backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Muncul Ulser Pada Alat Sulit Itu Tanda Awal Sifilis, Apa Pula Simptom Sifilis Tahap Akhir?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/05/2023

    Muncul Ulser Pada Alat Sulit Itu Tanda Awal Sifilis, Apa Pula Simptom Sifilis Tahap Akhir?

    Terdapat pelbagai jenis penyakit jangkitan seksual (STD) yang boleh menular dan merebak dari satu individu ke individu lain wujud di dunia ini.

    Antara STD yang paling biasa terjadi kepada individu adalah sifilis terutamanya buat mereka yang bergelar lelaki.

    Tetapi anda tidak perlu terlalu risau tentangnya kerana ia masih boleh dirawat jika berada dalam peringkat awal.

    Persoalannya, adakah masih ada peluang untuk merawatnya apabila mencapai sifilis tahap akhir?

    Ayuh sama-sama kita ikuti artikel untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih mendalam lagi!

    Apa itu sifilis?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan jenis penyakit jangkitan kelamin ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, sifilis adalah penyakit jangkitan seksual yang berpunca daripada bakteria Treponema pallidum dan boleh tersebar melalui aktiviti seksual.

    Aktiviti seksual yang mungkin boleh menyebarkan bakteria ini adalah seperti seks oral, seks anal, penetrasi zakar ke dalam faraj dan lain-lain perbuatan yang memerlukan sentuhan kulit ke kulit.

    Untuk pengetahuan anda, sifilis dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu primer, sekunder dan tertier yang berbeza setiap gejalanya.

    sifilis adalah

    Apa sebab sifilis?

    Seperti mana yang tertera di awal artikel ini, sifilis berpunca daripada sejenis bakteria bernama Treponema pallidum yang boleh tersebar dari satu individu ke individu lain.

    Dalam pada itu, penyakit ini juga mempunyai beberapa faktor risiko yang tersendiri termasuklah:

    • Mengamalkan seks yang tidak selamat
    • Melakukan seks bersama ramai pasangan

    Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian cuba untuk meminimumkan faktor risiko ini untuk mengelakkan sifilis.

    Sekiranya anda risau akan terkena penyakit ini, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.

    Apa tanda awal terkena penyakit ini?

    Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu apa itu sifilis dan sebab ia berlaku, jadi kini kita beralih pula kepada tanda awal jika terkena penyakit ini.

    Seperti mana yang telah kami nyatakan, STD jenis ini dikategorikan kepada 3 yakni primer, sekunder dan tertier.

    Kategori primer dan sekunder ini boleh diklasifikasikan sebagai tahap awal dan berikut merupakan petanda awal jika kalian terkena sifilis:

    sifilis

    Sekiranya tidak dirawat pada peringkat awal, penderita mungkin akan terus memendam penyakit ini tanpa sebarang tanda dan akan berlarutan sehingga beberapa tahun lamanya.

    Oleh itu, sila perhatikan tanda-tanda awal ini pada diri anda dan segera berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan dan rawatan sebelum ia bertambah teruk kelak.

    Apa pula tanda sifilis tahap akhir?

    Untuk pengetahuan anda, sifilis tahap akhir atau juga dikenali sebagai sifilis tertier adalah peringkat terakhir penyakit ini yang boleh berlaku kepada penderita.

    Ketika ini, bakteria bernama Spirochetes telah dan makin merebak ke seluruh anggota tubuh badan dan akan melibatkan organ seperti; otak, jantung, tulang dan saraf tunjang.

    Kesannya, mungkin akan berlaku simptom-simptom seperti berikut:

    • Pembentukan ketumbuhan keradangan kronik
    • Keradangan aorta
    • Lemah keseluruhan tubuh badan
    • Kebas keseluruhan tubuh badan
    • Kesukaran untuk berjalan
    • Pupil tidak mengecil apabila terdedah kepada cahaya
    • Buta secara beransur-ansur

    Apa yang lebih membimbangkan, penyakit ini juga mungkin boleh mendatangkan maut sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera.

    Apa perlu buat jika terjangkiti sifilis?

    Sekiranya ia berlaku kepada anda, sila segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan agar ia tidak melarat menjadi lebih teruk.

    Jika ia masih di peringkat awal…

    Rawatan utama untuk merawat sifilis adalah tidak rumit iaitu hanya dengan suntikan satu dos ubatan bernama benzathine benzylpenicillin.

    Namun jika penderita mempunyai alahan terhadap antibiotik jenis penisilin, rawatan alternatif adalah dengan pengambilan jenis Doxycycline atau Tetracycline.

    Kalian juga harus tahu bahawa ubatan sebegini tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana kesannya mungkin boleh mengakibatkan kecacatan janin.

    Selain itu, adalah sangat disarankan untuk penderita agar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sehinggalah ulser pada alat sulit hilang sepenuhnya.

    std

    Jika ia sudah di tahap akhir…

    Memandangkan suntikan benzathine penicillin mungkin sudah tidak mampu untuk menembusi sistem saraf pusat, penderita akan diberikan dos intravena penicillin yang besar selama 10 hari.

    Rawatan pada peringkat akhir lazimnya adalah sangat terhad kerana kerosakan yang sangat teruk telah pun berlaku pada bahagian dalaman badan.

    Jadi, adalah wajar untuk kalian cepat bertindak agar sifilis yang dialami ini tidak menjadi semakin teruk akibat lambat mendapatkan rawatan.

    Tetapi apa yang jauh lebih penting adalah mencegah daripada mengubat bukan?

    Oleh itu, sila pastikan kalian lakukan seks dengan cara yang sihat dan selamat okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan