backup og meta

Alamak! Banyaknya Bintik Hitam Dekat Muka, Ini Cara Berkesan Untuk Singkirkan Blackhead

Alamak! Banyaknya Bintik Hitam Dekat Muka, Ini Cara Berkesan Untuk Singkirkan Blackhead

Blackhead atau bintik hitam di muka adalah masalah kulit yang bukan sahaja berlaku kepada remaja tetapi juga terhadap orang dewasa.

Penyingkiran bintik hitam di muka boleh meninggalkan lubang pada kulit dan membuatkan anda kurang yakin. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk bantu mengurangkan dan mencegah jerawat bintik hitam di muka ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit sila dapatkannya di sini. 

Apa itu bintik hitam di muka? 

Blackhead adalah sejenis jerawat yang biasanya muncul pada kawasan wajah seperti hidung, dahi, dan pipi. Ia terdiri daripada plak sebum dalam folikel liang roma yang mengelap disebabkan pengoksidaan.

Cara untuk menghilangkan bintik hitam di muka: 

#1. Tentukan jenis kulit 

bintik hitam di muka

Jika mempunyai kulit berminyak, anda disarankan untuk memilih produk penjagaan kulit yang betul.

Sesetengah orang mempunyai jenis kulit sensitif jadi mereka perlu memilih produk yang dibuat untuk jenis kulit tersebut.

Menggunakan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai boleh menyebabkan penyumbatan liang yang menyebabkan blackhead.

#2. Mengewap

Sebelum menarik jerawat anda keluar, liang pori perlu dilonggarkan. Oleh itu, mengewap adalah langkah bijak untuk dilakukan sebelum mengeluarkan blackhead.

Didihkan air dengan sekeping lemon dan halia kemudian tuangkannya ke dalam mangkuk besar. Wapkan wajah anda dalam sepuluh hingga lima belas minit dengan menutup kepala untuk menghalang stim.

Namun, hati-hati kerana jika muka terlalu dekat dengan permukaan air boleh menyebabkan terbakar.

#3. Jangan memicit jerawat 

bintik hitam di muka

Kebiasaanya orang yang memicit blackhead adalah untuk mengeluarkannya. Ini adalah cara yang salah untuk merawat kulit kerana memicit akan menyebabkan keradangan dan jangkitan kulit.

Kaedah ini juga tidak akan menghalang blackhead untuk kembali.

#4. Rujuk doktor jika simptom makin teruk 

Dalam sesetengah kes, anda harus memastikan kulit diperiksa oleh doktor. Faktor-faktor luaran seperti pencemaran udara atau sel-sel kulit mati bukan satu-satunya penyebab blackhead tetapi juga berpunca dari dalaman seperti hormon.

Doktor boleh melakukan pemeriksaan perubatan untuk mengetahui tahap keseriusan jerawat anda dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai untuk kulit.

#5. Pastikan kulit bersih

Terdapat banyak cara untuk memastikan kulit sentiasa bersih bagi mengelakkan penampilan blackhead.

Basuh wajah apabila bangun dan sebelum anda tidur untuk membuang kumpulan minyak yang boleh menyebabkan jerawat.

Sekiranya memakai solekan setiap hari, maka anda perlu menggunakan produk membersihkan alat mekap bagi memastikan kulit sentiasa bersih.

Penampilan fizikal adalah faktor penting dalam keyakinan diri. Oleh itu, sentiasa beringat untuk menjaga kulit anda daripada bintik hitam dan jerawat supaya kekal gembira dengan penampilan diri.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.fda.gov/animal-veterinary/resources-you/blackhead-disease-poultry
  2. https://medlineplus.gov/ency/article/003238.htm
  3. https://health.mountsinai.org/blog/what-are-blackheads/
  4. https://www.pgc.pa.gov/Wildlife/Wildlife-RelatedDiseases/Pages/Blackhead.aspx
  5. https://www.acne.org/what-is-acne.html

Versi Terbaru

23/06/2021

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Kulit Sudah Berjerawat Tapi Masih Nak Pakai Mekap, Aik, Salah Ke? Ini Jawapan Tepat Untuk Anda!

Kenapa Jerawat Muncul Pada Satu Badan? Untuk Cegah, Kena Tahu Punca Dulu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 23/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan