Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Kecederaan Hamstring didiagnosis?
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk menguji pergerakan dan mencari sebarang bengkak atau lebam pada peha. Anda juga mungkin diminta melakukan pergerakan tertentu untuk mengenal pasti kawasan otot atau sendi yang cedera.
Jika kecederaan hamstring tersebut teruk, ujian pengimejan dapat membantu doktor untuk mengenal pasti sebarang kerosakan dalam tulang dan otot.
Bagaimana pesakit Kecederaan Hamstring dirawat?
Doktor akan membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak dengan saranan berikut:
- Rehatkan kaki yang cedera;
- Sediakan tongkat atau topang untuk mengelakkan kaki yang cedera menanggung berat anda:
- Mengenakan pek ais untuk meredakan sakit dan bengkak;
- Balut kaki yang cedera untuk mengurangkan bengkak
- Sediakan ubat tanpa preskripsi untuk mengurangkan sakit dan keradangan.
Jika otot anda didapati telah beralih daripada posisinya, pembedahan akan diperlukan untuk menggantikan otot tersebut dan membetulkan otot yang terkoyak.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecederaan Hamstring?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani kecederaan hamstring:
- Rehatkan otot hamstring selepas mengambil bahagian dalam aktiviti untuk mengelakkan sakit dan bengkak;
- Segera mengenakan pek ais pada bahagian yang sakit;
- Balut kaki anda dengan kain pembalut untuk mengurangkan bengkak;
- Tinggikan kaki sewaktu berehat, angkat kaki lebih tinggi daripada jantung jika mungkin;
- Gunakan ubat penahan sakit tanpa preskripsi seperti ibuprofen dan acetaminophen.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen