backup og meta

3 Posisi Bersama Untuk Elak Hamil Anda Boleh Cuba! Tapi, Betul Ke Berkesan Kaedah Ini?

3 Posisi Bersama Untuk Elak Hamil Anda Boleh Cuba! Tapi, Betul Ke Berkesan Kaedah Ini?

Tidak semua pasangan suami isteri itu berhasrat untuk cepat menimang cahaya mata ekoran sedang merancang. Jadi, antara usaha yang mereka boleh cuba adalah posisi bersama untuk elak hamil. Berkesankah?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual , anda boleh klik di sini.

Kehamilan & hubungan seks pasangan

Untuk pengetahuan anda semua, kehamilan mungkin akan berlaku apabila sperma si lelaki bersenyawa dengan telur si wanita dan proses ini pula hanya bakal terjadi jika ada aktiviti seksual yang tertentu.

Aktiviti yang dimaksudkan di atas adalah apabila lelaki memasukkan zakar ke dalam faraj wanita lalu mengeluarkan air mani selepas tempoh ereksi dan ejakulasi tetapi ia juga bukan semudah yang anda sangkakan.

Jutaan sperma yang keluar daripada testis lelaki sihat perlu bergerak serta berenang dari lubang faraj ke rahim wanita demi menyempurnakan proses persenyawaan. Atau jika tidak, kehamilan mungkin tidak berlaku!

Dalam erti kata mudah, hubungan seks pasangan suami isteri yang melibatkan aktiviti penetrasi alat kemaluan masing-masing mungkin boleh menyebabkan kehamilan meskipun kalian belum mahu ia berlaku.

posisi bersama untuk elak hamil

Buat anda yang sedang merancang, adakah wujud posisi bersama untuk elak hamil atau ada beberapa petua lain?

Ini beberapa posisi bersama untuk elak hamil!

Walaupun bukan semua, tetapi ramai pasangan terutama yang masih muda dan baru berkahwin gemar mengamalkan petua elak mengandung selepas bersama atas sebab belum bersedia atau faktor tertentu.

Anda tidak perlu sehingga mengelak daripada tanggungjawab sebagai suami isteri. Seks itu masih perkara penting!

Posisi bersama untuk elak hamil #1. 69

Pertama, kalian mungkin boleh memilih untuk melakukan blowjob serta handjob secara serentak dengan posisi 69. Ia adalah posisi di mana pasangan berbaring dengan kepala menghadap alat kelamin masing-masing.

Dengan posisi ini, anda berdua mampu merangsang alat kemaluan bersama tanpa perlu risau akan risiko ‘termengandung’.

posisi bersama untuk elak hamil

#2. Posisi doggy style

Kedua, anda dan pasangan yang tidak mahu hamil mungkin boleh menjalani hubungan seks dengan posisi doggy style kerana ia lebih memudahkan anda mengeluarkan zakar daripada faraj apabila tiba klimaks.

Kenapa ia perlu dikeluarkan? Dengan mencabut zakar daripada faraj lalu memancutkan air mani di luar – metode pull out, sudah tentu risiko untuk pasangan mengandung luar jangkaan akan dapat dikurangkan.

#3. Posisi woman on top

Ketiga, anda dan pasangan juga boleh menjalani hubungan seks dengan posisi woman on top untuk menurunkan risiko kehamilan luar jangkaan namun ia bukan dengan cara yang serupa seperti posisi di atas tadi.

Sebaliknya, posisi ini dipercayai mampu melawan graviti lantas memungkinkan untuk air mani yang terpancut daripada zakar itu tidak naik ke dalam faraj dan turun sekali gus membantu bagi mencegah kehamilan.

Apa lagi petua lain yang anda boleh cuba?

Pun begitu, ketahuilah bahawa semua posisi bersama untuk elak hamil di atas hanya sekadar petua atau usaha dan ia mungkin tidak akan berkesan lebih-lebih lagi jika ia dilakukan oleh anda yang kurang pengalaman.

Dalam pada itu, masih belum wujud sebarang kajian saintifik yang kata posisi di atas boleh membantu pasangan yang tidak mahu mengandung. Dalam erti kata lain, ia mungkin tidak akan berkesan untuk semua orang.

Sebagai alternatif yang lain, anda dan pasangan perlu hubungan seksual dengan langkah berwaspada seperti berikut:

posisi bersama untuk elak hamil

  • Penggunaan alat kontraseptif – Alat kontraseptif seperti kondom lelaki, kondom wanita, pemasangan intrauterin, pembedahan vasektomi dan lain-lain adalah antara ikhtiar yang paling umum serta efektif
  • Pengambilan ubatan kontraseptifPengambilan ubatan atau suntikan hormon mungkin lebih popular digunakan oleh wanita namun tidak mustahil juga ada ubat untuk lelaki dengan kemajuan teknologi masa kini
  • Waktu selamat untuk bersetubuh – Kadangkala, anda boleh tahu waktu selamat untuk bersetubuh dengan cara melihat kepada kalendar ovulasi, suhu badan atau cecair pada alat kelamin anda di mana rahim tidak menghasilkan dan mengeluarkan telur

Konklusinya, pengamalan posisi bersama untuk elak hamil sahaja mungkin belum cukup bagi mencegah diri daripada mengandung ekoran posisi-posisi di atas masih berisiko membawa kehamilan luar jangkaan.

Supaya anda lebih pasti, turut amalkan langkah yang lain dan dapatkan informasi serta nasihat daripada doktor ya?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How Pregnancy Happens, https://www.plannedparenthood.org/learn/pregnancy/how-pregnancy-happens, Accesed Mar 13 2023.
  2. Conception: How It Works, https://www.ucsfhealth.org/education/conception-how-it-works, Accesed Mar 13 2023.
  3. Myths and Truths About Preventing Pregnancy, https://www.choicespregnancy.org/sexual-health/pregnancy-education/myths-and-truths/, Accesed Mar 13 2023.
  4. How to Avoid Pregnancy, https://americanpregnancy.org/unplanned-pregnancy/how-to-avoid-pregnancy/, Accesed Mar 13 2023.
  5. When’s the Best Time to Have Sex and Avoid Pregnancy?, https://kidshealth.org/en/teens/avoid-pregnancy.html, Accesed Mar 13 2023.

Versi Terbaru

14/03/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/03/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan