Seterusnya, doktor akan melaksanakan x-ray. Kadang-kadang, pecahan pada tulang boleh kelihatan seperti dislokasi, dan beberapa pecahan boleh berlaku apabila dislokasi berlaku.
Jika doktor mengesyaki kecederaan pada arteri anda, ujian lanjutan seperti arteriogram (x-ray pada arteri anda) boleh dilakukan.
Bagaimana pesakit dirawat?
Doktor akan melaksanakan reduction (meletakkan semula) siku anda dengan menarik di pergelangan tangan anda dan meluruskan kembali siku anda ke tempatnya. Ini adalah sangat menyakitkan, maka ubat yang sangat kuat untuk menahan sakit boleh diberikan sebelum reduction dibuat.
Selepas siku anda kembali ke tempatnya, doktor akan mendapatkan x-ray dan kemudian meletakkannya dalam anduh yang akan membengkokkan siku anda. Penganduh akan membentuk “L” di belakang siku anda. Ia dibuat daripada plaster atau gentian kaca.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan pergerakan lengan di siku anda. Biasanya, lengan anda akan diletakkan di dalam kain anduh untuk membantu anda mengekalkan penganduh.