Satu lagi kumpulan makanan penting adalah kekacang yang bukan sahaja kaya dengan protein (terutamanya jika anda seorang vegetarian atau vegan) tetapi turut juga menyediakan zat besi yang diperlukan, asid folik dan nutrien lain seperti serat. Masukkan dua hidangan ini dalam diet harian anda untuk menjaga pengambilan protein anda.
Anda boleh mengambil kacang soya dalam bentuk tauhu, susu soya atau tepung kacang soya. Kacang soya kaya dengan zat besi dan jika dimakan dalam bentuk tauhu membekalkan sumber kalsium yang baik juga. Ini kerana susu soya ditambah dengan garam kalsium.
Kacang peas hijau menyediakan protein, vitamin B kompleks, asid folik dan mineral seperti zat Besi, Magnesium, Fosforus dan Kalium. Semua ini sesuai untuk ibu mengandung untuk mengekalkan diet seimbang. Selain itu ia mempunyai serat yang membantu masalah sembelit yang biasa berlaku semasa kehamilan.
3. Kacang
Kacang seperti badam boleh ditambah kepada diet anda untuk menyediakan mikronutrien seperti zink, besi, tembaga, asid folik. Anda boleh menjadikan kacang sebagai makanan ringan yang sangat sesuai untuk dikunyah. Selain memberikan sumber protein yang baik dan lemak sihat, janin anda akan mendapat bekalan nutrien yang diperlukan walaupun dengan makanan ringan tetapi sihat ini.
4. Ayam
Jika anda bukan vegetarian, pengambilan daging kurang lemak seperti ayam atau ikan rendah lemak pastilah tidak bermasalah buat anda. Daging ayam membekalkan protein yang diperlukan untuk perkembangan sel dan otot bayi. Selain protein, makanan ini juga menyediakan zat besi yang membantu ibu hamil yang mengalami anemia.
5. Ikan
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen