Berfikiran Positif Bantu Anda Hidup 7.5 Tahun Lebih Lama

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 3 minit bacaan

Mungkin ramai yang bersetuju bahawa pemikiran dan persepsi kita mempengaruhi tindak balas fisiologi. Rasa stres melampau, contohnya, boleh menyebabkan manifestasi simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan masalah tidur. Walau bagaimanapun, sebaliknya, sejauh mana berfikiran positif dapat memberi kesan kepada tahap kesihatan anda?

Bagi sesetengah skeptik, keraguan terhadap kesan berfikiran terhadap tahap kesihatan adalah kerana kerisauan jika ia boleh membuka pintu kepada rawatan pseudosaintifik. Tetapi berfikiran positif bukanlah sekadar ketiadaan pemikiran negatif, sebaliknya ia adalah menganggap halangan sebagai cabaran yang dapat diatasi yang seterusnya mendorong individu tersebut untuk mengambil tindakan aktif bagi keadaan mereka.

Jadi, bolehkah sesuatu yang hanya bermain dalam alam fikiran benar-benar mempengaruhi kesihatan fizikal anda?

Kesan plasebo dan berfikiran positif

Pengharapan positif boleh memberi impak yang hebat. Ia boleh dilihat sebagai rawatan ‘sebenar’, seperti yang terbukti dengan kesan plasebo. Jika anda fikir anda telah diberi ubat yang akan membuat anda lebih baik, sangkaan tersebut sahaja sudah cukup untuk menjadikan anda lebih baik.

Apabila diberi pil gula sebagai ganti ubat preskripsi, secara purata 30% subjek akan menunjukkan tindak balas positif. Apa yang menyebabkan tindak balas ini bukanlah bahan fizikal tetapi kaitan antara pemikiran minda dan badan. Oleh itu, tindak balas rawatan tidak hanya bergantung kepada jenis rawatan, tetapi juga sokongan sosial atau pengurangan stres dan pemikiran positif.

Terdapat banyak mekanisme yang boleh menjelaskan kesan plasebo. Menurut Jo Marchant, pengarang Cure, keadaan mental kita boleh memberi kesan kepada persepsi simptom seperti sakit, mual, keletihan dan kemurungan. Kerana akhirnya, simptom ini dikawal oleh minda. Sebagai contoh, ubat tahan sakit plasebo menyebabkan pembebasan endorfin pada otak yang melegakan rasa sakit.

Kesan pemikiran positif juga boleh digambarkan melalui lawannya. Jangkaan negatif daripada pengambilan ubat boleh menghasilkan hasil negatif, yang dikenali sebagai kesan nosebo. Dalam perkataan lain, mengetahui kesan sampingan daripada ubat itu sendiri boleh menghasilkan kesan buruk meskipun tiada kesan ubat sebenar. Proses neurobiologi mungkin memainkan peranan dalam kesan nocebo dan menghasilkan kesan sampingan yang sama yang diharapkan oleh individu walaupun ia tidak wujud.

Berfikiran positif dan tahap kesihatan

Berfikiran positif juga boleh memberikan kesan jangka panjang kepada usia anda. Mereka yang menganggap proses penuaan mereka secara positif hidup secara purata 7.5 tahun lebih lama. Mereka yang berfikiran positif juga mempunyai wawasan yang lebih besar dan menjalani hidup dengan lebih bermakna. Berfikiran positif terhadap penuaan membina daya tahan terhadap penyakit dan memotivasi diri untuk mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan anda.

Sistem imun anda juga bertambah baik jika anda berfikiran positif. Kajian mendapati bahawa aktiviti pada bahagian otak yang dikaitkan dengan emosi negatif seperti ketakutan dan kesedihan berkaitan dengan sistem imun yang lebih lemah. Sebaliknya, mereka yang optimis mempunyai tindak balas imun yang lebih kuat. Orang yang lebih ceria, contohnya, kurang mengalami masalah selesema. Pesakit optimistik yang didiagnosis dengan penyakit yang membawa maut juga kerap menunjukkan perkembangan yang ketara dan konsisten setelah mendapat rawatan.

Mereka yang berfikiran positif juga lebih cenderung untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Terdapat hubungan antara optimisme dan tahap kolesterol yang lebih baik, yang mungkin disebabkan keinginan mereka menjalani gaya hidup sihat dan mahu menjadi sihat. Mereka yang berfikiran positif lebih bersungguh untuk makan secara sihat, bersenam dan lebih proaktif mengenai kesihatan mereka.

Berfikiran positif juga akan memberikan kesan pada kesejahteraan mental anda. Ia membantu anda dalam pengurusan tekanan dengan memberikan kemahiran menangani tekanan. Terdapat juga laporan mengenai risiko kemurungan yang lebih rendah disebabkan oleh kawalan mood yang lebih baik dalam mereka yang berfikiran positif.

Kesan berfikiran positif kepada tahap kesihatan anda bukanlah untuk diterjemahkan sebagai cara untuk mengelakkan rawatan konvensional. Terdapat batasan tentang sejauh mana ia benar-benar dapat memberikan perubahan. Tetapi mesej utama di sini adalah mungkin daripada memberi tumpuan kepada penyakit yang tidak dapat anda kawal, mengapa tidak menumpukan perhatian pada pemikiran dalaman anda? Siapa tahu, anda mampu mengubah keadaan anda.

Hello Health Group tidak memberikan khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Perlu Jumpa Orang, TV Dah Cukup Untuk Bersosial-Kajian, Ini Cara Baru Tingkat Kesihatan Mental!

    Anda tinggal seorang disebabkan oleh PKPB? Tonton sahaja TV kerana ia terbukti memenuhi hubungan sosial manusia dan beri kesan baik kepada kesihatan mental

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/06/2020 . 3 minit bacaan

    Dalam Sibuk Jaga Kesihatan Badan, Jangan Lupa Kesihatan Otak Anda Juga! Bahaya Jika Tak Dijaga

    Otak manusia adalah antara bahagian penting yang perlu dijaga. Terdapat beberapa cara meningkatkan kecerdasan otak yang perlu anda lakukan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/06/2020 . 3 minit bacaan

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Meroyan atau kemurungan selepas bersalin, perkara yang boleh berlaku kepada setiap wanita melahirkan anak. Mengendahkannya boleh menyebabkan ia berlanjutan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Klimaks seks merupakan salah satu daripada cara untuk meningkatkan perkembangan otak manusia. Hormon yang dirembeskan mampu memberikan kesan positif ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hubungan seksual

    Jangan Main Terjah Saja Kalau Nak Bersama Si Dia, Ini Sebabnya- Ada Kaitan Dengan Mental!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat-meditasi-berjalan

    Nak Elak Pergi Gim Sepanjang PKPP Ini? Apa Kata Lakukan Meditasi Berjalan, Mudah & Banyak Manfaat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    risiko-masalah-kesihatan-lelaki

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan