Definisi
Apa itu bintik hitam?
Bintik hitam (blackhead) ialah sejenis benjolan kecil di muka dan ia adalah salah satu jenis liang roma yang tersumbat (lubang-lubang bulu) yang dipanggil komedo terbuka.
Ia berlaku apabila anda mempunyai liang roma terbuka yang tersumbat dengan minyak berlebihan, sel kulit mati dan bakteria.
Liang roma ini kelihatan seperti tersumbat dengan daki tetapi sebenarnya ia adalah kombinasi minyak dan bakteria yang bertukar menjadi hitam apabila terdedah kepada udara.
Komedo terbuka berbeza daripada komedo tertutup yang dipanggil sebagai bintik putih. Blackhead adalah simptom biasa yang muncul diwajah.
Kadangkala, ia juga boleh muncul dibahagian belakang badan, dada, leher, lengan atau bahu.
Apa risiko blackhead?
Bintik hitam ini sangat lazim berlaku pada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah jerawat.
Ia lebih berisiko kepada wanita daripada lelaki pada semua peringkat usia tetapi kebanyakan pesakit adalah dalam kalangan remaja, dimana masalah jerawat sering dihadapi oleh mereka.
Blackhead mudah untuk diatasi seperti rawatan jerawat.
Simptom
Apa simptom bintik hitam?
Blackhead pada kulit sangat mudah dikenalpasti.
Ia kebiasaannya muncul sebagai benjolan kecil dan sedikit timbul serta kelihatan hitam di atas permukaan kulit.
Kombinasi minyak, sel kulit mati dan bakteria yang teroksida dengan udara menyebabkan liang roma terbuka dan tersumbat tersebut kelihatan hitam.
Bintik hitam kebiasaanya tidak sakit atau pedih seperti jerawat. Ia wujud bersama simptom jerawat yang lain seperti bintik putih, pustul dan jerawat.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mempunyai tanda berikut:
- Apabila kaedah pengubatan sampingan tidak berhasil
- Jika blackhead kekal dan semakin teruk
- Jika terdapat simptom sampingan jerawat yang menyebabkan ketidakselesaan
Punca
Apa punca bintik hitam?
Terdapat beberapa sebab bagaimana bintik hitam terhasil. Ia mungkin terbentuk daripada persekitaran atau hormon yang tidak stabil dalam badan.
Anda boleh mendapat bintik hitam jika:
- Kelenjar menghasilkan minyak berlebihan (sebum)
- Lebihan sebum tadi berkumpul bersama sel kulit mati dan menghalang liang roma
- Komedo terbuka mendedahkan plag ini kepada udara
- Badan anda menghasilkan terlalu banyak minyak
- Anda mengambil ubat seperti kortikosteroid, perancang kehamilan, lithium atau
androgen;
- Perubahan hormon yang meningkatkan penghasilan minyak seperti baligh atau
menstruasi;
Terlalu banyak bakteria pada kulit anda terutamanya bakteria yang dikenali sebagai p. acnes bacteria (propionibacterium acnes).
Faktor Risiko
Apa faktor risiko blackhead ?
Terdapat banyak factor risiko untuk mendapat bintik hitam seperti:
- Perubahan hormon yang akan meningkatkan penghasilan minyak semasa remaja
ketika menstruasi atau mengambil pil perancang kehamilan
- Sesetengah jenis ubat seperti kortikosteroid, lithium atau androgen
- Produk kosmetik, pembersih atau pakaian yang menutup liang-liang roma
- Peluh berlebihan atau tinggi kelembapan
- Faktor permakanan, penyakit atau ubatan yang menggalakkan pertumbuhan kulit
dengan kadar yang cepat
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit blackhead didiagnosis?
Doktor akan melihat terlebih dahulu untuk mengetahui jenis kulit anda.
Kemudian, doktor akan bertanya sekiranya anda ada menggunakan ubatan seperti kortikosteroid yang menjadi penyebab kepada bintik hitam.
Diagnosis melibatkan pengelasan blackhead kepada jerawat bertahap tidak serius, sederhana dan serius.
Ini dapat menentukan kesan psikososial dan rawatan yang diperlukan.
Bagaimana pesakit blackhead dirawat?
Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk bintik hitam.
Sesetengah produk boleh dibeli tanpa preskripsi yang dipanggil sebagai produk diluar kaunter (over-the-counter).
Produk ini mengandungi bahan-bahan seperti asid salicylic dan benzoyl peroxide yang digunakan dalam bentuk krim, krim berminyak atau bar sabun berubat.
Apabila produk ini tidak berhasil, doktor anda mungkin memberi preskripsi ubat yang lebih kuat kesannya.
Ubatan ini mengandungi vitamin A seperti tretenoin, tazarotene dan adapalene.
Ubat ini juga membantu menghalang daripada plag terhasil dalam liang roma dan menggalakkan kadar pertumbuhan kulit yang baru dengan cepat.
Dermatologis, iaitu doktor pakar bahagian kulit boleh menggunakan alatan tertentu yang dipanggil round loop extractor untuk membuang bintik hitam.
Untuk beberapa kes, doktor juga boleh menggunakan alatan tertentu yang mengandungi permukaan yang kasar untuk membuang/menghaluskan permukaan luar kulit.
Menghaluskan kulit dapat membuang bahan tersumbat yang menjadi penyebab bintik hitam.