakal hamil atau sedang hamil, anda boleh dapatkan khidmat nasihat doktor bagi mengetahui cara-cara mengurangkan kesan regangan kulit kelak.

Ini adalah kaedah yang paling selamat bagi kedua-dua pihak, ibu dan kandungan agar anda tidak terjebak dengan produk yang sebarangan.

Rujuk doktor atau golongan profesional jika masalah kulit ini bertambah melarat atau mengganggu kehidupan anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms stretch marks. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/stretch-marks/symptoms-causes/syc-20351139/ Accessed Apr 15, 2021
  2. Stretch marks why appear. https://www.aad.org/public/cosmetic/scars-stretch-marks/stretch-marks-why-appear#:~:text=/ Accessed Apr 15, 2021
  3. Stretch marks.https://www.nhs.uk/conditions/stretch-marks/Accessed Apr 15, 2021
  4. How can i get rid of stretch marks on my thighs. https://youngwomenshealth.org/2014/07/29/how-can-i-get-rid-of-stretch-marks-on-my-thighs/Accessed Apr 15, 2021
  5. Prevent pregnancy stretch marks. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-concerns/prevent-pregnancy-stretchmarks-4571/Accessed Apr 15, 2021

Versi Terbaru

16/11/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Pemilihan Produk Kulit Kombinasi

Bersenam 30 Minit Boleh Kurangkan Risiko Kemurungan?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 16/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan