Anda keliru produk bedak untuk wajah mana yang terbaik terutama kalau ada jenis atau masalah kulit kering? Tenang, kami akan cuba membantu anda dalam usaha mencari loose powder terbaik untuk kulit kering! Teruskan baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Apa itu produk loose powder terbaik?
Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak jenis produk bedak untuk wajah seperti yang berikut:
- Loose powder
- Compact powder
- Translucent powder
- Mineral powder
- Finishing powder
- HD powder
Meskipun kesemua di atas tadi adalah produk di atas nama bedak, namun kegunaan masing-masing tentu sahaja berbeza dan bergantung kepada keperluan, jenis atau masalah kulit individu itu sendiri.
Fokus kepada loose powder atau dalam bahasa kita, bedak tabur, ia adalah sejenis produk di dalam rutin kecantikan untuk wajah yang sering kali diabaikan kerana ramai yang menganggapnya tidak penting.
Hakikatnya, ia sama penting dengan produk lain lebih-lebih lagi untuk kalian yang gemarkan solekan!
Kenapa kena pakai bedak tabur?
Bedak yang bertekstur halus dan ringan ini berfungsi untuk menutup segala liang pori di atas kulit muka sekali gus boleh membuat wajah individu itu tampak jauh lebih bersih, licin dan berseri.
Dalam pada itu, produk ini juga boleh menjadi salah satu helah paling penting agar solekan di kulit muka mampu kekal dan bertahan lebih lama daripada asas bagi alat solek itu sendiri iaitu foundation.
Bila perlu pakai bedak tabur?
Ramai yang keliru waktu bila perlu pakai produk ini. Sebenarnya, anda perlu gunakan bedak tabur selepas anda kenakan foundation agar ia mampu melindungi asas alat solek itu lebih lama lagi.
Sekiranya individu tidak mahu memakai foundation juga tiada masalah kerana produk ini mampu menjadi pelindung kepada alat-alat solek yang lain selain membuat wajah tampak lebih berseri.
Individu dengan jenis & masalah kulit kering
Tidak semua orang memiliki jenis kulit yang tanpa masalah kerana ada banyak isu berkaitan organ terbesar ini termasuk kulit berminyak, berjerawat, berkedut, sensitif dan paling umum, kering.
Bagi individu dengan kulit kering, adalah agak sukar untuk mereka mendapatkan kulit wajah yang nampak glowing. Terutama buat kaum wanita, ini tentu sahaja adalah satu isu yang amat besar.
Ini kerana mereka perlu mencari dan memakai produk atau rutin kecantikan wajah yang tersendiri termasuk loose powder terbaik agar kulit muka tidak lagi kering, kusam serta tidak bermaya.
Baca lagi artikel berkaitan:
Persoalannya, adakah wujud produk bedak tabur yang ideal buat mereka dengan isu kulit di atas?
Loose powder terbaik untuk kulit kering!
Seiring dengan teknologi bidang kecantikan dan kesihatan masa kini, sudah ada lambakan produk di pasaran yang sesuai untuk semua jenis atau masalah kulit dan tidak terkecuali bedak tabur.
Jika individu memiliki kulit yang kering, produk loose powder terbaik buat anda perlu mempunyai butiran halus dan ringan serta kandungan formula lembut agar ia dapat diserap dengan baik.
Selain itu, pastikan juga ia mengandungi bahan oil-control yang dapat mengurangkan minyak dan dalam masa sama juga mengekalkan sebum pada tahap ideal supaya kulit tidak terlalu kering.
Tips untuk memilih loose powder terbaik untuk kulit kering yang terakhir pula adalah memastikan ia mengandungi agen penghidrasi seperti air atau asid tertentu agar wajah anda lebih glowing.
Namun, anda mungkin masih perlu banyak lagi produk, rawatan dan ubatan kulit yang lain okay!
Utamakan juga produk wajah yang lain ya?
Mungkin benar bedak tabur penting lebih-lebih lagi jika anda ada isu kulit kering tetapi produk ini juga mesti digunakan bersama dengan produk lain seperti pencuci, pelembap, toner, serum, esen, pelindung matahari dan lain-lain agar rutin lebih lengkap.
Sekiranya anda ada jenis atau masalah kulit kering di tahap kronik, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan serta ubatan yang diperlukan!
[embed-health-tool-bmi]