Ehh, Lelaki Pun Boleh Dapat Kanser Payudara?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 20/11/2019

Jam menunjukkan pukul 6 pagi, dan Omar bersiap untuk mandi sebelum ke tempat kerja. 

“Ketul-ketul apa ni”, bisik Omar sambil memegang-megang bahagian payudaranya di dalam bilik air.

“Tapi tak sakit pun. Nanti surut lah kot..”, bisiknya lagi untuk menyedapkan hatinya.

Berdasarkan situasi Omar tersebut, pernahkah anda terfikir jika golongan lelaki boleh mendapat risiko kanser payudara ataupun tidak? Agak-agak apakah jawapannya? Mari kami beritahu anda. 

Kekerapan kanser payudara lelaki

Ya, lelaki juga berisiko untuk mendapat kanser payudara tetapi peratusannya amatlah rendah. Dianggarkan kurang daripada 1% kes kanser payudara berlaku dalam kalangan lelaki dan hanya seorang dalam seribu lelaki didiagnosis memiliki kanser payudara. Walau bagaimanapun, kadar kematian akibat kanser payudara dalam kalangan lelaki adalah lebih tinggi disebabkan kesedaran yang lebih sedikit. Mereka seringkali tidak menganggap bahawa ketulan pada bahagian payudara adalah kanser, menyebabkan mereka lewat didiagnosis dan mendapatkan rawatan.

Kanser payudara lelaki

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua golongan lelaki dan wanita dilahirkan dengan tisu dan sel payudara. Walaupun golongan lelaki tidak berkemampuan menghasilkan susu badan, sel dan tisu payudara lelaki masih mampu berkembang menjadi kanser. 

Pada kebiasannya, kanser payudara dalam kalangan lelaki dikesan melalui ketulan keras di bawah puting dan areola. Kebanyakan kes kanser payudara dalam kalangan lelaki adalah Infiltrating Ductal Carcinoma (IDC), iaitu sel yang berada di sekitar salur atau ducts mula menyerang tisu lain yang berada di sekitarnya. Amat jarang untuk golongan lelaki didiagnosis dengan kanser payudara disebabkan oleh keradangan.

Faktor risiko kanser payudara lelaki

Terdapat beberapa faktor risiko kanser yang boleh terjadi dalam kalangan lelaki, iaitu:

  • Umur yang semakin meningkat
  • Pendedahan diri terhadap radiasi
  • Tahap hormon estrogen yang tinggi
  • Sejarah keluarga yang pernah mempunyai kanser payudara, terutamanya kanser payudara yang berkaitan dengan gen BRCA2. 
  • Sindrom Klinefelter
  • Penyakit hati
  • Obesiti
  • Penyakit testikel atau pembedahan keatas testikel

Tanda dan simptom kanser payudara lelaki

Kanser payudara lelaki mempunyai simptom yang sama seperti mana kanser payudara wanita. Antara simptomnya adalah:

  • Kewujudan ketulan yang tidak menyakitkan
  • Berlakunya penebalan pada bahagian tisu payudara
  • Perubahan keadaan kulit yang meliputi payudara anda seperti kemerahan dan kedutan
  • Perubahan keadaan puting payudara

Anda perlu berjumpa dengan doktor perubatan secepat mungkin sekiranya anda mendapati sebarang perubahan atau kelainan daripada biasa yang terdapat pada payudara anda. Pengesanan awal boleh mengurangkan risiko kematian akibat kanser ini selain meningkatkan pilihan rawatan kanser. Jangan fikir bahawa anda adalah seorang lelaki, anda tidak mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara. Selagi mana anda memiliki payudara, selagi itulah anda tetap berisiko untuk mendapat kanser ini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perangai Macam Budak-budak, Ini 6 Tanda BESAR Lelaki Tidak Matang – No. 4 Paling Menyusahkan!

    Semua wanita pasti menginginkan suami yang bertanggungjawab, matang dan romantik. Bagaimana pula jika anda memilki pasangan dengan ciri sebaliknya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Boxer VS Seluar Dalam – Yang Mana Lebih Bagus Untuk Dapatkan Sperma Berkualiti?

    Boxer atau seluar dalam? Persoalan ini selalu bermain dan berlegar di dalam fikiran golongan lelaki. Usah khuatir, kami ada jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Wanita Tahu Tentang Orgasma Puting? Ini 4 Cara Untuk Mendapatkannya! – Rugi Tak Cuba

    Tidak dinafikan, ramai wanita yang tidak tahu apa itu orgasma puting payudara. Tenang, sila ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    Terdapat banyak kesan penyakit psoriasis. Selain mengakibatkan keradangan pada tubuh badan, ia juga berisiko menyebabkan 5 penyakit kronik ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    ujian pap smear

    Nak Elak Kanser Serviks? Buat Ujian Pap Smear Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Mei 19, 2020
    pemanis buatan

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 14, 2020
    perubahan pada zakar

    Apa Akan Terjadi Kepada Zakar Bila Usia Meningkat? Jangan Terkejut Bila Baca #5!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 13, 2020
    tanda kanser rahim

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 8, 2020