home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

AWAS, 3 Penyakit Kelamin Yang Kerap Berlaku Di Malaysia TAPI Ramai Tak Sedar!

AWAS, 3 Penyakit Kelamin Yang Kerap Berlaku Di Malaysia TAPI Ramai Tak Sedar!

Penyakit kelamin merujuk kepada penyakit yang lazimnya terjadi hasil daripada jangkitan yang diperolehi melalui hubungan seks bersama dengan orang yang telah dijangkiti.

Khususnya hubungan seks yang tidak membabitkan penggunaan alat perlindungan (seperti kondom) dan juga langkah berjaga-jaga yang lain.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Terdapat lebih daripada 30 jenis penyakit kelamin yang telah dikenal pasti disebabkan oleh pelbagai jenis agen seperti bakteria, virus dan juga parasit. Antaranya adalah:

  1. Chlamydia trachomatis
  2. Neisseria gonorrhoeae
  3. Treponema pallidum
  4. Haemophilus ducreyi
  5. Klebsiella granulomatis:
  6. Virus HIV (Human Immunodeficiency virus)
  7. Virus Hepatitis C
  8. Virus Hepatitis B
  9. Virus Herpes Simplex
  10. Virus HPV (Human Papillomavirus)
  11. Trichomonas vaginalis
  12. Sarcoptes scabiei

Statistik dan epidemiologi berkaitan penyakit kelamin

penyakit kelamin

Terdapat lebih 600 juta kes penyakit jangkitan kelamin di seluruh dunia manakala insiden kes baru adalah sekitar 20 juta kes setiap tahun.

Di Amerika, kos yang terpaksa dikeluarkan untuk merawat penyakit jangkitan kelamin pada tahun 2010 adalah sebanyak USD 16 bilion.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan lebih satu juta jangkitan penyakit kelamin berlaku setiap hari di seluruh dunia.

Tambahan lagi, dianggarkan setiap tahun, terdapat lebih kurang 357 juta jangkitan baru yang membabitkan 1 daripada 4 penyakit kelamin berikut (Chlamydia, Gonorrhoea, Sifilis dan Trichomoniasis).

Bagi penyakit kelamin yang membabitkan virus pula, dianggarkan lebih 500 juta manusia di seluruh dunia kini sedang menghidap jangkitan virus Herpes Simplex, manakala lebih 290 juta wanita di seluruh dunia dianggarkan menghidap jangkitan virus HPV (Human Papilloma Virus).

Majoriti daripada jangkitan kelamin ini tidak mempunyai simptom atau hanya menzahirkan simptom yang tidak jelas, menyebabkan kebanyakan kes tidak berjaya dikenal pasti pada peringkat awal.

Apa yang lebih merisaukan adalah sesetengah daripada penyakit kelamin ini, seperti sifilis dan jangkitan virus Herpes Simplex, meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghidap jangkitan kelamin lain yang lebih bahaya seperti jangkitan HIV.

Di Malaysia, amalan seks yang tidak selamat menyumbang kepada 80% daripada kes keseluruhan.

Kes HIV pertama yang dilaporkan di Malaysia adalah pada tahun 1986 dan sejak itu, terdapat lebih 100,000 kes HIV di seluruh Malaysia dan lebih 16,000 kematian telah dicatatkan pada Disember 2013.

Dalam negara kita, epidemik HIV kebanyakannya tertumpu dalam komuniti lelaki homoseksual, transgender, pekerja seks dan juga mereka yang berkongsi jarum.

Majoriti kes baru HIV berlaku dalam golongan berusia 20 hingga 29 tahun, dan hubungan kelamin merupakan kaedah penyebaran yang paling tinggi (74%) berbanding berkongsi jarum suntikan (22%).

Berikut membincangkan 3 penyakit kelamin yang paling kerap berlaku di Malaysia.

Chlamydia

Chlamydia adalah sejenis penyakit jangkitan kelamin disebabkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis. Anda terdedah kepada risiko untuk mendapat jangkitan ini jika melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (sama ada melalui faraj, dubur, atau oral) dengan orang yang telah dijangkiti, baik lelaki mahupun perempuan.

Ini kerana bakteria bergram negatif ini hanya mampu membiak di dalam sel-sel manusia. Justeru, sentuhan fizikal antara organ yang mempunyai membran mukosa (bahagian mulut, faraj, uretra dan dubur) perlu berlaku untuk jangkitan mengambil tempat.

Tambahan lagi, bakteria ini juga merupakan punca buta yang boleh berjangkit dan penyakit jangkitan kelamin bawaan bakteria yang paling lazim.

Simptom dan tanda Chlamydia

Lazimnya, mereka yang sudah dijangkiti Chlamydia tidak mempunyai sebarang simptom atau merasa diri mereka sakit. Justeru, mereka berupaya untuk menjangkiti orang lain kerana menyangkakan diri mereka bersih.

Tanda-tanda hanya muncul selepas tempoh satu atau dua minggu selepas pendedahan.

Perlu diingati, simptom jangkitan Chlamydia sama dengan tanda jangkitan Gonorrhea.

Memandangkan Chlamydia tidak hanya berlaku di bahagian kelamin dan sistem urinari (sistem genitourinari) sahaja, terdapat simptom-simptom lain yang berkaitan dengan lokasi dan sistem yang dijangkiti.

HIV/AIDS (Human Immunodeficiency Virus/Acquired Immunodeficiency State)

Human immunodeficiency virus (HIV) adalah sejenis retrovirus yang menjangkiti sel-sel imun dalam badan manusia, sehingga membawa kepada Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS).

AIDS adalah keadaan di mana sistem imun seseorang berterusan untuk gagal dan tidak lagi berupaya untuk melindungi seseorang itu sehinggakan jangkitan oportunistik dan juga barah boleh berlaku.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 35 juta nyawa telah diragut oleh virus durjana ini. Pada penghujung tahun 2017, dilaporkan bahawa lebih 36.9 juta penduduk bumi hidup dengan HIV dan sekitar 1.8 juta pesakit baru dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia.

Benua Afrika kekal sebagai benua yang menerima beban penyakit ini yang paling tinggi, dengan 25.7 juta penghidap HIV adalah daripada benua ini, dan sekitar 2/3 daripada kes baru tahunan di seluruh dunia, berasal dari benua Afrika.

Di Malaysia, kes jangkitan HIV yang mula dilaporkan adalah pada tahun 1985. Sejak daripada itu, 16,000 kematian akibat HIV telah dicatatkan sehingga penghujung tahun 2013 dan lebih 100,000 rakyat Malaysia telah dilaporkan menghidap jangkitan ini dalam tempoh yang sama.

Menurut Majlis AIDS Malaysia, 3,397 kes HIV baru telah dilaporkan pada tahun 2016, dengan majoritinya berlaku dalam kalangan lelaki (sebanyak 2,984 kes) berbanding wanita (sebanyak 413 kes).

Trend notifikasi menunjukkan bahawa terdapat penurunan kes HIV baru yang dilaporkan sejak ia memuncak pada tahun 2002 (dengan 28.4 kes setiap 100,000 penduduk) kepada 11 kes baru setiap 100,000 penduduk pada tahun 2016.

Ketuat kelamin (Jangkitan HPV)

Ketuat di bahagian kelamin merujuk kepada pertumbuhan tisu-tisu kulit berkeratin di sekitar bahagian kemaluan.

Untuk lelaki, ia boleh tumbuh di mana-mana bahagian kulit sepanjang zakar dan juga pada skrotum, manakala untuk wanita, ia mampu tumbuh di sekitar bahagian labia dan kelentit.

Rupa bentuk ketuat kelamin ini lazimnya dicirikan sebagai mirip bentuk dan struktur sayur cauliflower dan ia rasa lembut atau sedikit pejal apabila disentuh (bergantung kepada ketumpatan keratin).

Keadaan ini berpunca daripada jangkitan spesis tertentu virus HPV (Human Papilloma virus). Terdapat lebih daripada 170 jenis virus HPV yang telah dikenal pasti. Daripada jumlah tersebut, terdapat lebih daripada 40 jenis virus HPV yang ditularkan melalui aktiviti seks.

Tambahan lagi, terdapat kaitan yang kuat antara spesis-spesis virus HPV tertentu dengan keadaan kesihatan yang khusus.

Sebagai contoh, virus HPV jenis 6 dan virus HPV jenis 11 jarang membawa kepada penyakit barah pangkal rahim (kanser serviks) namun kedua-dua virus HPV ini bertanggungjawab dalam 90% kes ketuat kelamin.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Dr Mohd Hatta M. Tarmizi (26 April 2012). Penyakit Kelamin. Dimuat turun daripada http://www.myhealth.gov.my/penyakit-kelamin/.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 31/05/2018
x