backup og meta

Penggunaan Tetikus Menyebabkan Sakit Bahu? Cuba Helah Ini!

Penggunaan Tetikus Menyebabkan Sakit Bahu? Cuba Helah Ini!

Pengguna komputer biasa biasanya melakukan 50,000 hingga 200,000 ketukan kekunci (keystrokes) setiap hari. Walaupun duduk kurang memerlukan pergerakan berotot daripada berdiri atau berjalan, penggunaan komputer secara berlebihan boleh menyebabkan keletihan fizikal dan kesan buruk pada peredaran darah ke otot, tendon, tulang dan ligamen. Inilah sebabnya mengapa tubuh anda mungkin mengalami kecederaan pada leher, bahu, lengan, pergelangan tangan atau ketegangan mata.

Sudah tiba masanya untuk anda mengurangkan risiko kecederaan  dengan mengikuti beberapa cadangan mudah.

Ambil masa rehat yang kerap

Badan anda tidak dicipta untuk duduk lama, jadi ambil masa 2 minit selepas 30 minit adalah tip yang membantu. Semasa rehat, anda perlu cuba:

  • Tarik nafas ke dalam abdomen
  • Rehatkan tangan di pangkuan
  • Berdiri dan condong ke kiri dan kanan, bertahan seketika dan ulanginya semula untuk sisi lain.
  • Secara perlahan, gerakkan bahu anda ke telinga anda dan kekalkannya seketika.
  • Rehatkan mata anda dengan memberi tumpuan kepada objek jauh (iaitu, anda boleh melihat keluar tetingkap selama beberapa minit).

Selaraskan kerusi anda

Pakar mencadangkan anda untuk memilih kerusi yang stabil dan boleh diselaraskan. Untuk menggunakan komputer dalam keadaan yang selamat, anda boleh:

  • Ubah ketinggian kerusi untuk rehat dengan
  • Laraskan ketinggian kerusi anda untuk rehatkan kaki anda dengan selesa di atas lantai atau tapak kaki.
  • Luruskan paha anda secara mendatar dengan lantai.
  • Sesuaikan sandaran supaya ia menyokong lengkung belakang anda.

Susun semula monitor anda

Susun letak yang sesuai dapat membantu mengurangkan keletihan bahu, sakit leher dan ketegangan mata. Anda harus:

  • Letakkan monitor anda secara berasingan dari papan kekunci anda, secara langsung di hadapan anda dan pada jarak lengan supaya anda tidak perlu memusingkan leher anda semasa menaip.
  • Pastikan bahagian atas skrin tontonan adalah paras mata atau sedikit lebih rendah apabila anda duduk menegak. Ini boleh membantu anda mendongak terlalu lama.

Susun semula ruang kerja anda

Duduk di meja laras yang mana ia direka untuk digunakan dengan komputer boleh memudahkan anda menyesuaikan ketinggian permukaan kerja. Anda perlu menetapkan ruang kerja pada ketinggian siku anda. Ini kerana jika meja anda terlalu tinggi atau rendah, anda perlu berdepan dengan sakit lengan dan bahu.

Tukar tangan anda

Melakukan sesuatu dengan tangan tertentu untuk masa yang lama dianggap meningkatkan tekanan pada otot dan tulang. Oleh itu, apabila bekerja dengan komputer, anda perlu cuba mengalihkan tangan dengan menggerakkan tetikus anda ke sisi lain papan kekunci. Secara terperinci, anda boleh menggunakan 30 minit pertama untuk tangan kanan, 30 minit seterusnya untuk tangan kiri, dan terus mengambil giliran. Petua ini sangat berguna untuk mengurangkan dan juga mengelakkan sakit bahu pada satu sisi.

Apabila ia melibatkan pengguna komputer, kecederaan yang berlebihan tidak dapat dielakkan. Tetapi anda boleh mengurangkan dan mencegah simptom dengan mengikuti 5 helah mudah ini. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Sit at a computer http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=a00261 Accessed November03, 2016

Computer-related Injuries https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/computer-related-injuries Accessed November03, 2016

Versi Terbaru

29/10/2018

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Farah Aziz


Artikel Berkaitan

Warga Emas Mudah Dapat Penyakit Sarcopenia, Sebab Itu Sering Terjatuh Tiba-Tiba!

Ini 14 Cara Berkesan Untuk Orang Perempuan Hilangkan Sakit Pinggang


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 29/10/2018

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan