Apakah Punca Emosi? Apakah Trauma Emosi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019

Emosi, juga dikenali sebagai perasaan, termasuk pengalaman-pengalaman seperti cinta, benci, marah, percaya, gembira, panik,  takut dan kesedihan. Ia merupakan suatu reaksi khusus terhadap sesuatu peristiwa dan hanya mengambil masa yang pendek.

Ia berkait rapat tetapi berbeza dengan perasaan. Perasaan merupakan rasa yang lebih umum seperti kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, kepuasan, atau kebimbangan yang lebih lama tempoh masanya.

Kajian terbaru menunjukkan trauma emosi boleh berpunca dari kejadian yang biasa seperti kemalangan sendiri, putus cinta, pengalaman dimalukan atau kekecewaan yang teramat,  penemuan sakit yang kritikal atau cacat,atau situasi yang sama dengannya. Peristiwa trauma boleh menyebabkan perasaan emosi yang serius terhadap individu yang mengalaminya sekalipun tidak menyebabkan kecederaan fizikal.

Setelah lama dikaji dalam bedah mayat , otak kita dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama:

  • Korteks (permukaan luaran, skil berfikir aras tinggi, termasuk korteks hadapan, bahagian otak yang paling baru berkembang);
  • Sistem limbik (pusat otak, tempat emosi terbentuk)
  • Pangkal otak (otak reptilia yang mengawal fungsi asas untuk hidup)

Satu cara untuk memberitahu perbezaan antara tertekan atau trauma emosi dengan melihat kepada hasil- kesan kejadian yang berlaku mempengaruhi hidup kita, perhubungan dan fungsi secara kesuluruhannya. Tekanan membolak-balikkan kitaran sistem saraf- tetapi untuk jangka masa yang pendek sahaja. Dalam beberapa hari atau minggu, sistem saraf kita akan kembali pulih dan akan kembali kepada normal.

Punca trauma emosi

Tiada jawapan yang jelas untuk persoalan ini, tapi mungkin faktor-faktor berikut terlibat:

  • Peristiwa- peristiwa yang buruk;
  • Sejarah peribadi individu (mungkin termasuk yang tidak dapat diingat semula);
  • Maksud yang lebih besar peristiwa itu bagi individu terlubat (yang mungkin tidak dapat dilihat dengan segera);
  • Skil kemampuan mengadaptasi, nilai dan kepercayaan individu (beberapa di antaranya mungkin tidak pernah dikenalpasti);
  • Reaksi dan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, dan/atau profesional

Simptom

Simptom-simptom berikut mungkin hasil daripada trauma yang biasa dan tidak dapat diselesaikan, terutamanya jika terdapat lebih awal,dan pengalaman hidup yang luar biasa:

Fizikal

  • Gangguan pemakanan (berubah daripada kebiasaan);
  • Gangguan tidur (berubah daripada kebiasaan);
  • Anggota seksual tidak berfungsi dengan baik;
  • Lemah tenaga badan;
  • Sakit kronik tanpa sebab.

Emosi

  • Kemurungan, menangis secara tiba-tiba, putus asa, dan putus harapan;
  • Cemas;
  • Serangan panik;
  • Dalam ketakutan;
  • Perilaku obses dan keterlaluan;
  • Tidak mampu mengawal diri;
  • Mudah berasa marah;
  • Meninggalkan rutin harian dan mengelakkan perhubungan

Kognitif

  • Terimbau kembali, terutama berkenaan trauma;
  • Sukar untuk membuat keputusan;
  • Tidak boleh menumpukan perhatian;
  • Mudah terganggu tumpuan;
  • Simptom ADHD

Simptom yang keterlaluan boleh disebabkan tindakan yang terlalu lewat terhadap peristiwa trauma.

Trauma berulang

  • Pemikiran yang terganggu;
  • Terimbau kembali atau mimpi buruk;
  • Terganggu emosi dan teringat secara tiba-tiba berkenaan peristiwa trauma.

Emosi mati dan menyendiri

  • Hilang ingatan;
  • Mengelakkan daripada situasi yang berkaitan dengan peristiwa tersebut;
  • Memisahkan diri;
  • Kemurungan;
  • Rasa bersalah;
  • Rasa sedih yang teramat;
  • Lebih peka dan berwaspada;
  • Terlalu berwaspada, dan terlalu berhati-hati ;
  • Tindak balas keterlaluan termasuklah marah secara tiba-tiba;
  • Kegelisahan
  • Sukar untuk tidur;
  • Obses dengan mati.

Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Alami Kemurungan Selepas Bersalin, Bolehkah Terus Menyusukan Bayi?

    Kemurungan selepas bersalin merupakan antara yang boleh berlaku apabila ibu tertekan semasa pantang. Boleh ibu menyusukan bayi walaupun kemurungan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sharifah Sakinah Makan Petai Untuk Elak Kemurungan, Adakah Ia Berkesan?

    Ramai yang mengatakan terdapat banyak khasiat makan petai termasuklah membantu mengelak kemurungan. Adakah ia benar atau sekadar plasebo?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Dekati Orang Kemurungan Undang Aura Negatif Pada Anda- Kemurungan Berjangkit?

    Anda sedang berhadapan dengan orang yang kemurungan daripada keluarga anda. Anda terfikir, adakah anda boleh 'dijangkiti' dengan kemurungan daripada mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Nampak Glamor, Tapi Inilah 3 Titik Hitam Yang Terpaksa DIHADAPI Bintang K-pop

    Tahukah anda, artis Korea mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah kesihatan mental? Oleh sebab itulah ramai di antara mereka yang bunuh diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    meroyan selepas bersalin

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020
    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020

    PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/03/2020
    detoks media sosial

    Dilabel Antisosial Sebab Asyik Dengan FB? Ini Masanya Anda Detoks Media Sosial, Banyak Keburukan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/03/2020