backup og meta

Panaskan Nasi Semula Boleh Menyebabkan Keracunan Makanan, Ini Punca UTAMANYA!

Panaskan Nasi Semula Boleh Menyebabkan Keracunan Makanan, Ini Punca UTAMANYA!

Kadangkala nasi yang anda masak mungkin tersisa walaupun anda sudah betul-betul mengagak jumlah orang di rumah. Jadi, apa yang patut anda lakukan? Simpan nasi yang berbaki untuk dipanaskan kembali pada waktu makan seterusnya? Memanaskan nasi memang boleh, tetapi anda harus berhati-hati.

Hal ini disebabkan nasi yang dipanaskan boleh menyebabkan keracunan makanan. Bukan daripada kaedah pemanasannya tetapi lebih kepada bagaimana cara anda menyimpan sisa nasi tersebut sebelum dipanaskan kembali.

Kenapa memanaskan nasi boleh menyebabkan keracunan makanan?

Ramai orang yang selalu menyimpan sisa nasi hanya di atas meja makan sebelum akhirnya dipanaskan kembali. Ini sebenarnya boleh meningkatkan risiko keracunan makanan.

Sebelum anda menjadi panik dan tidak keruan, sekali lagi ditegaskan bahawa anda boleh memanaskan nasi. Yang menimbulkan risiko keracunan makanan bukan daripada proses pemanasan tetapi cara penyimpanan sisa nasi sebelum akhirnya dipanaskan lagi.

Beras mentah yang belum dimasak mungkin mengandungi spora Bacillus Cereus. Bakteria ini tetap dapat bertahan hidup bahkan setelah nasi masak. Sewaktu nasi yang sudah masak dibiarkan sejuk pada suhu bilik, bakteria tersebut boleh berkembang biak dan menghasilkan racun yang sering menjadi penyebab keracunan makanan.

Semakin lama nasi dibiarkan pada suhu bilik sebelum dipanaskan kembali, akan semakin banyak racun yang dihasilkan oleh bakteria tersebut sehingga kemungkinan besar nasi sudah tidak lagi selamat untuk diambil. Meskipun dipanaskan berkali-kali, bakteria dalam nasi tersebut tidak akan mati kerana keadaannya memang cukup kuat untuk bertahan dalam proses memasak bersuhu tinggi.

Maka oleh itu, lebih selamat tidak memanaskan nasi hingga berkali-kali kerana itu ertinya anda juga berulang kali membiarkan nasi sejuk pada suhu bilik sebelum dihangatkan kembali. Ini menyebabkan spora Bacillus cereus semakin bertambah banyak.

Jika anda memakan nasi yang mengandungi bakteri Bacillus cereus, anda mungkin akan mengalami muntah-muntah atau cirit-birit sekitar 1 hingga 5 jam setelahnya. Simptomnya hanya ringan dan biasanya berlangsung sekitar 24 jam.

Tip menyimpan, memasak, dan memanaskan nasi

Idealnya, sajikan nasi panas-panas sejurus setelah dimasak dan segera dihabiskan. Jangan tinggalkan nasi sejuk pada suhu bilik dalam keadaan terbuka selama lebih daripada 1 jam.

Namun jika kenyataannya terdapat nasi yang tersisa, segera sejukkan dengan membahagikannya dalam bekas makanan yang kecil, tutup rapat lalu simpan terus nasi yang masih panas tersebut ke dalam peti sejuk atau freezer. Lakukan ini sebaiknya dalam 1 jam sejurus nasi dimasak. Simpan nasi dalam peti sejuk selama tidak lebih daripada 1 hari sehingga waktunya dipanaskan kembali.

Ikuti tips di bawah ini ketika ingin memanaskan nasi sebelum dihidangkan kembali.

Tips memanaskan baki nasi

1. Dengan microwave

  • Letakan nasi dalam bekas terbuka yang boleh diletakkan dalam microwave.
  • Tambahkan 1-2 senduk makan air
  • Panaskan selama 3-4 minit dalam suhu 73º Celsius. Jika tidak yakin, gunakan termometer makanan.
  • Sajikan segera.

2. Dengan menumis

Jika anda ingin memanaskan nasi dengan menumis, ikutilah cara di bawah ini:

  • Tumis nasi atas periuk yang sedikit berminyak dalam api sedang.
  • Nasi yang sudah sejuk biasanya bergumpal. Oleh itu, kacau nasi sehingga gumpalannya terpisah.
  • Pastikan suhu dalam nasi setidaknya 73 darjah celcius
  • Sajikan segera sewaktu masih hangat

3. Dengan mengukus

  • Isi alat kukus dengan separuh air. Tunggu hingga mendidih.
  • Masukkan nasi baki yang sudah anda tempatkan dalam mangkuk stainless.
  • Tutup kukusan dan panaskan nasi dengan menyeluruh, kacau sesekali.
  • Sajikan segera sewaktu panas

Sewaktu anda memanaskan nasi, selalu periksa bahawa nasi anda benar-benar panas mengepul keseluruhannya (hingga ke bahagian bawah nasi). Jangan panaskan nasi lebih dari satu kali.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Crichton-Stuart Cathleen. 2018. Is It Safe to Reheat Rice?. [Online] Tersedia pada: https://www.medicalnewstoday.com/articles/322775.php?utm_source= (Diakses 12 September 2018)

NHS UK. 2018. Can Reheating Rice Cause Food Poisoning?. [Online] Tersedia pada: https://www.nhs.uk/common-health-questions/food-and-diet/can-reheating-rice-cause-food-poisoning/ (Diakses 12 September 2018)

Versi Terbaru

12/08/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rahsia Untuk Cepat Tambah Berat Badan, Amalkan 5 Jenis Makanan Sihat Ini!

Mengapa Orang Dewasa Perlu Minum Susu Tepung? Ini 4 Khasiatnya Ramai Orang Tak Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan