backup og meta

4 Fakta PENTING Tentang Penyakit Tibi, Adakah Kita Mampu Melawan Penyakit Berjangkit Ini?

4 Fakta PENTING Tentang Penyakit Tibi, Adakah Kita Mampu Melawan Penyakit Berjangkit Ini?

Apa itu tibi? Ia merupakan sejenis penyakit berjangkit yang paling berbahaya di dunia. Ikuti fakta penting berkaitan penyakit ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

1. Setiap satu jam, 3 individu mati disebabkan tuberkulosis

Penyakit tibi telah dikenal pasti sejak awal abad ke-18, tetapi ia masih lagi menjadi ancaman terburuk bagi dunia walaupun vaksin dan rawatan yang berkesan telah wujud.

Antara punca penyakit tibi masih tinggi ialah pertambahan kes HIV/AIDS dan rintangan antibiotik.

Penyakit ini terdapat di setiap negara di dunia. Pada tahun 2017, 10 juta individu telah dijangkiti tibi dan menyebabkan 1.6 juta kematian (termasuk 0.3 juta dalam kalangan penghidap HIV) bersamaan 3 kematian setiap satu jam.

Ia juga termasuk dalam 10 sebab utama kematian di peringkat global.

apa itu tibi

2. Apa itu tibi? Penyebab utama kematian dalam kalangan penghidap HIV

Jangkitan HIV menyebabkan sistem imun badan pesakit menjadi lemah sehingga terdedah kepada banyak jangkitan dan penyakit.

HIV tidak membunuh tetapi jangkitan lain yang menyebabkannya dan tuberkulosis merupakan sebab utama kematian dalam kalangan penghidap HIV.

3. Rintangan antibiotik telah menjadi krisis kesihatan awam dunia

Rintangan antibiotik berlaku apabila sesuatu bakteria (dalam kes ini Mycobacterium tuberculosis), menjadi kebal kepada antibiotik menyebabkan rawatan menjadi semakin sukar.

Ubat-ubatan yang kebiasaannya berkesan dalam membunuh bakteria tersebut sebaliknya tidak lagi berfungsi. Jadi, ubat yang lebih hebat perlu dicipta.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan terdapat sebanyak 558,000 kes baru tibi yang kebal kepada ubat rifampicin (ubat tibi paling efektif).

Baca juga:

4. Berjuta nyawa berjaya diselamatkan melalui diagnosis dan rawatan pada tahun 2000 hingga 2017

Perkembangan ilmu dan teknologi perubatan telah banyak membantu mengawal jangkitan tuberkulosis.

Di peringkat global, terdapat penurunan pada kadar kes tibi sebanyak 2% tetapi masih perlu ditingkatkan kepada 4% hingga 5% setahun bagi mencapai sasaran WHO melalui End TB Strategy.

Melalui Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pula yang digariskan oleh WHO, antara sasaran bidang kesihatan termasuk menghapuskan epidemik tuberkulosis menjelang tahun 2030.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tuberculosis – https://www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/tuberculosis. Accessed on December 21, 2023.
  2. Tuberculosis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tuberculosis/symptoms-causes/syc-20351250. Accessed on Aug 24, 2023.
  3. Tuberculosis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11301-tuberculosis. Accessed on Aug 24, 2023.
  4. Tuberculosis General Information Fact Sheet. https://www.cdc.gov/tb/publications/factsheets/general/tb.htm. Accessed on Aug 24, 2023.
  5. Tuberculosis TB. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/tuberculosis-tb. Accessed on Aug 24, 2023.

Versi Terbaru

24/08/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ujian Kulit Tuberkulin

Selain Ubat, Susu Juga Boleh Rawat Penyakit Tibi! Cuba Guna 7 Bahan Natural Ini Di Rumah


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Shelby

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 24/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan