backup og meta

Tip Meningkatkan Selera Makan

Tip Meningkatkan Selera Makan

Kehilangan selera atau berlaku perubahan pada selera makan adalah satu perkara normal yang akan berlaku berikutan keadaan perubatan seperti sedang dalam rawatan kanser yang melibatkan kemoterapi atau radiasi. Dalam masa yang sama keletihan dan tekanan yang berlebihan akibat dari tugasan harian juga turut boleh menyebabkan hilangnya selera makan anda. Ini boleh menjejaskan tahap kesihatan kerana badan anda akan kekurangan nutrisi untuk menghasilkan tenaga. Jadi, bagaimana untuk meningkatkan selera makan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui tip yang bersesuaian.

Tip meningkatkan selera makan

  1. Kuantiti kecil, kerap

Untuk makan tiga hidangan lengkap mungkin kelihatan satu tugas yang mencabar apabila anda tidak mempunyai selera untuk makan. Cara terbaik untuk menggalakkan anda makan adalah dengan membahagikan tiga hidangan lengkap itu kepada lima atau enam hidangan kecil. Apabila anda dapat meningkatkan selera makan, anda boleh meningkatkan bahagian hidangan atau menambah kandungan kalori yang diambil sepanjang hari. Kaedah yang utama, makan dalam kuantiti yang kecil tetapi lebih kerap.

  1. Jadikan waktu makan lebih menggembirakan

Sama seperti ketika anda ingin menyuruh anak anda makan, keriangan dan keseronokan mungkin dapat membantu anda. Anda boleh mengajak rakan atau ahli keluarga terdekat untuk masak dan makan bersama untuk membantu meningkatkan selera makan anda. Jika tidak berpeluang, anda boleh mencuba untuk makan sambil menonton televisyen. Kaedah ini dipercayai dapat menukar tumpuan anda daripada makanan anda, dan menjadikan sesi makan lebih menyeronokkan.

  1. Gunakan helah

Tip Meningkatkan Selera Makan 1

Jika anda tidak mempunyai selera, melihat jumlah makanan yang besar boleh membuatkan anda hilang keterujaan dan amat tidak digalakkan. Helah terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memecahkan bahagian makanan anda kepada bahagian kecil dan makan menggunakan pinggan yang besar berbanding pinggan bersaiz kecil. Ada kajian yang menunjukkan, peningkatan saiz pinggan boleh menggalakkan anda untuk mengambil hidangan lebih banyak. Ia adalah benar walaupun anda mungkin tidak menyukai makan tersebut. Dalam erti kata lain, anda cenderung untuk makan lebih banyak apabila dihidangkan dalam pinggan bersaiz besar. Ia sekali gus membantu pengambilan kalori harian anda, jika anda mengambil makanan berkalori tinggi.

  1. Jadual makan

Rasa lapar biasanya menjadi tanda peringatan untuk makan. Namun, jika anda tidak lapar, anda mungkin tidak dapat bergantung kepada selera anda untuk mengingatkan anda untuk makan. Jadi untuk membantu anda, cuba untuk membuat jadual makan anda dan tetapkan peringatan untuk setiap kali waktu makan bagi memastikan dan membantu anda untuk makan dengan tetap. Tambahan lagi, mempunyai jadual waktu makan yang tetap adalah penting untuk merangsang dan meningkatkan selera makan.

  1. Sentiasa bersarapan

Pengambilan sarapan setiap hari adalah penting jika anda ingin meningkatkan selera makan dan juga berat badan. Terdapat hasil penyelidikan menyatakan melangkau sarapan pagi menyebabkan anda akan kurang makan sepanjang hari anda dan ia adalah berlawanan dari apa yang anda perlu lakukan. Mengambil sarapan membantu meningkatkan kesan thermogenesis badan, mengakibatkan badan anda membakar lebih kalori, sekali gus meningkatkan keinginan untuk makan. Jadi jika anda sedang dalam usaha untuk meningkatkan selera makan, pengambilan sarapan adalah satu permulaan yang penting. 

  1. Makan makanan kegemaran

Ia adalah satu peraturan yang mudah – makan apa yang anda sukai dan gemari. Apabila anda duduk di hadapan hidangan makan yang anda sukai, ia akan meningkatkan keinginan makan anda. Kajian menunjukkan jika anda boleh memilih apa yang anda ingin makan, anda akan cenderung untuk makan dengan lebih banyak dan lebih kerap berbanding jika anda tidak mempunyai pilihan. Namun, jika makanan yang anda gemari adalah makanan yang tidak sihat seperti makan segera, mungkin anda boleh memasaknya sendiri atau menyediakannya dengan kandungan makan yang lebih bernutrisi.

  1. Bersenam

Ketika bersenam, badan akan membakar kalori untuk mengekalkan tahap tenaga anda. Aktiviti fizikal dapat meningkatkan selera anda untuk menggantikan kalori yang dibakar. Namun, peningkatan selera ini hanya akan meningkat selepas beberapa kali senaman dilakukan. Bersenam juga dapat mempengaruhi beberapa proses dalam badan anda untuk merangsang rasa lapar. Ini termasuk peningkatan kadar metabolisme badan, jisim otot serta perubahan pengeluaran hormon.

  1. Pengambilan air

Hadkan pengambilan air ketika makan. Ini kerana kerap minum air semasa makan boleh menjejaskan selera anda dan membuatkan anda kurang makan dan lebih kenyang dengan air. Sebaiknya, cuma hadkan pengambilan air 30 minit sebelum makan, dan ia mungkin dapat membantu meningkatkan selera makan anda.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

16 Ways to Increase Your Appetite

https://www.healthline.com/nutrition/16-ways-to-increase-appetite / Accessed on April 18, 2019.

 

Nutrition Tips for Managing Loss of Appetite

https://pearlpoint.org/loss-of-appetite-during-cancer-treatment/ / Accessed on April 18, 2019.

 

Loss of Appetite Coping Strategies

https://liferaftgroup.org/2013/08/loss-appetite-coping-strategies/ / Accessed on April 18, 2019.

 

8 Ways to Treat a Loved One’s Loss of Appetite

https://www.verywellhealth.com/how-to-whet-an-appetite-1132085 / Accessed on April 18, 2019.

Versi Terbaru

15/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bila Waktu Yang Terbaik Untuk Makan Probiotik, Sebelum Atau Selepas Makan?

Bahaya Polisterin! Ketahui 5 Sebab Anda Perlu Elak Guna Bekas Polisterin Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan