Anak Suka Tengok TV Dekat, Tak Bahaya Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 05/11/2019

“Husna, tengok tv belakang sikit. Dekat sangat tu.” Haaa…ni dialog biasa kalau anak penulis tengok televisyen pada jarak yang dekat. Siapa antara pembaca macam penulis, angkat tangan! 

Rosakkan mata?

Penulis yakin sangat, pasti ramai dalam kalangan ibu bapa yang melakukan perkara sama seperti penulis, bukan? Tak nak mengakulah tu. Ish ish ish…tak baik tau. Tetapi sebenarnya, perkara ini macam dah jadi satu kewajipan turun menurun dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. 

Kalau dahulu, kita ditegur oleh ibu bapa sebab menonton televisyen (TV) pada jarak dekat kerana tidak mahu mata rosak, dan sekarang kita pula yang menegur anak-anak yang tengok televisyen dekat-dekat. Namun, betul ke mata boleh rosak?

Jeng jeng jeng…sebenarnya kepercayaan kita bahawa menonton tv pada jarak dekat boleh merosakkan mata adalah satu mitos semata-mata. Ia wujud disebabkan trauma serta fobia berikutan masalah teknikal yang berlaku pada waktu dahulu.

Mitos berkaitan tv

Daripada pembacaan penulis, pada tahun 1960-an, sebuah syarikat pengeluaran televisyen, General Electric, membuat kenyataan bawah tv berwarna yang dikeluarkan mereka mengalami kesilapan.

Kesilapan yang berlaku ini menyebabkan alat elektronik ini mengeluarkan pancaran sinar-x secara berlebihan. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan pihak General Electric dengan menempatkan perisai kaca bertimbal di sekitar tabung atau tiub sinar televisyen. 

Itulah alkisahnya bagaimana wujud kepercayaan menonton televisyen secara dekat boleh merosakkan mata. Tetapi malangnya isu itu tidak berakhir di situ sahaja, sebab sehingga ke hari ini, kita masih percaya mengenainya.

Fakta penglihatan

Menonton televisyen pada jarak dekat sebenarnya adalah satu tabiat yang dilakukan oleh kebanyakan kanak-kanak. Jom kita fahami dulu mengapa wujudnya tabiat seperti ini dalam kalangan kanak-kanak.

  1. Sebenarnya jarak penglihatan antara kanak-kanak dengan individu dewasa adalah berbeza.
  2. Kanak-kanak boleh fokus pada jarak dekat lebih baik berbanding individu dewasa tanpa memberikan tekanan kepada mata. Keadaan ini disebabkan oleh keadaan kanta mata yang lebih fleksibel dan sesuai untuk pandangan jarak dekat.
  3. Mata boleh menukar bentuk untuk pandangan jarak jauh atau dekat dan mata kanak-kanak adalah yang paling fleksibel untuk situasi ini.
  4. Fleksibiliti mata akan berkurangan mengikut pertambahan usia, jadi kanak-kanak akan mula menjarakkan diri daripada tv apabila semakin membesar.
  5. Tabiat ini wujud kerana keterbatasan mata untuk melihat dan memahami sesuatu.
  6. Adakalanya wujud keinginan dalam diri kanak-kanak untuk masuk ke dalam rancangan tv yang ditonton mereka.

Akhir kata

Sebenarnya tidak salah untuk anda sebagai ibu bapa berasa risau apabila anak-anak gemar menonton tv secara dekat. Ini kerana tabiat ini mungkin boleh mendatangkan bahaya jika si manja menontonnya untuk tempoh yang lama dan dalam keadaan pencahayaan yang tidak mencukupi. Jadi tidak salah untuk ambil langkah berjaga-jaga, bukan? Siapa yang tak sayangkan anak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ketumbit Mata Gara-gara Mengintai?

    Ketumbit dalam bahasa perubatan dikenali sebagai hordeolum atau stye. Gangguan mata yang seringkali dikatakan disebabkan hobi mengintip orang ini sebenarnya adalah kelenjar mata yang membengkak akibat jangkitan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Bahaya Menggosok Mata!

    Seseorang biasanya mempunyai tabiat menggosok mata sama ada akibat bendasing yang terbang masuk ke dalam mata atau apabila berasa letih dan mengantuk. Tindakan ini, secara faktanya adalah tabiat buruk dan boleh ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Cara Mengeluarkan Sesuatu Dari Mata Anda

    Objek asing di mata adalah sesuatu yang memasuki mata dari luar tubuh. Ia boleh menjadi apa-apa yang secara semulajadi tidak berada di sana, daripada zarah debu hingga sebatang logam. Apabila objek asing memasuki ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Ketumbit Mengganggu Penglihatan

    Ketumbit atau Stye adalah benjolan kecil dan menyakitkan yang muncul di dalam atau luar kelopak mata. Ketahui punca dan rawatan untuk ketumbit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    lobak-merah-mitos-penglihatan

    Mitos & Fakta Berkaitan Mata – Lobak Merah Paling Popular

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/03/2020
    pernafasan

    Sakit Mata Atau Alami Masalah Berkaitan Pernafasan? Ia Mungkin Angkara Jerebu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/09/2019
    budak gajet, masa skrin

    Anak 5 Tahun Hanya Dibenarkan 1 jam Masa Skrin Sehari? Ketahui Garis Panduan Penggunaan Gajet

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 29/03/2019
    sindrom horner

    Sindrom Horner: Kelopak Mata Jatuh Akibat Kerosakan Saraf

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 23/01/2019