Kalori boleh meningkat seiring dengan peningkatan berat badan tanpa anda sedari dan anda menyangkakan anda tidak menghadapi sebarang masalah. Kalori yang tersembunyi ini terhasil daripada makanan sihat yang diambil setiap hari. Di sini terdapat beberapa tips untuk mengurangkan amaun kalori yang anda ambil.
Kawal hidangan makanan!
Banyak kajian menunjukkan bahawa manusia cenderung untuk mengambil makanan dalam jumlah yang lebih banyak apabila makanan dihidangkan dengan jumlah yang besar tidak kira sama ada makanan sihat atau makanan ringan. Sebagai contoh, sekiranya pinggan yang digunakan besar, kita akan cenderung untuk memenuhkan pinggan tersebut dengan makanan dan melicinkan keseluruhan isinya. Oleh itu, anda perlu perhatikan jumlah makanan yang diambil dan meletakkannya di dalam bekas kecil untuk mengawal amaun kalori.
Makan sebelum keluar
Apabila anda dijemput ke jamuan atau majlis makan, kurangkan makan makanan yang tidak sihat. Anda boleh lakukannya dengan mengambil makanan / snek yang berkhasiat sebelum pergi ke majlis tersebut. Perkara ini juga boleh membantu untuk menstabilkan gula dalam darah.
Mulakan dengan sup
Sup panas yang diambil sebagai pembuka selera akan memenuhkan perut dan membuat anda terasa kenyang lebih awal sebelum anda makan hidangan utama yang berkalori tinggi. Sup yang dibuat sendiri lebih disarankan kerana anda boleh menentukan kandungan sup tersebut.
Minum lebih banyak air
Air sangat penting untuk tubuh badan anda berfungsi dengan efektif. Ia 100% semulajadi dengan sifar kalori, yang akan membuatkan anda lebih kenyang sebelum makan, sekaligus mengurangkan makanan yang diambil. Selain air kosong, teh hijau juga pilihan yang baik.
Hindarkan makanan daripada pandangan
Sekiranya makanan diletakkan dekat dengan pandangan, walaupun fikiran anda tidak memberikan perhatian kepada makanan tersebut, minda separa sedar akan memainkan peranannya dan membuatkan anda mengidam. Jangan biarkan mata anda liar mencari makanan.
Kurangkan pengambilan soda (walaupun diet soda)
Soda adalah tidak baik untuk kesihatan, walaupun minuman diet soda. Mengambil minuman soda membuatkan kita mengambil lebih banyak benda manis (yang berkalori tinggi) sepanjang hari.
Makan dengan perlahan
Organ perut mengambil masa untuk memberitahu diri anda yang ia sudah penuh. Ramai orang terasa kembung perut selepas 15-20 minit makan hidangan yang besar. Hal ini terjadi apabila mereka makan terlalu banyak dan cepat sehinggakan perut anda tidak sempat untuk menghantar isyarat bahawa ia sudah penuh. Makan dengan perlahan-lahan boleh membantu mengurangkan beratus-ratus kalori ekstra yang diambil.
Elakkan makan “on-the-go”
Perkara ini sukar untuk dielakkan terutamanya apabila anda melakukan perjalanan yang tidak dirancang. Ia akan menyebabkan anda mengambil beratus-ratus kalori ekstra. Rancang dan atur perjalanan anda,termasuklah makanan yang akan dimakan sepanjang perjalanan
Amalkan tip-tip di atas untuk meminimakan pengambilan kalori.
[embed-health-tool-heart-rate]