Hubungan seks sepatutnya menyeronokkan, tetapi anda pasti akan tertekan jika risiko kondom tersekat dalam faraj. Walaupun keadaan ini jarang berlaku, namun anda masih perlu belajar bagaimana untuk mengatasinya dan bukan hanya memikirkan keterujaan di atas katil.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Apa perlu buat bila risiko kondom termasuk dalam faraj?
Bertenang
Sekiranya kondom tersekat di dalam, ia pasti hanya berada antara saluran vagina dan serviks (bahagian bawah rahim). Jadi, tidak ada keperluan untuk panik. Tarik nafas panjang dan beralih ke langkah seterusnya.
Keluarkan dengan jari
Pertama, basuh tangan dan pastikan kuku benar-benar bersih. Jika anda mempunyai kuku panjang, potong kuku sebelum cuba memasukkan jari anda.
Jika anda boleh merasakan kondom dari dalam, anda mungkin boleh mencapainya. Cuba ambil dan tarik sendiri terlebih dahulu.
Minta bantuan
Sekiranya anda tidak bernasib baik untuk mencapainya sendiri, anda harus meminta bantuan pasangan anda. Mungkin lebih mudah baginya untuk melakukannya daripada anda sendiri. Memandangkan dia juga menyumbang kepada kemalangan ini, jangan malu untuk bertanya.
Mencangkung
Berbaring tidak akan membantu anda. Anda mungkin perlu mencuba posisi mencangkung yang memudahkan kondom keluar. Siapa tahu mungkin graviti dapat membantu anda dalam kes ini.
Satu kaki di atas lantai dan satu lagi di atas kerusi
Mencangkung pun tidak berfungsi? Cuba kedudukan ini: Berdiri dan letakkan satu kaki di atas kerusi. Kemudian duduk ke bawah sambil cuba menolak kondom keluar.
Jumpa pakar sakit puan
Jika anda tidak boleh mengeluarkan kondom keluar dengan kaedah yang disebutkan di atas, sudah tiba masanya anda menemui doktor. Anda pasti terkejut untuk mengetahui bahawa pakar sakit puan kerap mengendalikan kes kondom tersekat.
Anda bukan orang pertama yang memerlukan perhatian perubatan seperti ini dan jangan salahkan diri sendiri. Tidak ada yang salah dengan diri anda atau faraj yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Ia adalah satu kemalangan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bukan salah anda atau pasangan.
Ketahui risiko yang anda hadapi
Anda juga patut mengetahui bahawa sebaik sahaja kondom tersekat di dalam, kaedah kontraseptif ini sudah tidak lagi berkesan. Anda berisiko terkena penyakit kelamin dan kehamilan tidak terancang.
Oleh itu, jika mempunyai bayi bukanlah kehendak anda pada masa ini, sebaiknya anda dapatkan kontraseptif kecemasan. Selain itu, jangan lupa untuk mendapatkan ujian penyakit kelamin. Diagnosis dan rawatan awal adalah kunci untuk menguruskan penyakit kelamin dan menjalani kehidupan yang sihat.
[embed-health-tool-ovulation]