Apa itu Trigliserida?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Trigliserida?

Trigliserida adalah sejenis lemak di dalam darah yang digunakan oleh tubuh anda untuk menyimpan tenaga. Jenis lemak ini terdapat dalam daging, produk tenusu, minyak sayuran dan lemak haiwan. Hati juga membuat trigliserida. Jika lemak ini terlalu banyak, ia boleh meningkatkan risiko mengidap pankreatitis (radang pankreas) dan penyakit arteri koronari (salur darah jantung), terutama pada wanita.

Apakah kebarangkalian Trigliserida?

Menurut kajian, kebanyakan orang yang berlebihan berat badan atau gemuk serta gagal melakukan aktiviti fizikal selama kira-kira 150 minit seminggu atau yang merokok, dilaporkan mempunyai kadar TG 200mg / dl atau lebih tinggi. Orang  tua juga mungkin akan mendapat tahap trigliserida yang lebih tinggi. Ia boleh menjejaskan pesakit pada semua peringkat usia. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Trigliserida?

Trigliserida tinggi biasanya tidak menyebabkan simptom. Walau bagaimanapun, jika trigliserida anda tinggi disebabkan oleh keadaan genetik, anda mungkin melihat mendakan lemak di bawah kulit anda. Ini dipanggil xanthomas.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berjumpa dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Berbincanglah dengan doktor anda bagi mengetahui apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah Punca Trigliserida?

Trigliserida yang tinggi biasanya disebabkan oleh keadaan lain, termasuk:

  • Berat berlebihan dan obesiti.
  • Kencing manis yang tidak dikawal.
  • Kelenjar tiroid yang kurang aktif.
  • Penyakit buah pinggang.
  • Pengambilan kalori biasa mendahului jumlah kalori yang dibakar.
  • Minum alkohol secara berlebihan.
  • Kekurangan Lipoprotein lipase dan / atau apo CII (gangguan resesif autosom berlaku di mana pengeluaran lipoprotein lipase yang tidak mencukupi menyebabkan kurang metabolisme  chylomicrons dan trigliserida).
  • Ubat-ubatan tertentu juga boleh meningkatkan trigliserida seperti: Tamoxifen, Steroid, beta blocker, Diuretik, Estrogen, pil kawalan kelahiran.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Trigliserida?

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan tahap trigliserida anda meliputi:

  • Berat badan berlebihan dan obesiti.
  • Kekurangan aktiviti fizikal.
  • Merokok.  
  • Penggunaan alkohol yang berlebihan.
  • Tinggi karbohidrat dalam diet.
  • Penyakit dan ubat tertentu.
  • Sesetenagh ganguan genetik.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Trigliserida didiagnosis?

Tahap trigliserida tinggi boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular, terutama kepada seseorang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, dan kepada pesakit kencing manis jenis 2. Ujian darah selepas puasa semalaman (lebih dari 12 jam) dapat mendedahkan sama ada tahap trigliserida anda jatuh dalam julat yang sihat.

  • Normal – Kurang daripada 150 miligram per desiliter (mg / dL), atau kurang daripada 1.7 milimol seliter (mmol / L)
  • Sempadan tinggi – 150 hingga 199 mg / dL (1.8 hingga 2.2 mmol / L)
  • Tinggi – 200 hingga 499 mg / dL (2.3 hingga 5.6 mmol / L) . Sangat tinggi – 500 mg / dL atau lebih tinggi (5.7 mmol / L atau lebih tinggi). Individu yang terlibat dalam kategori ini mungkin lebih sering dikaitkan dengan pankreatitis.

Sebagai sebahagian daripada ujian kolesterol, doktor anda akan membuat pemeriksaan bagi mengesan kehadiran trigliserida yang tinggi. Anda perlu berhenti mengambil makanan buat sementara waktu selama sembilan hingga 12 jam sebelum darah dapat diambil untuk pengukuran trigliserida yang tepat.

Bagaimana pesakit Trigliserida dirawat?

Bergantung pada paras trigliserida anda, doktor mempunyai pendekatan yang berbeza.

Langkah pengubahsuaian gaya hidup dan pemakanan dianggap sebagai rawatan utama untuk trigliserida yang tinggi. Pesakit pada tahap sederhana hendaklah menyekat pengambilan lemak, karbonat dan alkohol. Pesakit yang teruk perlu mengikuti diet tanpa lemak dengan suplemen vitamin larut lemak. Penggunaan ubat diperlukan apabila langkah-langkah ini gagal.

Bagi sesetengah orang dengan trigliserida yang sangat tinggi, doktor mungkin memberi ubat-ubatan tertentu untuk menurunkan tahap TG dengan cepat dan untuk mencegah pankreatitis. Beberapa ubat boleh menurunkan tahap trigliserida termasuk:

  • Fibrates seperti Lopid, Fibricor, dan Tricor (ubat baris pertama bagi menurunkan TG yang berkaitan dengan pankreatitis)
  • Asid nikotinik, juga dikenali sebagai Niaspan.
  • Dos omega-3 yang tinggi diperlukan untuk menurunkan trigliserida dan harus diambil hanya di bawah penjagaan doktor. Epanova, Lovaza, dan Vascepa adalah bentuk preskripsi omega-3.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Trigliserida?

Cara utama untuk menangani tahap trigliserida tinggi adalah dengan memakan makanan yang sihat dan melakukan lebih banyak senaman. Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi trigliserida:

  • Kurangkan berat badan. Sekiranya berat badan anda berlebihan, kehilangan 2.5 – 4.5 kilogram boleh membantu menurunkan trigliserida anda. Motivasikan diri anda dengan memberi tumpuan kepada manfaat kehilangan berat badan, seperti mempunyai lebih tenaga, penampilan yang baik dan kesihatan yang lebih baik.
  • Kurangkan kalori. Ingat bahawa kalori tambahan ditukar kepada trigliserida dan disimpan sebagai lemak. Mengurangkan kalori anda akan mengurangkan trigliserida.
  • Elakkan makanan manis dan makanan yang diproses. Karbohidrat mudah, seperti gula dan makanan yang dibuat dengan tepung putih, boleh meningkatkan trigliserida.
  • Pilih lemak yang sihat. Lemak tepu yang terdapat di dalam daging (terutamanya daging merah) kepada lemak tidak tepu yang sihat , yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan (seperti minyak zaitun, kacang dan kanola) serta minyak yang kaya dengan omega-3 (seperti makarel dan salmon).
  • Hadkan penggunaan alkohol. Alkohol mempunyai kalori yang tinggi serta gula, mempunyai kesan yang sangat kuat terhadap trigliserida. Bahkan jumlah alkohol yang sedikit dapat meningkatkan kadar trigliserida.
  • Bersenam dengan kerap. Matlamat untuk sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal pada setiap hari atau kebanyakan hari dalam seminggu. Senaman yang teratur boleh menurunkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol yang baik. Cuba lakukan latihan kecil semasa berehat atau menonton TV.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.