backup og meta

Manfaat Buah Tembikai Bagus Untuk Sistem Penghadaman & Merendahkan Risiko Penyakit Jantung

Manfaat Buah Tembikai Bagus Untuk Sistem Penghadaman & Merendahkan Risiko Penyakit Jantung

Buah tembikai sering menjadi hidangan pilihan dalam banyak majlis dan acara di Malaysia. Dari hidangan menyambut tetamu, semasa berbuka puasa di bulan Ramadan sehingga di majlis perkahwinan dan keraian, buah yang terkenal dengan warna merah ini sering menjadi buah pilihan masyarakat di Malaysia. Selain rasanya yang sedap dan mudah didapati, buah ini juga mempunyai pelbagai khasiat lain. 

Apakah khasiat utama buah popular ini? Teruskan membaca artikel ini. 

Khasiat utama buah tembikai

1. Kandungan air yang tinggi

Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.

2. Baik untuk jantung

Warna merah pada tembikai yang terhasil daripada sejenis bahan kimia yang digelar lycopene membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Lycopene ini juga bersifat antioksidan. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.

Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.

3. Anti-radang

Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

4. Penghadaman

Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat. Gabungan serat dan kandungan 90% air dalam tembikai juga membantu melancarkan sistem penghadaman si penggemar tembikai. 

5. Baik untuk kulit dan rambut

Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Jessie Szalay (10 Mei 2017). Watermelon: Health Benefits, Risks & Nutrition Facts. Dimuat turun daripada https://www.livescience.com/46019-watermelon-nutrition.html.

Versi Terbaru

04/08/2020

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Selain Nasi Lemak @ Kerabu, Ada Lagi Makanan Tradisional Yang Sebenarnya Sihat!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan