brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Kekeliruan COPD dan Asma, Mungkin Sama Tapi Sangat Berbeza

Apa bezanya antara penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dengan asma, sedangkan kedua-duanya mempunyai simptom yang lebih kurang sama?

Kekeliruan COPD dan Asma, Mungkin Sama Tapi Sangat Berbeza

Jika anda ingin mengetahui perbezaan antara kedua-dua masalah pernafasan ini, teruskan membaca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

Penyakit pulmonari obstruktif kronik dan asma

Batuk, berdehit, sesak nafas adalah antara simptom yang sama antara COPD dan asma.

Namun sebenarnya keadaannya sangat berbeza antara satu sama lain.

COPD adalah istilah umum yang menggambarkan penyakit pernafasan progresif. Antara contoh penyakit COPD seperti emphysema dan bronkitis kronik.

penyakit pulmonari obstruktif kronik

COPD dicirikan oleh aliran udara yang menurun dari semasa ke semasa, serta keradangan tisu yang menyambung saluran udara.

Asthma biasanya dianggap sebagai penyakit pernafasan yang berasingan, tetapi kadang-kadang ia disalah anggap sebagai COPD.

Kedua-duanya mempunyai simptom yang sama. Simptomnya termasuk batuk kronik, berdehit, dan sesak nafas.

Kira-kira 40 peratus daripada orang yang mempunyai COPD juga mempunyai athma.

Asthma dianggap sebagai faktor risiko untuk membangunkan COPD.

Peluang untuk anda mendapat dua dignosis ini meningkat seiring usia.

Perbezaan COPD dan asma

Menurut Yayasan Paru-paru Malaysia, COPD mungkin kelihatan sama dengan asthma, tetapi kedua-dua keadaan sebenarnya sangat berbeza.

Ciri-ciri berikut membezakan COPD daripada asthma.

penyakit pulmonari obstruktif kronik

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai keadaan diri, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 18/07/2023