Minggu demi minggu

Bagaimana Saya Boleh Bersedia Jika Memiliki Bayi Pramatang?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Setiap pasangan suami isteri, masing-masing mengharapkan kelahiran cahaya mata yang normal dan sihat. Siapa sahaja yang tidak mahu memiliki bayi yang cukup sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah atau komplikasi. Namun, tidak semua berpeluang memiliki kelahiran seperti yang disangka. Ada pasangan yang mungkin ditakdirkan akan memiliki bayi dengan kelahiran pramatang. 

Bagaimana anda boleh bertindak dalam menjaga bayi pramatang? Adakah ia sukar dan anda fikir anda tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menjaga bayi pramatang? Jangan risau. Sekiranya anda tahu langkah yang betul dan bersedia, ia bukanlah satu perkara yang sukar. Ia hanya perlu diberi perhatian dalam satu tempoh masa tertentu untuk memelihara kesejahteraan tubuh bayi tersebut sahaja. Ikuti perkara-perkara yang perlu anda tahu seperti berikut jika memiliki bayi pramatang.

Ciri-ciri bayi pramatang

Sekiranya anda memiliki bayi pramatang, dia mungkin tidak kelihatan atau berkelakuan seperti bayi yang lain. Antara ciri-ciri bayi pramatang adalah:

  • Sekiranya purata bayi lain mempunyai berat sekitar 3.17 kg, bayi pramatang mungkin mempunyai berat sekitar 2.26 kg atau mungkin juga kurang daripada itu
  • Saiz tubuhnya juga adalah lebih kecil. Memandangkan jumlah lemak yang dimilikinya juga adalah sangat sedikit, kulitnya juga mungkin kelihatan agak nipis sehingga boleh menampakkan salur dan pembuluh darah
  • Semakin awal bayi anda dilahirkan, maka saiznya akan menjadi semakin kecil, dan kepalanya pula akan kelihatan lebih besar. Ini disebabkan oleh saiz tubuhnya yang kelihatan sangat kecil. Lemak tubuh yang dimilikinya juga semakin berkurangan
  • Bayi pramatang juga akan mempunyai bulu halus yang disebut sebagai lanugo di bahagian belakang tubuh dan bahu
  • Tubuhnya akan kelihatan sedikit bertulang berbanding bayi normal yang mungkin kelihatan lebih gebu pada kebiasannya. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana bayi pramatang juga akan mengalami perkembangan dan mempunyai ciri yang sama dengan bayi yang normal lain kelak
  • Memandangkan bayi yang dilahirkan secara pramatang ini tidak mempunyai lapisan lemak pelindung, bayi tersebut akan menjadi sejuk walaupun dalam suhu bilik yang normal. Disebabkan oleh faktor tersebut, bayi tersebut akan diletakkan di dalam inkubator sejurus selepas dilahirkan atau di bawah sejenis alat pemanas khas yang disebut sebagai pemanas cahaya. Melalui kaedah ini, suhu boleh dilaraskan untuk memastikan bayi mendapat suhu yang bersesuaian

Bagaimana bayi pramatang berkelakuan?

Bayi pramatang juga akan berkelakuan sedikit berbeza berbanding bayi normal yang lain. Antara kelakuan yang mungkin anda boleh perhatikan ialah:

  • Bayi pramatang akan menangis dengan lebih perlahan dan mungkin akan mengalami sedikit masalah pernafasan. Ini adalah disebabkan oleh sistem pernafasannya yang masih tidak matang
  • Sekiranya bayi pramatang anda dilahirkan dua bulan lebih awal daripada biasa, masalah pernafasan yang dialaminya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kerana organ tubuh badannya yang lain tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Untuk memastikan agar masalah ini tidak berlaku, doktor akan memantaunya dengan lebih teliti dan melihat bagaimana dia bernafas bersama-sama kadar degupan jantung.
  • Sekiranya bayi pramatang ini memerlukan bantuan pernafasan, dia mungkin akan diberikan bantuan oksigen tambahan, atau alat khas seperti ventilator. Berkemungkinan juga teknik bantuan pernafasan yang lain yang dipanggil CPAP (continued positive airway pressure) akan digunakan untuk sementara waktu bagi menyokong pernafasannya

7 tip penjagaan bayi pramatang

1#. Bekerjasama dengan unit penjagaan rapi neonatal (NICU)

Pada kebiasaannya, bayi pramatang akan dimasukkan ke unit penjagaan rapi neonatal (NICU) agar penjagaan terbaik dapat diberikan kepadanya. Ini adalah peluang terbaik untuk anda mempelajari segala kemahiran yang diperlukan apabila tiba masanya untuk anda membawa pulang bayi ke rumah. Perhatikan bagaimana doktor dan jururawat melakukan setiap perkara, dan bertanya kepada mereka sekiranya terdapat sebarang persoalan. 

2#. Penyesuaian makanan untuk bayi

Semasa di NICU, anda akan menentukan sekiranya bayi anda disusukan dengan susu ibu atau susu formula. Susu ibu semestinya pilihan terbaik untuk setiap bayi. Walau bagaimanapun, susu ibu perlu diperkayakan dengan protein, vitamin, dan mineral tambahan untuk memenuhi keperluan nutrisi yang tinggi oleh bayi pramatang. Ia biasa akan dicampurkan dengan human milk fortifier, sejenis produk nutrisi yang berfungsi menggalakkan tumbesaran sihat untuk bayi pramatang.

3#. Ikuti isyarat dan peraturan pemakanan

Di hospital, bayi pramatang biasanya akan belajar untuk menghisap, menelan dan bernafas untuk makan secara selamat. Di hospital, bayi pramatang akan diberikan susu sebanyak 5 ml dalam setiap 3 jam. Sekiranya bayi sudah mula boleh disusukan secara penyusuan badan atau susu botol, bayi tersebut akan mula dibenarkan pulang ke rumah bersama anda. Di rumah, perhatikan isyarat bayi anda. Anda mungkin perlu mengubah waktu dan kuantiti susu yang ingin diberikan memandangkan perut bayi anda sudah mula membesar. 

4#. Pastikan persekitaran dalam keadaan bersih

Bayi pramatang anda mungkin memiliki sistem imun yang agak lemah. Sila ambil langkah berjaga-jaga berkenaan kebersihan persekitaran rumah anda agar kesihatan bayi anda kekal terjaga. Pastikan mereka yang datang berziarah mencuci tangan mereka terlebih dahulu dengan sabun dan air suam bersih sebelum mereka memangku bayi anda, dan begitu juga diri anda. Pastikan tahap kebersihan ini kekal terjaga dalam semua aspek termsuklah semasa penyediaan susu bayi.

5#. Kekal selesa dan elakkan suhu yang dingin

Jika rumah anda berada dalam keadaan yang dingin, pakaikan bayi anda dengan pakaian yang boleh mengekalkan suhu badannya. Bayi tidak cukup bulan memiliki jumlah lemak badan yang sedikit, oleh itu pakaian yang sesuai amat diperlukan agar bayi anda tidak kesejukan. Pastikan juga pakaian tersebut selesa, bukannya cantik luaran semata-mata.

Menjaga bayi pramatang menjadikan anda sebahagian daripada golongan ibu bapa yang sangat prihatin dan amat berhati-hati dalam melakukan setiap perkara, terutamanya jika ia berkaitan dengan bayi anda. Jangan risau, pasukan kesihatan ibu dan bayi di hospital akan sentiasa membantu anda menjaga bayi anda, dan tidak akan meninggalkan anda keseorangan. Dapatkan nasihat daripada mereka dan sentiasa merujuk kembali kepada mereka sekiranya terdapat sebarang kesulitan yang timbul. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Tarikh Reviu: 30/10/2019 | Kali terakhir kemaskini: 03/12/2019

Rujukan

Artikel lain untuk anda

bayi merangkak

Bayi Merangkak Atau Duduk Dulu? Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 28/05/2020
19-perkara-sebelum-melatih-bayi-duduk

Nak Latih Baby Duduk? Boleh TAPI Ambil Tahu 19 Perkara PENTING Ini Dahulu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/05/2020
wanita-rahim-berganda-dan-risikonya

Wanita Ada 2 Rahim? Masih Boleh Hamil TAPI Ini Risiko Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/05/2020

AWAS! Baby Lahir Tak Cukup Berat Boleh Beri Kesan Hingga Mereka Besar, Ini Komplikasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/04/2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Ibu Hamil Positif COVID-19 Berdepan RISIKO Besar? Jaga Diri, Mama!

Wanita hamil positif COVID-19 dikatakan berkemungkinan berdepan risiko untuk bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang. Adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 02/04/2020

Sadis! Bayi Baru Lahir 12 Hari Mangsa Termuda Jangkitan COVID-19 di Malaysia

Bayi yang berusia 12 hari merupakan pesakit wabak COVID-19 termuda di Malaysia. Apakah prospek kesembuhan yang akan dialami olehnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 27/03/2020

7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

Dalam perintah kawalan pergerakan ini, mahu tidak mahu, kena masaklah. Hmmm...inginkan resepi mudah dan ringkas? Ada resepi masakan untuk anda cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa