Vaginismus adalah satu keadaan yang kurang menyeronokkan semasa beraksi di atas ranjang. Ambil tahu selanjutnya berkaitan info ini.
Ramai pasangan selalunya berasa seronok selepas beraksi di ranjang. Namun, seronokkah anda jika terjadi kes di mana zakar tersekat di dalam faraj tertutup?
Eh, tak mungkinlah! Mesti ramai yang ingat kejadian ini cuma mitos sahaja. Ramai wanita di luar sana yang sering menolak masa keintiman bersama suami, mungkin ini salah satu puncanya!
Artikel ini akan membuka mata anda untuk mengenali dua keadaan yang berkait rapat – vaginismus dan penis captivus.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Vaginismus adalah masalah seksual?
Walaupun bunyinya seperti robot di dalam Transformers, percayalah keadaan ini wujud dan ramai wanita di luar sana menghadapinya! Cuma, tidak ramai yang mahu mendapatkan rundingan lanjut kerana segan.
Kami faham, dan artikel ini untuk anda!
Vaginismus adalah masalah seksual di mana otot faraj anda mengetat atau mengejang ketika disentuh.
Ia boleh berlaku dalam pelbagai situasi seperti bersenggama, pap smear, atau memasukkan tampon ke dalam faraj anda.
Dalam diam, ramai wanita yang mengalami keadaan ini tetapi tidak ramai yang berjumpa dengan doktor.
Faraj tertutup memang menakutkan, namun usah malu kerana keadaan ini dapat dibendung dan banyak rawatan yang boleh diberikan.
Masalah ini sering berlaku kepada wanita dalam usia remaja atau awal 20-an, di mana mereka baru memasuki alam perkahwinan.
Buat sesetengah wanita yang lain, masalah ini berlaku lebih lewat dan hanya ketika bersenggama. Setiap wanita yang mengalami disfungsi seksual ini mempunyai pengalaman dan intensiti yang berbeza.
Punca-punca yang anda harus ambil tahu!
Masalah faraj tertutup ini selalunya dikaitkan dengan psikologi anda tetapi terdapat sesetengah keadaan fisiologi menjadi punca disfungsi seksual ini.
Situasi yang boleh menjurus kepada vaginismus adalah :
- Takut bersenggama
- Kegelisahan
- Penderaan seksual atau trauma pada masa lalu
- Mempunyai emosi negatif terhadap seks
- Pengetahuan tipis mengenai seks
Penyakit lain boleh menyebabkan vaginismus lebih teruk, seperti :
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan yis faraj
- Keradangan faraj selepas menopaus (atrophic vaginitis)
- Komplikasi selepas bersalin
- Faraj kering kerana masalah hormon
Tanda-tanda dan simptom vaginismus adalah…
Simptom utama berkaitan dengan masalah faraj tertutup adalah kesakitan semasa bersenggama, masukkan tampon atau ketika pap smear.
Seperti yang dinyatakan di atas, intensiti kesakitan berbeza bagi setiap wanita.
Ada sesetengah wanita langsung tidak dapat bersenggama, sebaliknya ada yang dapat bersenggama tetapi masih terasa kepedihan.
Kesakitan atau kepedihan ini selalunya menjadi lebih baik selepas seks, meskipun sebilangan wanita akan menderita lebih lama.
Vaginismus adalah kaitan dengan penis captivus
Vaginismus adalah berkaitan dengan Penis captivus ialah suatu disfungsi seksual yang jarang berlaku, tetapi wujud. Keadaan ini berlaku ketika bersenggama di mana pengecutan otot faraj yang keterlaluan menyebabkan zakar tersekat di dalam faraj.
Disfungsi seksual ini selalunya berakhir ketika salah seorang pasangan mencapai klimaks.
Jika lelaki sudah klimaks, peredaran darah ke zakar berkurang dan otot zakar akan mengecut. Selepas itu, zakar tidak akan tersekat dan lebih mudah dikeluarkan dari faraj.
Kadangkala, rawatan perubatan diperlukan kerana ia mustahil untuk mengeluarkan zakar dari faraj walaupun selepas klimaks akibat faraj tertutup rapat.
Cara menangani vaginismus
Para wanita, usah risau lagi! Terdapat pelbagai pendekatan untuk menangani masalah faraj tertutup dari sudut senaman dan terapi.
1. Senaman kegel
Senaman kegel ialah sejenis senaman yang mudah dan boleh dilakukan di rumah. Ia bagus untuk mengendurkan otot lantai pelviks anda dan harus dilakukan sekurang-kurangnya 10 kali kemutan, 3 kali sehari.
2. Set dilator faraj
Dilator faraj terbukti keberkesanannya. Matlamat terapi ini bukanlah untuk meregangkan faraj, tapi untuk memberikan keselesaan kepada para wanita dengan memasukkan alat ini ke dalam faraj secara berperingkat.
Set ini mempunyai saiz yang berlainan dan wanita boleh menukar ke saiz yang lebih besar mengikut keselesaan.
Pegawai terapi fizikal atau doktor boleh juga mengajar anda bagaimana untuk menggunakan set ini.
3. Terapi minda
Terapi berkesan jika masalah ini lebih berkait rapat dengan isu psikologi. Isu ini lebih senang untuk dibendung setelah mengetahui punca-punca faraj tertutup.
4. Pendidikan seks
Pendidikan seks penting untuk wanita memahami anatomi dan keadaan tubuh badan mereka dengan lebih lanjut. Hal ini akan membantu mereka untuk faham vaginismus dengan lebih mendalam.
Kesimpulannya, jika anda mengalami simptom faraj tertutup, usah segan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lebih lanjut demi kesejahteraan seksual anda.
[embed-health-tool-ovulation]