home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Penggunaan Pembalut Aluminium, Adakah Ia Selamat?

Penggunaan Pembalut Aluminium, Adakah Ia Selamat?

Kini, perkembangan industri makanan telah meningkatkan penggunaan pembalut aluminium (aluminium foil) sebagai kegunaan utama khususnya untuk memasak makanan dengan segera.

Pembalut adalah produk biasa bagi setiap isi rumah. Kebanyakannya menggunakannya untuk membalut makanan yang dipanggang, dibakar dan sebagainya.

Ada yang mengatakan bahawa penggunaan pembalut aluminium untuk kegunaan memasak boleh menyebabkan aluminium meresap ke dalam makanan dan memberi risiko terhadap kesihatan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), tubuh manusia mampu melepaskan sejumlah kecil aluminium dengan cekap, maka adalah selamat untuk mengambil 40mg aluminium per kilogram berat badan setiap hari. Tetapi malangnya, kebanyakan orang menyerap lebih daripada jumlah itu.

Adakah memasak menggunakan pembalut aluminium boleh meningkatkan kandungan aluminium makanan?

Kebanyakan pengambilan aluminium anda berasal dari makanan. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa pembalut aluminium, peralatan memasak dan bekas makanan boleh menyalirkan aluminium ke dalam makanan anda.

Ini bermakna, memasak dengan pembalut aluminium boleh meningkatkan kandungan aluminium dalam diet anda. Jumlah aluminium yang masuk ke dalam makanan anda apabila memasak menggunakan pembalut aluminium dipengaruhi oleh beberapa perkara, seperti:

  • Suhu: Memasak pada suhu yang lebih tinggi
  • Makanan: Memasak dengan makanan berasid, seperti tomato
  • Bahan-bahan tertentu: Menggunakan garam dan rempah dalam masakan anda

Walau bagaimanapun, jumlah yang meresap makanan anda semasa memasak boleh berbeza-beza. Sebagai contoh, satu kajian mendapati bahawa memasak daging merah dalam pembalut aluminium dapat meningkatkan kandungan aluminiumnya di antara 89% dan 378%.

Adakah ia selamat?

Ya. Apabila menggunakannya untuk sejuk. Apabila diuji sejuk, seperti membungkus sandwic dalam peti sejuk, tiada bukti peleburan aluminium ke dalam makanan. Menggunakannya panas, atau suam, adalah keadaan yang berbeza.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan bahawa penggunaan pembalut aluminium biasa dalam memasak boleh memudaratkan kesihatan. Walau bagaimanapun, banyak penyelidik menyimpulkan bahawa sumbangan minimum aluminium daripada pembalut aluminium adalah selamat.

Risiko kesihatan akibat terlalu banyak aluminium

Kemandulan lelaki

Menurut Sciencing, terdapat satu kajian mendapati bahawa aluminium mungkin bertanggungjawab terhadap peningkatan ketidaksuburan lelaki. Selepas menganalisis sampel sperma daripada lebih 60 peserta, para penyelidik mengesahkan bahawa air mani mereka mengandungi aluminium. Banyak sampel aluminium yang mengandungi jumlah sperma yang lebih rendah. Ini dapat menjelaskan mengapa ketidaksuburan lelaki telah merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer adalah keadaan neurologi yang disebabkan oleh kehilangan sel-sel otak. Punca Alzheimer tidak diketahui, tetapi dianggap disebabkan gabungan faktor genetik dan persekitaran, yang boleh merosakkan otak dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, tahap aluminium yang tinggi didapati di otak orang dengan Alzheimer. Namun, oleh kerana tiada perkaitan antara seseorang dengan pengambilan tinggi aluminium disebabkan ubat-ubatan, jadi ia tidak jelas jika pengambilan aluminium menjadi punca penyakit Alzheimer.

Tetapi adalah mungkin bahawa pendedahan kepada tahap diet aluminium yang sangat tinggi dapat menyumbang kepada perkembangan penyakit otak seperti Alzheimer. Bagaimanapun, fungsi tepat aluminium dalam perkembangan Alzheimer masih belum ditentukan.

Penyakit radang usus (IBD)

Sebagai tambahan kepada potensinya terhadap penyakit otak, beberapa kajian menunjukkan bahawa diet aluminium boleh menjadi faktor risiko bagi penyakit radang usus (IBD). Walaupun beberapa ujian tiub dan kajian haiwan yang merujuk kepada korelasi, tiada kajian menemui hubungan yang pasti antara pengambilan aluminium dan IBD.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Is It Safe to Use Aluminum Foil in Cooking? https://www.healthline.com/nutrition/aluminum-foil-cooking Accessed on Jan 15, 2019.

Why You Shouldn’t Wrap Your Food in Aluminium Foil Before Cooking It https://thriveglobal.com/stories/why-you-shouldn-t-wrap-your-food-in-aluminium-foil-before-cooking-it/ Accessed on Jan 15, 2019.

Rethinking Aluminum Foil https://traditionalcookingschool.com/food-preparation/kitchen-tools/rethinking-aluminum-foil/ Accessed on Jan 15, 2019.

The Dangers of Aluminum Foil https://sciencing.com/dangers-aluminum-foil-8314412.html Accessed on Jan 15, 2019.

Hati-hati Membalut Makanan dengan Aluminium Foil https://www.majalahsains.com/hati-hati-membalut-makanan-dengan-aluminium-foil/ Accessed on Jan 15, 2019.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 15/01/2019
x