Dalam usaha untuk memastikan keintiman dan kemesraan di kamar tidur kekal hangat, pasangan suami isteri perlu tahu cara buat seks meskipun berdepan banyak cabaran serta dugaan.
Ini adalah sangat penting terutama apabila anda dan pasangan itu selalu sahaja sibuk dengan hal lain seperti bekerja, belajar dan lain-lain, sekali gus akan menjejaskan aktiviti ranjang kalian.
Disebabkan itu pula, seks perlu dilakukan pada masa, durasi, lokasi serta posisi yang tepat agar kalian berdua mampu menjalani dan menikmati asmara dengan penuh puas.
Bagaimana cara buat seks kilat @ quickie?
Khas buat pasangan suami isteri yang selalu sibuk dengan hal duniawi tapi masih ingin melakukan seks yang hebat, seks kilat atau quickie adalah cara paling sesuai untuk dicuba.
Buat anda yang mungkin belum tahu, ia merupakan adegan aktiviti seksual dengan elemen kejutan yakni; durasi singkat, lokasi mendebarkan serta posisi mengghairahkan.
Biasanya hanya akan berlangsung sekitar 5 ke 10 minit, anda dan pasangan perlu buat quickie dengan cepat namun tetap enjoy agar tidak pula berlaku sebarang ketidakpuasan.
Inilah antara cabaran dan dugaan yang telah kami nyatakan di atas tadi. Jangan putus asa!
Cara buat seks dengan pantas tetapi puas!
Agar anda dan pasangan tidak rasa terburu-buru atau terkejar-kejar ketika sedang hangat berasmaradana, ada beberapa petua untuk kalian berdua enjoy di saat buat quickie:
#1. Mulakan dengan adegan ciuman
Menurut Evolutionary Psychology Journal, ciuman bibir ke bibir atau french kiss adalah aktiviti seksual paling utama untuk menimbulkan nafsu syahwat masing-masing.
Selain itu juga, ciuman turut mampu merangsang sistem saraf dan sistem endokrin tubuh badan untuk menghasilkan serta merembeskan hormon-hormon seksual individu.
Walaupun masa yang anda ada itu singkat, namun jangan abaikan adegan ciuman ketika mula buat seks ya!
#2. Lakukan tanpa buka pakaian
Secara logik akal, mungkin ramai yang akan sangka bahawa seks itu perlu dibuat tanpa pakaian. Ya, ia benar kerana sentuhan dari kulit ke kulit itu rasa jauh lebih ghairah.
Pun begitu, berbogel bukan syarat untuk anda dan pasangan berseronok kerana kalian berdua juga boleh selak atau sisip sahaja pakaian dari zon erotik tanpa buka sepenuhnya.
Selain jimat masa, cara buat seks ini juga akan buat anda terasa ingin tahu tentang apa yang tersembunyi!
Cara buat seks #3. Eksperimen lokasi
Siapa kata seks hanya perlu dilakukan di kamar tidur sahaja? Anda juga mungkin boleh melakukan ia di mana-mana lokasi lain seperti di tandas, dapur atau di dalam kereta.
Seks di tempat-tempat yang unik ini akan meningkatkan rasa sensasi ekoran rasa gentar dengan risiko untuk tertangkap atau terkantoi dengan individu di sekeliling anda.
Apa yang harus diingatkan di sini adalah kita semua masih perlu berwaspada dan tidak bermadu asmara di tempat terlalu umum untuk menghormati privasi orang lain juga.
Cara buat seks #4. Eksperimen posisi
Missionary adalah posisi seks paling biasa dan boleh kata agak lapuk kerana ada banyak lagi posisi lain yang anda dan pasangan mungkin boleh cuba ketika sedang buat quickie.
Contohnya, kalian berdua boleh buat seks sambil berdiri atau variasi lain juga seperti 69, doggie-style, cowgirl, pretzel, spooning dan lain-lain bergantung kepada kreativiti anda dan pasangan.
Dan siapa pula kata seks itu hanya semata-mata penetrasi zakar ke dalam faraj? Tidak! Foreplay yang panas lagi puas juga penting untuk menjalani dan menikmati hubungan seks.
#5. Seks bukan hanya perlu ‘dayung’
Lanjutan dari petua di atas tadi, anda dan pasangan juga perlu tahu bahawa tidak perlu penetrasi zakar ke dalam faraj sahaja untuk melampiaskan dan memuaskan nafsu syahwat.
Sebaliknya, seks oral, seks anal atau lain-lain aktiviti seksual turut boleh jadi alternatif efektif!
#6. Berfantasi tanpa ada rasa malu
Di dalam kamus hubungan intim atau kelamin, tidak perlu wujud istilah malu kerana ia adalah ketika anda dan pasangan melampiaskan nafsu syahwat yang juga merupakan fitrah manusia.
Oleh itu juga, tidak salah jika kalian berdua berkomunikasi dalam berfantasi tentang seks seperti mana yang selalu bermain di fikiran tetapi rasa malu untuk direalisasikan.
Gunakan kreativiti anda di sini dengan foreplay dan cosplay yang menarik untuk menarik minat dan peduli daripada pasangan dalam usaha melakukan seks kilat atau quickie.
Seks itu masih penting meskipun kalian selalu sibuk…
Jangan guna alasan sibuk bekerja, belajar atau lain-lain jika aktiviti seksual anda dan pasangan tidak dapat berjalan seperti mana yang dirancang. Ia bukan alasan yang kukuh.
Ini kerana masih ada cara buat seks yang boleh kalian berdua amalkan dan guna untuk elak hubungan di ranjang jadi hambar. Manfaatkan petua-petua kami di atas tadi bermula dari sekarang.
[embed-health-tool-ovulation]