Vitamin A

Oleh

Nama AM: Vitamin A Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Vitamin A?

Vitamin A adalah kunci untuk penglihatan yang baik, sistem imun yang sihat, serta perkembangan sel. Ada dua jenis vitamin A:

  • Penulisan ini akan berfokus mengenai bentuk aktif Vitamin A retinoids yang datang dari produk haiwan.
  • Beta-carotene adalah jenis kedua Vitamin A, yang datang dari tumbuhan.

Retinoid sapuan atau oral adalah preskripsi yang biasa diberikan untuk rawatan jerawat dan masalah kulit yang lain. Vitamin A oral juga digunakan untuk rawatan campak (measles) dan mata kering yang dialami mereka yang kekurangan Vitamin A. Vitamin A juga digunakan untuk merawat leukemia jenis yang spesifik.

Vitamin A telah dikaji sebagai rawatan untuk pelbagai masalah lain, termasuklah kanser, katarak, dan HIV. Bagaimanapun keputusan masih belum dapat disimpulkan.

Bagaimanakah kegunaan Vitamin A?

  • Sentiasa ambil Vitamin A beserta secawan penuh air untuk mengelakkan kerengsaan (irritation). Jangan dikunyah atau dihisap kapsul. Telan secepat mungkin.
  • Ambil bersama makanan atau susu.
  • Ambil ubatan ini untuk sepanjang tempoh masa preskripsi yang telah ditetapkan doktor.
  • Untuk memastikan ubatan ini tidak memberi kesan buruk, anda mungkin perlu melalui ujian darah beberapa kali.
  • Fungsi hati (liver) anda juga perlu diuji. Lawat doktor selalu.

Bagaimana saya menyimpan Vitamin A?

Vitamin A paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Vitamin A di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Vitamin A yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Vitamin A ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Vitamin A?

Sebelum mengambil Vitamin A sila beritahu doktor anda:

  • Sejarah peribadi atau keluarga mengalami kemurungan atau penyakit mental;
  • Penyakit jantung, kolestrol atau lemak (triglyceride) yang tinggi;
  • Osteoporosis atau masalah tulang yang lain;
  • Masalah usus seperti penyakit radang usus, ulcerative colitis, atau Crohn’s disease;
  • Kencing manis;
  • Asma;
  • Masalah pengambilan makanan (anorexia nervosa);
  • Penyakit hati (liver).

Adakah selamat untuk mengambil Vitamin A semasa mengandung atau menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Vitamin A is pregnancy risk category A (oral); C (doses exceeding RDA); X (>6,000 units/day administered parenterally) according to the US Food and Drug Administration (FDA).

Kadar risiko hamil Vitamin A adalah di bawah kategori A (oral); C (dos melebihi RDA); X (>6,000 unit/ hari kemasukan menurut ibu) berdasarkan US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan risiko mengandung menurut FDA:

  • A=Tiada risiko;
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian;
  • C=Mungkin mengandungi risiko;
  • D=Bukti positif ada risiko;
  • X=Tidak boleh digunakan;
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Vitamin A?

Kesan sampingan Vitamin A termasuklah:

  • Dermatitis bahagian muka;
  • Kulit melekit;
  • Kesan jerawat;
  • Kering bendalir mucus;
  • Keradangan bibir;
  • Rambut gugur.

Kesan sampingan yang teruk berkemungkinan berlaku:

  • Alergik yang serius;
  • Konjungtivitis;
  • Kerapuhan Stratum corneum;
  • Kornea legap (corneal opacities).

Tidak semua akan mengalami kesan sampingan tersebut. Berkemungkinan terdapat kesan sampingan yang tidak dinyatakan. Jika anda mempunyai persoalan, bincang bersama doktor atau ahli farmasi.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Vitamin A?

Vitamin A mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

  • Interaksi antibiotic dan Vitamin A

Vitamin A boleh berinteraksi dengan beberapa jenis antibiotic seperti Demeclocycline, Tetracyclines, Minocycline. Pengambilan Vitamin A dalam jumlah yang sangat besar bersama ubatan ini boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius dikenali sebagai intracranial hypertension (tekanan darah tinggi dalam kepala).

  • Interaksi ubatan yang memberi kesan bahaya kepada hati terhadap vitamin A

Jangan mengambil vitamin sekiranya anda sedang engambil ubat yang memberi kesan buruk pada hati, seperti Acetaminophen (Tylenol dan lain-lain), Amiodarone (Cordarone), Carbamazepine (Tegretol), Isoniazid (INH), Methotrexate (Rheumatrex), Methyldopa (Aldomet), Fluconazole (Diflucan), Itraconazole (Sporanox), Erythromycin (Erythrocin, Ilosone, lain-lain), Phenytoin (Dilantin), Lovastatin (Mevacor), Pravastatin (Pravachol), Simvastatin (Zocor), dan banyak lagi yang lain tidak dinyatakan.

  • Warfarin (Coumadin) interaksi bersama vitamin A

Warfarin (Coumadin) digunakan untuk memperlahankan proses pembekuan darah. Pengambilan Vitamin A juga boleh melambatkan proses pembekuan darah. Pengambilan vitamin A bersama  warfarin (Coumadin) boleh meningkatkan peluang untuk pendarahan dan luka (bruising).

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan Vitamin A?

Vitamin A mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Vitamin A?

Vitamin A akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda,

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Cadangan diet harian yang dibenarkan

Lelaki: 900 mcg/hari (3000 U/hari).

Wanita

  • 700 mcg/hari (2330 U/hari).
  • >18 tahun mengandung: 750-770 mcg/hari (2500-2600 U/hari).
  • >18 tahun memberi susuan: 1300 mcg harian (4330 U).

Mata kering

Laluan Oral: 200,000 U harian selama 2 hari.

Ulang semula dos selepas 2 minggu.

Jerawat

Isotretinoin menerusi laluan oral:  0.5-0.7 milligrams per kilogram harian or 0.25-0.4 milligrams per kilogram harian (dos rendah) sekali setiap 4 minggu.

Acute promyelocytic leukemia

All-trans retinoic acid melalui oral: 45 milligrams per meter persegi untuk keluasan kulit badan per harian.

Kanser

  • Untuk kanser payudara: 1,000-6,000 milligrams retinol dan 3,000 IU-10,000 IU vitamin A diambil setiap hari.
  • Untuk kanser perut dan usus: 5,000 IU dan 50,000 IU untuk dimasukkan bagi dos mingguan.
  • Untuk kesan sampingan berkaitan kanser: suntikn mingguan 100,000 IU vitamin A digunakan.
  • Untuk kanser pangkal rahim: supplemen vitamin A (kekurangan informasi dos) diambil selama 1-3 tahun.
  • Untuk kanser kolorektal: 25,000 IU vitamin A digabungkan bersama 30 milligrams beta-carotene diambil sekali sehari selama tujuh tahun seandainya kurang kesan.
  • Untuk kanser paru-paru: 20-50 milligrams of beta-carotene diambil sekali sehari atau selang sehari selama 5-12 tahun.
  • Untuk kanser kulit: 100,000 IU vitamin A diambil setiap hari menggunakan mulut selama 18 bulan.

Arthritis

Etretinate (dala bentuk vitamin A) melalui oral: 0.5 milligrams per kilogram harian selama 4 minggu kemudian diturunkan ke 0.25 milligrams per kilogram harian sekiranya kurang perkembangan baik atau tampak kesan sampingan.

Bantuan HIV

Dos yang besar vitamin A (400,000 IU bagi dewasa and 50,000 IU bagi bayi) diberi pada wanita dan bayi selepas bersalin hingga 2 tahun.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Saranan pengambilan harian:

  • 0-6 bulan: 400 mcg/hari (1333 U/ hari).
  • 6-12 bulan: 500 mcg/ hari (1666 U/ hari).
  • 1-3 tahun: 300 mcg/ hari (1000 U/ hari).
  • 3-8 tahun: 400 mcg/ hari (1333 U/ hari).
  • 8-13 tahun: 600 mcg/ hari (2000 U/ hari).
  • 13-18 tahun: 900 mcg/ hari (3000 U/ hari).

Apakah bentuk penyediaan Vitamin A?

Vitamin A boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul: 7,500, 8000, 10,000, 25,000 Units;
  • Tablet: 10,000, 15,000 Units;
  • Vitamin A dan retinoid juga didapati dalam gel, krim, and cecair.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Vitamin A, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 17, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 22, 2018