Definisi
Apa itu Kelulut?
Kelulut ialah penyakit kulit yang sakit dan sangat mudah berjangkit, kebiasaanya muncul pada jari. Ia biasanya dikenali sebagai herpes kelulut atau herpes tangan kerana jangkitan ini disebabkan oleh virus herpes simplex. Kedua-dua jenis herpes, iaitu herpes jenis 1 (HSV-1) dan herpes jenis 2 (HSV-2) boleh menyebabkan herpes kelulut. Kelulut boleh berlaku apabila kawasan jari yang tercedera bersentuhan dengan cecair badan yang mengandungi virus tersebut.
Apakah kebarangkalian Kelulut?
Herpes kelulut boleh dihidapi oleh semua peringkat usia, bangsa dan jantina. Walau bagaimanapun, ia sangat lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak, pekerja bahagian gigi dan perubatan. Untuk kanak-kanak, penyebab yang paling menghisap ibu jari tangan dan jari tangan semasa keberadaan virus herpes disekitar mulut. Untuk pekerja perubatan, punca utama ialah memegang luka pesakit yang dijangkiti HSV-1 sementara HSV-2 boleh menjangkiti golongan selain daripada yang disebut. Tetapi penyakit ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen