backup og meta

Wujud Ke Punca Lain Tidak Datang Haid Selepas Seks, Selain Hamil? Mungkin Ada!

Wujud Ke Punca Lain Tidak Datang Haid Selepas Seks, Selain Hamil? Mungkin Ada!

Setiap kali haid datang lambat selepas bersetubuh, pasti para wanita akan menyangka bahawa mereka telah mengandung.

Ya, ia mungkin merupakan antara sebab utama masalah ini terjadi namun jangan tak tahu, mungkin juga ada punca lain yang tersembunyi.

Ingin tahu mengapa haid datang lambat selepas melakukan hubungan seks selain mengandung? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Apa maksud haid datang lambat?

Haid lewat adalah satu kondisi di mana keadaan menstruasi wanita yang tidak normal sama ada lewat satu atau lebih kitaran haid.

Jika wanita mengalaminya lebih daripada 3 kitaran secara berturut-turut, kondisi ini akan dikenali sebagai amenorea.

Kebiasaannya, keadaaan kesihatan ini adalah disebabkan oleh kehamilan selepas sahaja wanita melakukan hubungan seksual bersama pasangan.

Pun begitu, ada juga punca lain yang mendalanginya termasuklah masalah pada organ reproduktif atau kelenjar yang membantu mengawal selia paras hormon.

Apabila punca sebenar dikenal pasti, selalunya kitaran menstrual wanita tersebut akan pulih seperti sedia kala.

Persoalannya, apakah punca lain haid datang lambat selepas bersetubuh selain mengandung?

haid datang lambat selepas bersetubuh

Apa punca haid datang lambat selepas bersetubuh?

Secara naturalnya, haid datang lambat yang mungkin dialami didalangi oleh kehamilan selepas sahaja melakukan hubungan seksual bersama pasangan.

Wanita yang normal mempunyai kitaran menstrual setiap 28 hari, bermula daripada kali pertama keluar darah haid sehinggalah menopaus.
Walau bagaimanapun, kitaran haid yang sihat juga boleh berbeza-beza di antara 21-35 hari bagi setiap kitaran mesntrual seorang wanita.Sekiranya tempoh kitaran anda tidak berada di antara dua bilangan hari ini, ia boleh jadi disebabkan:

#1. Stres

Stres boleh mengganggu paras hormon, mengubah rutin anda sekali gus menjejaskan otak (hipotalamus) yang bertanggungjawab membantu mengawal kitaran haid.

Sekiranya anda fikir stres menyebabkan kitaran haid anda bercelaru, cubalah praktikkan teknik mengurangkan tekanan dengan cara menenangkan diri dan ubah gaya hidup anda.

#2. Berat badan tidak ideal

Untuk pengetahuan anda, wanita yang mempunyai berat badan tidak ideal yakni terlalu rendah atau terlalu tinggi daripada BMI adalah berisiko tinggi.

Disebabkan itu, adalah sangat disarankan untuk wanita mengekalkan berat badan yang ideal dan patuh BMI untuk mengelakkan ia berlaku dan berulang.

haid datang lambat selepas bersetubuh

Punca haid datang lambat #3. PCOS

Sindrom ovari polisistik (PCOS) adalah kondisi di mana tubuh badan wanita menghasilkan lebih banyak hormon lelaki (androgen).

Sekiranya ketidakseimbangan hormon ini berterusan, ia mungkin akan menyebabkan sista yang mengakibatkan ovulasi tidak sekata.

Rawatan PCOS akan berfokuskan untuk melegakan simptom dan doktor mungkin akan memberi pil pencegah kehamilan atau ubatan lain untuk membantu mengawal kitaran mentsrual.

#4. Pil perancang kehamilan

Anda mungkin akan mengalami perubahan pada kitaran haid sekiranya menggunakan pil perancang kehamilan.

Ini kerana pil perancang mengandungi hormon estrogen dan progestin yang akan menghalang ovari melepaskan telur.

Ia akan mengambil masa sehingga 6 bulan untuk kitaran haid anda kembali normal selepas berhenti mengambilnya.

haid datang lambat selepas bersetubuh

Punca haid datang lambat selepas bersetubuh #5. Penyakit kronik

Selain PCOS, ada lagi penyakit kronik lain yang menyebabkan penyakit ini termasuklah diabetes dan penyakit seliak.

Kencing manis akan mengakibatkan kandungan gula dalam darah menjejaskan perubahan hormon sekali gus menyebabkan masalah ini.

Seliak pula mengakibatkan keradangan yang membawa kerosakan usus kecil sekali gus mengganggu tubuh badan menyerap nutrisi penting.

Bersama ketika haid itu normal atau tidak?

Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu sebab-sebab lain haid datang lambat selepas bersetubuh selain mengandung.

Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk meneruskan kehidupan seksual bersama pasangan seperti biasa jika mengalaminya.

Apa yang lebih penting, kalian perlu elak untuk bersama ketika haid kerana ia bukanlah satu perkara yang normal.

Antara kesan bersama ketika haid adalah peningkatan risiko terkena penyakit jangkitan kelamin (STD) yang berbahaya.

Selain itu, ia juga akan melibatkan situasi yang kotor dan jijik yang tentu sekali tidak bagus untuk kehidupan di kamar tidur kalian berdua.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Does sex delay your period https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/does-sex-delay-your-period, Accessed 16 February 2021.
  2. My period is late. I had sex with a condom but could I still be pregnant?https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/my-period-is-late-i-had-sex-with-a-condom-but-could-i-still-be-pregnant, Accessed 16 February 2021.
  3. Late Period. http://conditions.health.qld.gov.au/HealthCondition/condition/21/145/85/late-period, Accessed 16 February 2021.
  4. 9 Reason your period is late. https://vitalrecord.tamhsc.edu/9-reasons-missed-period/. Accessed 16 February 2021
  5. Late period everything you need to know. https://flo.health/menstrual-cycle/health/period/late-period-everything. Accessed 16 February 2021.

Versi Terbaru

31/05/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan