Suami Isteri Tahu Ke Berapa Lama Seks Perlu Berlangsung?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Seks, ia adalah salah satu daripada kenikmatan dalam kehidupan yang boleh dan perlu dikecapi oleh setiap pasangan suami isteri. Namun, sering sahaja kita disajikan dengan cerita pasangan yang ‘tewas awal’ di ranjang. Jadi, berapa lama seks perlu berlangsung sebenarnya? Ikuti jawapannya dalam artikel ini!

Tewas awal, salah lelaki atau wanita?

Sebagai lelaki dan suami, anda adalah nakhoda kapal laut yang sedang belayar menuju ke destinasi. Ia adalah tanggungjawab anda untuk mengemudi dan mengepalai setiap aspek kehidupan dalam alam perkahwinan termasuklah seks. Jika anda gagal, kapal laut yang anda kawal itu pasti akan tenggelam dan karam di lautan yang penuh pancaroba.

Disebabkan itu, lelaki sering dipersalahkan setiap kali hubungan seks yang dilakukan itu terlalu singkat dan kurang memuaskan. Ya, ia mungkin salah anda. Namun, wanita juga tidak boleh lepas tangan begitu sahaja. Hubungan intim melibatkan dua individu, bukan? Jadi, tidak adil untuk menyalahkan satu pihak sahaja.

Berapa lama seks perlu berlangsung?

Berbalik kepada persoalan utama artikel, berapa lama hubungan intim perlu berlangsung? Sebenarnya, terlalu banyak pendapat yang berbeza mengikut pakar masing-masing.

Menurut soal selidik yang dilakukan oleh syarikat kondom SKYN terhadap 2,000 individu dewasa, secara puratanya mereka mengatakan bahawa 28 minit adalah waktu yang paling ideal. Manakala menurut soal selidik yang dilakukan oleh syarikat alatan seks Lovehoney terhadap 4,440 individu dewasa pula, secara puratanya mereka mengatakan bahawa 19 minit sudah memadai.

Namun, ini adalah pendapat dari orang ramai. Mungkin mereka menyatakan waktu ini adalah meliputi dari awal perlakuan hubungan intim, bukan sekadar penetrasi semata-mata.

seks

Apa kata pakar?

Holly Richmond, Phd, seorang pakar terapi seks mengatakan nombor yang terdapat dalam soal selidik itu mungkin sedikit tinggi. Beliau menyatakan bahawa secara purata, 9 hingga 12 minit sebenarnya adalah waktu yang paling ideal untuk melakukan hubungan pentrasi. 

Ini tidak termasuk waktu adegan ‘ringan-ringan’ atau foreplay. Jadi, ia terpulang kepada pasangan suami isteri itu sendiri untuk ‘pembuka selera’ sebelum ‘hidangan utama’. Apa yang penting, penetrasi disarankan untuk dilakukan dalam lingkungan 9 hingga 12 minit sahaja.

Jika anda merupakan seorang lelaki yang gagah perkasa lantas dapat bertahan lebih lama, ia tidak akan mendatangkan sebarang masalah. Cuma jangan pula sampai mencecah sehingga 1 jam atau lebih kerana berisiko mengakibatkan pasangan anda terlalu letih melayan anda.

Jika anda merupakan seorang lelaki yang kerap ‘tewas awal’ pula, ia mungkin mendatangkan masalah. Pasangan wanita anda mungkin akan kecewa dengan prestasi anda, sekali gus menjejaskan kehidupan seks anda berdua.

Selain itu, waktu seks perlu berlangsung juga mungkin dipengaruhi kepada beberapa faktor lain seperti saiz dan bentuk zakar yang memang berbeza bagi setiap lelaki. Jadi, tiada sebarang waktu yang ‘normal’ untuk melakukan hubungan intim, ia terpulang kepada anda dan pasangan.

Konklusi

Kesimpulannya, anda sebagai lelaki dan suami perlu menjadi ketua dalam setiap aspek rumah tangga termasuklah seks. Jadi, jika anda kerap ‘tewas awal’ lalu membuat isteri tercinta anda kecewa, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan, ya?  

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut