home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Memahami Mengenai Diafragma

Memahami Mengenai Diafragma

Diafragma (diafragma) adalah cawan silikon yang fleksibel yang direka khas untuk dimasukkan ke dalam faraj untuk menutupi serviks sebelum hubungan seks agar dapat mengelakkan sperma daripada telur. Ini adalah kaedah kontraseptif yang popular.

Untuk mendapatkan keberkesanan dengan diafragma, sedikit krim spermisid akan dimasukkan ke dalam cawan dan di sekitar rim. Sebelum memasukkan diafragma, pastikan anda membersihkan tangan dengan teliti. Anda boleh berdiri atau duduk, mengikut keselesaan ansa. Pisahkan bibir vulva anda, kemudian lipat diafragma separuh dengan jari telunjuk anda di atas lipatan, dan tolakannya ke dalam faraj anda. Diafragma sepatutnya meliputi pembukaan rahim anda, dengan bahagian lipatan/kelim tepinya dimasukkan di belakang tulang pubis anda.

Anda perlu meninggalkan diafragma sekurang-kurangnya 6 jam selepas bersetubuh. Jika tidak menanggalkannya, anda boleh melakukan hubungan seks lebih daripada satu kali, tetapi anda perlu meletak semula spermisid untuk kesan kontraseptif maksimum. Walau bagaimanapun, diafragma perlu dikeluarkan selepas 24 jam. Untuk mengeluarkannya, tahan ke tepi dan tarik keluar dengan jari anda. Selepas itu, bersihkan diafragma anda dengan sabun dan air, kemudian biarkan kering.

Diafragma bukan sahaja selamat tetapi juga mudah kerana ia boleh dibawa ke dalam poket anda. Lebih penting lagi, anda dan pasangan tidak akan berasa perbezaannya dengannya. Walau bagaimanapun, mungkin sukar bagi sesetengah wanita untuk memasukkan diafragma. Di samping itu, terdapat beberapa faktor yang boleh menjejaskan keberkesanan diafragma seperti saiz zakar dan kedudukan seks, yang secara tidak sengaja boleh menolak diafragma dari tempatnya. Walaupun kebanyakan wanita selesa dengan spermisid, sesetengahnya mengalami kerengsaan yang disebabkan oleh nonoxynol-9 di dalamnya. Kesan sampingan termasuk jangkitan saluran kencing, dan kemerahan faraj dan bengkak.

Diafragma adalah alternatif yang berpatutan untuk kontrasepsi jika anda takut perubahan hormon yang sering melibatkan pil kawalan kelahiran tradisional. Anda hanya perlu belajar cara menggunakannya dengan betul. Perlu diketahui bahawa tidak seperti kondom, diafragma tidak memberikan perlindungan terhadap penyakit jangkitan seksual (STD).

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Birth Control: Is the Diaphragm Right for You? http://www.webmd.com/sex/birth-control/diaphragm-birth-control?page=1#1 Assessed August 19, 2016.

Diaphragm. https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/diaphragm Assessed August 19, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 09/01/2019
x