Alahan Debunga: Adakah Ia Berbahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019
Share now

Berbeza dengan alahan makanan mahupun alahan haiwan, alahan debunga merupakan alahan yang jarang berlaku di Malaysia berbanding dengan negara yang mengalami perubahan 4 musim setahun. Walaupun ia jarang berlaku, tetapi ia tidak mustahil untuk dihidapi oleh mana-mana individu. Ikuti artikel ini untuk memahami lebih lanjut mengenai alahan ini dan adakah ia berbahaya kepada individu yang mengalaminya.

Apa itu alahan debunga?

Debunga adalah serbuk halus yang dihasilkan oleh pokok, bunga, rumput dan rumpai yang digunakan sebagai baja. Alahan debunga ini turut dikenali sebagai demam hay (hay fever) atau rinitis alahan (allergic rhinitis) merupakan antara penyebab utama alahan di Amerika Syarikat.

Sistem imun biasanya akan melindung tubuh daripada sebarang ancaman bahaya – seperti virus dan bakteria untuk menghindari penyakit. Tetapi bagi individu yang mengalami alahan ini, sistem imun telah terkeliru dengan mengganggap debunga yang tidak berbahaya sebagai sesuatu yang bahaya. Ini sekali gus menyebabkan ia mula mengeluarkan bahan kimia untuk melawan debunga.

Proses di atas dirujuk sebagai satu tindak balas reaksi alahan, dan terdapat bunga yang spesifik yang menjadi punca kepada alahan ini dikenali sebagai alergen. Terdapat individu yang mengalaminya sepanjang tahun, dan ada juga yang hanya mengalaminya mengikut musim tertentu dalam setahun.

Apakah simptom kepada alahan ini?

Seandainya anda menghidapi alahan debunga dan bernafas dalam udara yang mengandungi debunga, sistem imun akan mengeluarkan histamin untuk melawan ancaman tersebut, dan antara simptom yang mungkin anda akan alami adalah seperti:

  • Gatal tekak
  • Mata merah, berair, gatal
  • Hidung berair atau tersumbat
  • Bersin
  • Kesukaran bernafas atau batuk
  • Jika anda menghidapi asma, debunga juga boleh memburukkan sebarang simptom berkaitan asma
  • Tekanan sinus, yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian muka
  • Kulit bengkak, muncul warna kebiruan di bawah mata
  • Mengurangkan kepekaan deria rasa atau bau

Apakah rawatan yang sesuai?

Sebelum mengetahui apa rawatan yang bersesuaian untuk merawat alahan ini, pertama sekali anda harus berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan pengesahan bahawa anda memang mengidapi alahan debunga ini. Pakar perubatan akan melakukan ujian kulit untuk melihat punca yang menyebabkan wujudnya masalah alahan anda.

Beberapa kaedah untuk merawat alahan, seperti:

  • Anda boleh mendapatkan ubat antihistamin yang boleh dibeli dari farmasi. Ubat ini dapat menghalang histamin yang dikeluarkan oleh tubuh. Jika hidung tersumbat, , decongestant dapat membantu bernafas lebih mudah. Sesetengah semburan hidung (nasal spray) juga dapat membantu merawat alahan.
  • Ubat preskripsi. Seandainya ubat yang dibeli dari farmasi tidak berfungsi, doktor mungkin boleh memberikan ubatan yang lebih kuat. Beberapa ubatan preskripsi  boleh menghalang bahan kimia selain histamin yang berisiko mencetuskan alahan.
  • Suntikan alahan. Jika sebarang ubatan masih tidak dapat membantu melegakan alahan anda, suntikan boleh membantu. Anda hanya perlu berjumpa doktor setiap beberapa minggu untuk mendapatkan suntikan ubatan dalam kuantiti yang kecil oleh doktor. Selepas beberapa bulan, tubuh anda akan terbiasa dengan faktor yang menyebabkan alahan dan mengurangkan simptom alahan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

Baca juga:

    Rujukan

    Pollen Allergy

    https://acaai.org/allergies/types-allergies/pollen-allergy /Accessed on March 14, 2019.

     

    Pollen Allergies Overview

    https://www.webmd.com/allergies/pollen_allergies_overview#1 /Accessed on March 14, 2019.

     

    Pollen Allergies

    https://www.healthline.com/health/allergies/pollen /Accessed on March 14, 2019.

     

    Pollen allergy: Causes, symptoms, and treatment

    https://www.medicalnewstoday.com/articles/322256.php /Accessed on March 14, 2019.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alahan Rinitis

    Alahan rinitis merupakan satu keadaan di mana sistem imun bertindak balas terhadap zarah dalam udara terutamanya debu. Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Makanan Laut: Bagaimanakah Ia Menyebabkan Alahan?

    Ada individu yang tidak menyukainya atau mengalami alahan terhadap makanan laut. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Susu Kambing: Benarkah Khasiatnya Seperti yang Dicanang-canangkan?

    Susu kambing dan produk tenusu yang diolah darinya, telah lama dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan kerana profil nutrisinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pemakanan 05/08/2019

    Fakta Alahan Makanan dan Kanak-kanak

    Alahan makanan berlaku apabila badan menganggap sesuatu makanan tertentu sebagai agen berbahaya. Artikel ini membantu untuk mengetahui fakta alahan makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa