Stigma Negatif Terhadap Individu dengan Obesiti

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Individu yang mempunyai obesiti berkemungkinan berasa kurang berkeyakinan apabila berada dalam lingkungan awam dan berasa malu dengan penampilan diri, disebabkan oleh pandangan orang ramai terhadap bentuk tubuh. Penyelidikan baharu yang diterbitkan dalam jurnal Obesity, telah mendapati bahawa individu yang mempunyai obesiti bukan sahaja menerima stigma negatif tetapi juga dehumanisasikan (dehumanized) secara terang-terangan.

Obesiti kini sangat biasa di kebanyakan negara maju. Kira-kira satu pertiga daripada individu dewasa Amerika Syarikat dan satu perempat daripada orang dewasa UK sekarang telah ditentukan secara perubatan mempunyai obesiti. Walau bagaimanapun, obesiti adalah keadaan perubatan yang kompleks yang dipacu oleh faktor genetik, alam sekitar dan sosial.

Penyelidikan sebelumnya telah mencadangkan bahawa orang ramai sering mempunyai stigma dan memandang pandangan yang prejudis terhadap obesiti. Penyelidikan baharu ini pula dijalankan di University of Liverpool, yang diketuai oleh Dr Inge Kersbergen dan Dr Eric Robinson, bertujuan mengkaji sama ada stigma mengenai obesiti mungkin lebih melampau daripada apa yang ditunjukkan sebelum ini. Kajian tersebut mengkaji sama ada orang ramai percaya bahawa individu yang mempunyai obesiti ‘kurang berkembang’ berbanding mereka yang tidak mempunyai obesiti.

Sebagai sebahagian daripada pendekatan penyelidikan yang diiktiraf yang digunakan dalam beberapa kajian lain, lebih daripada 1500 peserta, terdiri daripada peserta dari UK, Amerika Syarikat dan India, telah menyelesaikan tinjauan atas talian untuk menunjukkan tahap evolusi yang mereka anggap terhadap kumpulan yang berbeza dalam skala daripada 0-100.

Pasukan penyelidik juga merekodkan BMI bagi mereka yang menamatkan tinjauan untuk mengetahui sama ada dehumanisasi terhadap obesiti lebih biasa dalam kalangan individu yang lebih kurus dan menyiasat sama ada dehumanisasi tersebut meramalkan sokongan dasar kesihatan yang mendiskriminasi individu disebabkan oleh berat badan mereka.

Rata-ratanya, peserta menilai individu yang mempunyai obesiti sebagai ‘kurang berkembang’ berbanding individu yang tidak mempunyai obesiti. Secara purata, peserta meletakkan individu yang mempunyai obesiti kira-kira 10 mata di bawah individu yang tidak mempunyai obesiti. Dehumanisasi adalah yang paling biasa dalam kalangan peserta yang lebih kurus, tetapi juga telah diperhatikan dalam kalangan peserta yang akan diklasifikasikan secara perubatan sebagai ‘overweight’ atau ‘obese’.

Individu-individu yang secara terang-terangan melakukan dehumanisasi terhadap mereka yang mempunyai obesiti, lebih cenderung untuk menyokong dasar kesihatan yang mendiskriminasi individu disebabkan oleh berat badan mereka. Salah seorang penyelidik, Eric Robinson menyatakan, ia adalah perkara biasa bagi masyarakat untuk bercakap tentang kegemukan dalam cara yang tidak wajar, dengan menggunakan kata-kata berkaitan haiwan untuk menerangkan mengenai masalah yang berkaitan dengan makanan (cth. ‘pigging out’ atau ‘makan dengan banyak atau secara tamak’) atau menggunakan imej yang menghilangkan maruah individu yang hidup dengan obesiti. Obesiti adalah masalah kompleks yang dipacu oleh kemiskinan dan komponen genetik, psikologi dan alam sekitar secara signifikan. Dehumanisasi secara jelas atau tidak jelas daripada mana-mana kumpulan adalah salah secara moral dan dalam konteks obesiti, apa yang kita juga tahu ialah stigma yang mengelilingi obesiti sebenarnya merupakan halangan untuk membuat perubahan gaya hidup sihat untuk jangka panjang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Tarikh Reviu: April 4, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut