backup og meta

Mengapa COVID-19 Mengganas Di Musim Sejuk? Ini Kaitan Suhu, Kelembapan Udara & Virus Korona

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 20/04/2020

    Mengapa COVID-19 Mengganas Di Musim Sejuk? Ini Kaitan Suhu, Kelembapan Udara & Virus Korona

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Pelbagai faktor boleh mempengaruhi jangka hayat virus korona baharu (COVID-19) di persekitaran.

    Apabila kita lihat virus korona sindrom pernafasan akut teruk dan timur tengah (SARS & MERS), kedua-duanya tidak mempunyai jangka hayat sepanjang COVID-19.

    Perkara ini menjadikan virus tersebut mudah untuk beralih kepada individu lain jika kekerapan mencuci tangan tidak menjadi fokus utama.

    Angka kes positif sedang merangkak perlahan-lahan ke arah 2 juta. Di Malaysia, jumlah mereka yang dijangkiti adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Dalam artikel ini, penulis akan menekankan aspek kelembapan udara dalam mempengaruhi jangka hayat virus korona.

    Teruskan pembacaan anda.

    Kaitan di antara musim sejuk, kelembapan udara dan jangkitan COVID-19

    kelembapan udara

    Cuaca dan musim merupakan salah satu komponen penting yang menentukan tahap keagresifan virus seperti influenza dan COVID-19. 

    Berdasarkan jumlah kes yang direkodkan berkaitan dengan jangkitan influenza pada tahun lepas, kita boleh simpulkan, jangkitan tersebut mudah tersebar pada musim sejuk.

    Jumlah individu yang berisiko untuk dijangkiti oleh virus selesema melonjak naik setiap kali musim tersebut sehingga mencapai tahap epidemik.

    Perkara ini turut berlaku ketika wabak epidemik SARS dan pandemik COVID-19. Ia bermula pada musim sejuk sebelum menular ke seluruh dunia.

    Oleh sebab terdapat perbezaan pada suhu dan tahap kelembapan udara di dalam rumah, virus mudah tersebar dan menjangkiti sistem pernafasan manusia.

    Pelbagai kajian telah dibuat bagi menjelaskan kaitan di antara kekerapan jangkitan selesema pada musim sejuk.

    Ia tertumpu kepada dua faktor:

    1. Aktiviti manusia berubah, mereka lebih suka duduk di dalam rumah.
    2. Terdapat perubahan pada faktor persekitaran

    Artikel berkaitan:

    Tahap kelembapan udara yang rendah merupakan salah satu kriteria ideal bagi penyebaran virus pernafasan.

    Sistem pemanasan udara dalam rumah yang digunakan di negara yang mengalami musim sejuk berupaya untuk menurunkan kadar lembapan sebanyak 20%.

    Ini memudahkan virus pernafasan seperti influenza dan COVID-19 untuk tersebar dalam kalangan ahli keluarga.

    Tambahan pula, apabila persekitaran mempunyai tahap kelembapan udara yang rendah, sel rerambut yang berada pada permukaan saluran pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

    Ia tidak dapat membuang partikel virus dengan lebih cekap berbanding dengan sel rerambut pada individu yang berada pada persekitaran lembap.

    Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian yang telah diterbitkan pada tahun 2019 oleh sekumpulan saintis diketuai oleh Prof Iwasaki.

    Tikus yang berada pada persekitaran dengan kelembapan udara 10% sukar untuk membuang virus berbanding dengan tikus yang berada pada persekitaran dengan kelembapan udara 50%.

    Pengajaran yang boleh diambil ketika wabak selesema Sepanyol

    kelembapan udara
    Barisan doktor memakai topeng muka ketika Eropah diserang oleh wabak pandemik selesema Sepanyol.

    Wabak pandemik selesema Sepanyol merupakan jangkitan yang pernah menjadi igauan ngeri dunia.

    Pada tahun 1918, dianggarkan hampir 500 juta individu telah dijangkiti dan kematian berada pada angka 50 juta.

    Ketika wabak tersebut sedang berlangsung, seorang pengkaji Dr Peter Palese telah menulis kertas saintifik yang diterbitkan pada tahun berikutnya berkenaan dengan kebolehan virus untuk tersebar pada musim sejuk.

    Oleh sebab pada ketika itu pemahaman terhadap penularan virus tidak meluas seperti sekarang, Dr Peter telah menggunakan tikus belanda sebagai haiwan kajian untuk lebih memahami model jangkitan virus pernafasan.

    Beliau cuba untuk menjangkitkan tikus belanda tersebut dengan virus influenza. Usahanya bukan sahaja membuahkan hasil, malah tikus lain turut sama dijangkiti.

    covid

    Berdasarkan daripada pemerhatian tersebut, Dr Peter telah berusaha untuk mengkaji faktor yang memudahkan jangkitan virus berlaku.

    Salah satu daripadanya berkait dengan tahap kelembapan udara dan suhu persekitaran.

    Apabila beliau meletakkan sangkar tikus belanda yang berjangkit di sebelah sangkar tikus sihat pada suhu 41 darjah Farenheit dan kelembapan udara 20%, virus mudah menular.

    Kajian tersebut diulang pada suhu 68 dan 86 darjah Fahrenheit dan kelembapan udara di antara 20% hingga 80%.

    Dapatan beliau menunjukkan virus influenza mudah untuk berjangkit pada suhu dan kelembapan udara yang rendah.

    Dapatan yang berbeza berkenaan dengan kelembapan udara di negara tropika

    covid

    Oleh sebab keagresifan virus boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, terdapat percanggahan dapatan jika kita bandingkan dengan negara yang tidak mengalami 4 musim seperti Malaysia.

    Jangkitan selesema di negara tersebut lebih berkait rapat dengan kadar lembapan yang tinggi dan kekerapan hujan. 

    Ini merupakan satu faktor yang perlu dikaji bagi memahami corak jangkitan virus pernafasan termasuklah COVID-19.

    Suhu dan tahap kelembapan udara yang rendah merupakan faktor penguat yang boleh menggalakkan berlakunya jangkitan.

    Kajian yang dijalankan oleh Dr Peter tidak menerangkan sebab di sebalik mengapa virus lebih mudah untuk menular ketika musim sejuk.

    Namun, kajian yang dijalankan pada tahun 1960-an menunjukkan virus influenza yang hidup pada persekitaran dengan kadar kelembapan rendah mempunyai jangka hayat yang panjang. 

    Baca juga:

    Dapatan tersebut telah disokong oleh kajian yang dijalankan pada tahun 2013 yang menunjukkan musim kering mempunyai jumlah kes jangkitan influenza yang sangat tinggi.

    Hakikatnya kita tidak tahu sama ada virus korona baharu mempunyai sifat yang lebih kurang sama dengan virus influenza ataupun tidak.

    Namun, oleh sebab kedua-duanya menunjukkan corak peningkatan jangkitan yang hampir sama, data tersebut dianggap relevan untuk tujuan perbandingan.

    Saranan pakar adalah setiap bangunan atau rumah perlu mempunyai mesin pelembap udara untuk memastikan kadar lembapan berada di antara 40% hingga 60%.

    Konklusi

    kelembapan udara

    Jika anda mampu untuk membeli mesin pelembap udara, anda boleh berbuat demikian. 

    Namun jika tidak, langkah pencegahan seperti jarak sosial, amalan cuci tangan dan pemakaian topeng sudah mencukupi untuk menghindarkan jangkitan.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 20/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan