6 Sebab Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Tidur yang Cukup

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/04/2019

Tidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengekalkan badan yang sihat. Meskipun dilihat sebagai satu perkara yang mudah dilakukan, ia menjadi masalah bagi sesetengah orang. Percaya atau tidak, kurang tidur mendedahkan anda kepada banyak risiko penyakit.

Bagi orang dewasa, purata jam yang disyorkan oleh National Sleep Foundation adalah antara 7 dan 9 jam. Nampak seperti lama, tetapi itu adalah hasil kajian bertahun-tahun yang dijalankan di Amerika Syarikat dengan kerjasama pelbagai badan. Walau bagaimanapun, ia bukan sekadar bilangan jam, kualiti juga adalah penting dan perlu diambil perhatian.

Mengapa anda perlu dapatkan tidur yang cukup?

1. Merangsang memori dan proses pembelajaran

Tidur membantu otak menyimpan maklumat baru sebagai memori melalui proses yang disebut sebagai konsolidasi. Menurut kajian, mereka yang tidur selepas mengulang kaji mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian.

2. Mengawal metabolisme dan berat badan

Jika berat badan anda sering naik walaupun tidak mengambil kalori yang terlalu banyak, ia mungkin disebabkan tidur yang kurang. Ia menjejaskan cara badan memproses dan menyimpan karbohidrat, serta mengubah kadar hormon tertentu yang mengawal selera makan.

3. Keselamatan diri dan orang sekeliling

Mengantuk di siang hari akan mendedahkan diri dan orang lain kepada risiko keselematan. Contohnya di atas jalan raya ketika sedang memandu, terlelap walau seketika (microsleep) boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Di tempat kerja pula, pekerjaan yang melibatkan alat atau mesin berbahaya mungkin disalahgunakan kerana fokus yang berkurang.

4. Mengekalkan mood yang baik

Apabila letih dan mengantuk, anda akan lebih mudah marah, kurang sabar, hilang fokus dan lebih beremosi. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti hari anda secara keseluruhannya. Kesannya, semua kerja tidak dapat dilakukan dengan efisyen. Malah, kemurungan juga terkait dengan kurang tidur.

5. Penting untuk kesihatan jantung

Gangguan tidur yang serius didapati berkaitan dengan tekanan darah tinggi, peningkatan hormon stres dan degupan jantung yang tidak sekata. Ia meningkatkan risiko kepada penyakit jantung.

6. Meningkatkan sistem imun

Tidur yang cukup bermakna badan anda berfungsi dengan baik dan normal. Apabila terdapat gangguan, sistem badan akan terjejas termasuk sistem imun. Anda akan mudah mendapat penyakit. Ada kajian yang mendapati bahawa mereka yang kurang tidur lebih kerap mengalami demam.

Jadikan tidur sebagai prioriti anda demi mengekalkan kesihatan badan pada tahap yang baik. Mulakannya hari ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penat Dan Mengantuk Tetapi Tidak Boleh Tidur: Apakah Puncanya?

    Apakah yang menjadi punca kepada masalah tidak boleh tidur ini? Mungkin ada perkara yang tanpa kita sedar menjadi punca kepada masalah ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Penyelidikan Baharu Mengubah Pemahaman Kita Berkenaan Aktiviti Otak Ketika Tidur

    Ketidakmampuan untuk tidur atau insomnia menjadi salah satu beban kepada seseorang apabila keadaan seperti susah untuk tertidur atau kerap terjaga pada waktu malam dan sukar untuk kembali tidur membawa kepada kehilangan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    AWAS! Ini Bahayanya Jika Anda Gemar Tidur Meniarap

    Posisi tidur yang mana menjadi kegemaran anda? Jika anda gemar tidur meniarap, terdapat 3 kesan buruk yang menanti anda. Jom ketahui!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Kekurangan Tidur Punca Masalah Kronik yang Lain

    Fenomena ‘Karoshi’ adalah hasil daripada kekurangan tidur yang telah menjadi satu epidemik dalam kalangan pekerja samada di sektor swasta mahupun kerajaan. ‘Karoshi’ adalah suatu istilah Jepun yang bermaksud ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    5-cara-penyelesaian-masalah-tidur-suami-isteri

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    kurang tidur

    PERHATIAN! Masalah Kurang Tidur Boleh Membunuh!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2020
    terlebih tidur

    Tidak Cukup Tidur Dan Terlebih Tidur Gandakan Risiko Kematian Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 04/09/2019
    kualiti tidur

    Tahukah Anda Bahawa Adakalanya Genetik Anda Sendiri Yang Sebabkan Tidur Anda Terganggu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/04/2019