backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jaga-jaga Jika Anda Sering Sakit Sendi, Ini Mungkin Tanda Hidap DIABETES!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/01/2024

    Jaga-jaga Jika Anda Sering Sakit Sendi, Ini Mungkin Tanda Hidap DIABETES!

    Sakit sendi atau masalah sendi boleh berlaku kepada semua golongan terutamanya kelompok berusia dan mereka yang menghidap penyakit tertentu. 

    Sebagai contoh, anda mungkin tidak mengetahui bahawa sakit sendi atau sakit berkaitan tulang yang anda alami sebenarnya berkaitan dengan penyakit diabetes. 

    Jenis-jenis sakit sendi dan tulang yang berkaitan dengan diabetes

    Bagi pesakit diabetes, anda sebenarnya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat beberapa masalah sendi dan juga tulang.

    Antara faktor yang menyebabkan kemunculan sakit sendi yang disebabkan oleh diabetes ini ialah kerosakan saraf, penyakit arteri dan juga faktor obesiti.

    Berikut adalah antara jenis-jenis masalah sendi dan tulang yang mungkin boleh berlaku kepada penghidap diabetes.

    #1. Sakit sendi Charcot

    sakit sendi

    Sendi Charcot berlaku apabila keadaan sendi menjadi merosot disebabkan oleh kerosakan pada saraf.

    Kerosakan saraf adalah salah satu daripada komplikasi biasa diabetes.

    Sendi Charcot biasa berlaku di bahagian kaki anda.

    Antara simptom-simptom bagi keadaan ini ialah berasa kebas dan kesemutan atau hilang rasa sensasi pada bahagian sendi tersebut.

    Sendi juga mungkin akan berasa sedikit panas, berwarna kemerahan dan menjadi bengkak.

    Bahagian sendi yang terlibat juga mungkin menyebabkan anda rasa sakit yang teramat sangat. 

    #2. Sindrom tangan diabetes

    Sindrom tangan diabetes adalah satu keadaan di mana kulit pada tangan menjadi seperti berlilin dan menebal. Pergerakan jari juga menjadi sukar.

    Punca penyebab kepada sindrom tangan diabetes tidaklah diketahui namun ia biasa berlaku dalam kalangan mereka yang telah lama menghidap diabetes.

    Simptom bagi sindrom tangan diabetes ialah anda tidak mampu untuk menggerakkan jari-jemari anda sepenuhnya dan menggenggam jari anda.

    #3. Osteoporosis

    Osteoporosis adalah sejenis penyakit berkaitan tulang.

    Ia menyebabkan tulang anda menjadi lemah dan terdedah untuk mengalami kepatahan ataupun pecah.

    Mereka yang menghidap diabetes jenis 1 mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami osteoporosis.

    Penyakit ini jarang sekali menunjukkan simptom pada peringkat awal.

    Namun, apabila penyakit ini sudah mula menjadi lebih teruk, ia akan menjejaskan ketinggian anda, menyebabkan postur badan yang menunduk atau membongkok malah menyebabkan tulang anda patah. 

    #4. Osteoartritis

    Osteoartritis adalah gangguan sendi yang dicirikan oleh pemecahan tulang rawan sendi.

    Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian sendi tubuh anda.

    Bagi penghidap diabetes jenis 2, mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami osteoartritis yang mungkin disebabkan oleh faktor risiko seperti obesiti.

    Antara simptom-simptom bagi osteoartritis ialah berlakunya masalah sendi, pembengkakan dan kekakuan pada sendi, selain kehilangan fleksibiliti pada sendi.

    #5. Sakit sendi DISH

    DISH adalah singkatan bagi diffuse idiopathic skeletal hyperostosis, atau dikenali sebagai penyakit Forestier.

    Ia adalah satu keadaan pengerasan tendon dan ligamen yang biasanya memberi kesan kepada tulang belakang anda.

    DISH biasa dikaitkan dengan diabetes jenis 2, yang mungkin disebabkan oleh faktor pertumbuhan insulin yang menggalakkan pertumbuhan tulang baharu.

    Apakah simptom-simptom DISH? Anda mungkin akan mengalami rasa sakit, kekakuan dan pengurangan pergerakan pada bahagian yang terjejas.

    Jika ia menjejaskan bahagian tulang belakang anda, bahagian belakang dan juga leher anda mungkin akan turut mengalami kekakuan. 

    #6. Kontraktur Dupuytren

    Kontraktur Dupuytren adalah kecacatan yang berlaku di mana satu atau lebih jari anda membengkok ke arah tapak tangan anda.

    Ia disebabkan oleh pengerasan tisu penghubung pada tapak tangan dan juga jari.

    Kontraktur Dupuytren biasa berlaku dalam kalangan mereka yang telah lama menghidap diabetes.

    Simptomnya ialah berlakunya pengerasan kulit pada tapak tangan anda.

    Anda mungkin tidak berkemampuan untuk meluruskan jari-jari anda jika ia berlaku. 

    #7. Kekakuan bahu

    sakit sendi

    Kekakuan bahu berlaku apabila bahu anda mengalami kesakitan dan mempunyai pergerakan yang terbatas. Ia biasanya menjejaskan sebelah bahu anda sahaja.

    Punca kepada keadaan ini masih tidak jelas namun diabetes adalah faktor risiko yang paling biasa.

    Simptom-simptom bagi kekakuan bahu ialah rasa sakit saat anda menggerakkan bahu anda.

    Anda juga akan berasa sakit pada sendi bahu lalu menyebabkan anda mengurangkan pergerakannya. 

    Kesimpulan

    Kebanyakan daripada penyakit ini bukanlah berpunca daripada diabetes semata-mata.

    Malah ia juga boleh berlaku dengan sendiri atau disebabkan oleh penyakit lain.

    Namun, diabetes adalah faktor risiko bagi kesemua penyakit-penyakit yang berkaitan sakit sendi dan masalah tulang yang disenaraikan ini.

    Kebanyakannya berkait rapat dengan masalah yang berpunca daripada kerosakan saraf yang terjejas disebabkan oleh diabetes. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan