backup og meta

Adakah kebimbangan mengakibatkan tekanan darah tinggi?

Adakah kebimbangan mengakibatkan tekanan darah tinggi?
Adakah kebimbangan mengakibatkan tekanan darah tinggi?

Dengan perkembangan berterusan di dunia yang kita diami kini, kebimbangani tidak dapat dielakkan. Reaksi fisiologikal segera badan kita kepada kebimbangan mengakibatkan kita mula tercari-cari kaitan antara kebimbangan dan darah tinggi. Adakah wujud sebarang kesan hubungkait antara kebimbangan dan tekanan darah tinggi?

1. Kaitan antara kebimbangan dan darah tinggi

Kebimbangan boleh meningkatkan tekanan darah, tapi cuma sementara dan tidak akan sampai kepada tahap darah tinggi yang kronik. Bila badan anda dalam keadaan stres, ia akan merembeskan hormon yang mengakibatkan peningkatan degupan jantung dan salur darah mula mengendur, mengakibatkan peningkatan tekanan darah. Kesan yang pendek dan mendadak pada tekanan darah ini sangatlah dramatik, tetapi cepat juga untuk reda bila hormon mula kembali ke tahap normal.

Menariknya, pesakit yang mengalami masalah kebimbangan kronik  tidak mengalami asalah tekanan darah tinggi disebabkan oleh kebimbangan. Bagi pesakit ini, badan mereka telah mengadaptasi bila berhadapan dengan hormon stres secara berterusan. Sama seperti kita ketika berada di puncak stres, pesakit ini juga mengalami puncak disebabkan tekanan yang lebih tinggi berbanding jumlah biasa kebimbangan, dan badan akan bertindakbalas dengan cara yang sama pada waktu tersebut.

2. Bila keadaan menjadi serius

Belum ada lagi bukti yang kukuh bahawa kebimbangan mengakibatkan tekanan darah kronik. Bagaimanapun, episod serangan kebimbangan boleh mengakibatkan peningkatan mendadak dan dramatik pada tekanan darah, dan kerosakannya boleh dibandingkan dengan tekanan darah tinggi kronik. Bila serangan kebimbangan bertambah sering berlaku, salur darah, jantung dan buah pinggang boleh perlahan-lahan menjadi penat dan berkeadaan teruk. Tambahan pula, kebimbangan boleh mengakibatkan banyak tabiat yang merosakkan kesihatan seperti, rokok, pengambilan alkohol, dan makan dengan banyak. Ini adalah antara risiko besar yang berkemungkinan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Ubatan semasa digunakan bagi kebimbangan dan lain-lain keadaan rawatan seperti serotonin dan perencat ambilan-semula norefinefrin (SNRIs), boleh meningkatkan lagi tekanan darah anda.

Orang yang mengalami kebimbangan tidak bermakna dia akan turut mengalami tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, kebimbangan dapat meningkatkan risiko itu. Maka, pengurusan kadar stres menerusi latihan mental dan fizikal boleh membantu anda untuk terus kekal sihat dan mengekalkan tekanan darah dalam kawalan. Cari bantuan professional sekiranya anda mempunyai masalah kawalan kadar stres atau kebimbangan.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Can anxiety cause high blood pressure? http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/expert-answers/anxiety/faq-20058549 . Accessed 12 September 2016

Stress and high blood pressure. http://www.webmd.boots.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/bp-stress . Accessed 12 September 2016

Control anxiety to stave off spikes in blood pressure. https://www.bcm.edu/news/psychiatry-and-behavior/control-anxiety-avoid-blood-pressure-spike . Accessed 12 September 2016

Versi Terbaru

30/08/2021

Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tip Mudah Untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi Anda, No. 5 Ramai Tak Tahu Lagi!

Ada Masalah Darah Tinggi? Ambil 7 Jenis Buah Ini, Sangat Bagus Untuk Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 30/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan