Hepatitis C: Diagnosis Awal Cegah Kematian

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kebanyakan orang tidak tahu bahawa mereka mempunyai hepatitis C. Menurut kajian Practitioner Journals terbitan November 2015, jika anda mempunyai hepatitis C, ingin tahu secepat mungkin kerana diagnosis awal membantu meningkatkan hasil dalam rawatan hepatitis C.

Adakah hepatitis C boleh disembuhkan?

Hepatitis C adalah virus yang boleh menyerang dan merosakkan hati. Ia adalah salah satu virus hepatitis yang paling serius dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi termasuk pemindahan hati. Dalam sesetengah kes, ia juga boleh menyebabkan kematian.

Walau bagaimanapun, rawatan baru untuk hepatitis C sejak beberapa tahun kebelakangan ini bermakna bahawa virus hari ini lebih terurus daripada sebelumnya. Dalam kebanyakan kes, hepatitis C dapat disembuhkan, jadi penting untuk mendapatkan rawatan lebih awal jika anda mempunyai HCV.

Kepentingan Diagnosis Awal Hepatitis C

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan bahawa sehingga 1 daripada 4 orang yang mempunyai virus hepatitis C akhirnya akan sembuh dari keadaan tanpa rawatan. Bagi orang-orang ini, hepatitis C akan menjadi keadaan akut jangka pendek yang hilang tanpa rawatan.

Tetapi bagi kebanyakan orang, hepatitis C akut akan berkembang menjadi keadaan kronik yang memerlukan rawatan. Oleh kerana HCV selalunya tidak menunjukkan simptom sehingga selepas berlakunya kerosakan hati, adalah penting untuk mendapatkan ujian jika anda mungkin terdedah kepadanya.

i. Tempoh rawatan lebih pendek

Hepatitis C sama seperti kebanyakan penyakit jika anda boleh mengesannya daripada awal. Berdasarkan satu kajian kecil yang dibincangkan di Kongres Hati Antarabangsa pada April 2016 mendapati bahawa dengan hanya enam minggu rawatan untuk merawat semua peserta dengan hepatitis C akut, malah mereka yang mempunyai sebaran yang tinggi (high viral loads). Kaedah rawatan standard untuk terapi antiviral adalah 12 minggu.

ii. Risiko komplikasi rendah

Hepatitis C yang tidak diketahui dan tidak dirawat boleh menyebabkan sirosis hati. Dengan sirosis, tisu parut akan menggantikan tisu yang sihat dan menyebabkan darah tidak dapat mengalir melalui hati. Ini bermakna hati tidak dapat berfungsi dengan baik. Menurut kajian, anda mungkin dapat mengelakkan sirosis jika merawat hepatitis C dengan lebih awal.

Penyelidik juga mendapati bahawa rawatan paling berjaya dalam menghentikan kerosakan hati adalah sebelum berlakunya kemerosotan berlaku.

iii. Mengurangkan risiko kanser hati

Hepatitis C kronik juga merupakan faktor risiko utama berlaku kanser hati. Bagaimanapun, rawatan hepatitis C kronik yang lebih awal dapat mengurangkan peluangnya berkembang dan menyebabkan kanser hati.

iv. Membantu untuk lebih sihat

Menurut CDC, pengambilan alkohol memperceparkan perkembangan penyakit hati. Begitu juga dengan makanan berlemak. Semakin cepat mengetahu anda mempunyai hepatitis C, lebih cepat memotivasikan anda untuk memulakan pemakanan yang lebih seimbang dan ini membantu anda untuk lebih sihat.

Selain hepatitis C, keadaan kesihatan seperti diabetes, kolesterol tinggi dan hati berlemak juga berisiko mempercepatkan perkembangan kepada sirosis. Penjagaan diet dan senaman yang teratur boleh membantu mengurangkan keradangan hati dan melambatkan perkembangan kepasa sirosis.

v. Mengurangkan risiko penyebaran penyakit

Walaupun seseorang mempunyai viral load yang rendah, mereka masih boleh menyebarkan HCV. Namun, dengan memulakan rawatan dan mengubati hepatitis C, anda boleh menghapuskan risiko penyebarannya kepada orang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut