backup og meta

Selalu Nampak Datuk & Nenek Anda Stres? Usah Risau, Minta Mereka Lakukan Perkara Ini

Selalu Nampak Datuk & Nenek Anda Stres? Usah Risau, Minta Mereka Lakukan Perkara Ini

Apabila seseorang itu berada dalam keadaan stres, banyak perkara yang akan terganggu dan tidak dapat dilakukan dengan baik. Itulah sebabnya mengapa kita perlu tahu berkenaan pengurusan stres. Namun, jika datuk dan nenek kita yang telah berusia mengalami stres, apakah cara mengawal stres yang boleh dilakukan untuk kurangkan stres yang dialami mereka?

Cara mengawal stres untuk warga emas

Pengurusan stres 1: Wujudkan kesedaran

Perasaan sedar (mindfullness) adalah salah satu kaedah utama untuk kita menangani tekanan atau stres yang dialami oleh warga emas.

Untuk menenangkan fikiran warga emas yang sibuk dan menjadi lebih peka dengan apa yang berlaku pada masa sekarang, secara tidak langsung ia bermakna kita kurang memikirkan mengenai masa lalu.

Kita juga mengurangkan kebimbangan kita terhadap masa hadapan yang belum tentu pasti.

Warga emas dapat menikmati waktu mereka sekarang tetapi pada masa yang sama masih sedar mengenai perasaan mereka dan apa yang mereka fikirkan.

Meditasi adalah kaedah penting untuk mencapai kesedaran ini dan mengurangkan tekanan yang dialami.

Sains masih lagi mengkaji mengenai kemampuan otak untuk menyesuaikan diri dan menyusun semula semasa meditasi dilakukan.

Hal ini disebut sebagai ‘keplastikan otak’ atau neuroplasticity. Fikirkan ‘perhatian’ atau ‘kesedaran’ ini seperti otot; senaman terhadap kesedaran dan perhatian ini melalui aktiviti meditasi akan lebih menguatkannya. 

Pengurusan stres 2: Berikan jenis makanan yang sihat

cara mengawal stres

Adakah anda tahu bahawa tahap tekanan atau stres dan diet anda sebenarnya amat berkait rapat?

Apabila warga emas berasa letih dengan pelbagai aktiviti atau perkara, mereka mungkin cenderung untuk mengambil snek yang kurang sihat untuk menenangkan diri mereka.

Jika ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda memberikan mereka pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan sebagai jenis snek sihat.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan penting dalam pemakanan yang sihat.

Anda juga boleh menambahkan kandungan ikan sebagai salah satu sumber protein sihat untuk otak warga emas.

Ikan dengan kadar asid lemak omega-3 yang tinggi sebenarnya dapat mengurangkan gejala atau simptom stres yang dialami.

Pengurusan stres 3: Dengarkan muzik atau lagu kepada mereka

Sekiranya anda mendapati datuk dan nenek anda mengalami stres, minta mereka duduk, berehat dan mendengar muzik.

Mendengar muzik yang menenangkan dapat mengurangkan tahap kortisol, iaitu sejenis hormon yang sering dikaitkan dengan berlakunya stres pada diri.

Selain itu, mendengar muzik juga dapat menurunkan tekanan darah.

Cuba pasangkan mereka dengan bunyian suara alam yang menenangkan seperti gelombang laut atau bunyi kicauan burung.

Minta mereka pejamkan mata, berehat dan anggap bahawa mereka sedang duduk bersantai di pantai, menikmati hari persaraan mereka. 

Pengurusan stres 4: Bermain dengan haiwan peliharaan

pengurusan stres

Haiwan peliharaan boleh memberikan keselesaan yang menenangkan kepada pemiliknya.

Ini kerana haiwan peliharaan sangat menyeronokkan, selain menjadi peneman yang penyayang yang boleh membantu meningkatkan kesejahteraan mental.

Sekiranya datuk dan nenek anda belum pernah memiliki haiwan peliharaan, pertimbangkan untuk mendapatkan jenis haiwan peliharaan yang sesuai untuk mereka seperti kucing.

Bermain bersama haiwan peliharaan boleh menjadi salah satu daripada kaedah terapi bagi mengurangkan stres dalam kalangan warga emas.

Pengurusan stres 5: Mengajak mereka bersenam

Selain daripada memberikan faedah kepada paru-paru, kepadatan tulang dan kepanjangan umur, aktiviti senaman juga mempunyai kesan yang amat positif terhadap kesihatan otak.

Senaman yang dilakukan dapat membantu mengurangkan tahap stres seseorang individu tersebut terutamanya terhadap warga emas.

Satu kajian yang dilakukan di University of Illinois dengan jelas menunjukkan bagaimana senaman aerobik yang sederhana tetapi kerap dilakukan dapat meningkatkan kesihatan kognitif kita secara keseluruhan.

Warga emas yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah berjalan selama 40 minit tiga hari seminggu selama satu tahun.

Pada tahun itu sahaja, para peserta kajian dapat melihat peningkatan sebanyak 2% ukuran hippocampus mereka.

Hippocampus adalah kawasan otak yang terlibat dalam ingatan dan pembelajaran.

Sebaliknya, warga emas yang tidak bersenam akan mempunyai penurunan saiz hippocampus mereka sebanyak 1 hingga 2% setiap tahun.

Kesimpulan

Jika anda lihat bahawa datuk atau nenek anda sedang berada dalam keadaan tertekan atau stres, ajak mereka untuk lakukan salah satu daripada perkara yang telah dinyatakan di atas ini.

Cara mengawal stres yang dicadangkan ini sedikit sebanyak boleh memberikan kesan positif terhadap datuk dan nenek anda dalam mengawal stres yang dialami.

Kongsikan cara mengawal stres untuk warga emas ini kepada rakan atau ahli keluarga yang lain sekiranya anda rasa ia amat bermanfaat untuk kesihatan mental datuk dan nenek mereka. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.elderly.gov.hk/english/healthy_ageing/mental_health/stress.html

https://www.umh.org/assisted-independent-living-blog/bid/306253/6-stress-management-tips-for-seniors

https://chartwell.com/en/blog/2016/01/4-ways-to-reduce-stress-for-seniors

https://www.health.harvard.edu/stress/stress-relief-tips-for-older-adults

https://www.health.harvard.edu/aging/how-stress-affects-seniors-and-how-to-manage-it

Versi Terbaru

03/06/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan