Peranti Elektronik Menyebabkan Pengambilan Gula Yang Tinggi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019

Meskipun corak pengambilan minuman bergula semakin menurun, minuman tenaga dan minuman berkarbonat masih lagi merangkumi sebahagian besar diet populasi remaja. Pengambilan minuman tersebut secara kerap sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti dan pelbagai jenis penyakit metabolik yang lain. Ini memandangkan ia mengandungi jumlah gula dan kafein yang agak tinggi. Baru-baru ini, kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang banyak menggunakan peranti elektronik, seringkali terikat dengan pengambilan minuman tersebut. Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kajian terhadap pelajar sekolah di Amerika Syarikat

Kajian yang diterbitkan di platform jurnal PLOS ONE telah mendapati bahawa, 27% daripada jumlah populasi remaja di Amerika Syarikat mengambil minuman bergula melebihi apa yang disyorkan kepada mereka. Paten yang lebih kurang sama juga dapat dilihat pada pengambilan minuman berkafein di mana, 21% daripada jumlah populasi tersebut cenderung untuk melebihi had yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Dapatan kajian ini dikaitkan dengan peningkatan pada tahap penggunaan peranti elektronik terutamanya televisyen dalam kalangan remaja sebagai puncanya. Tambahan masa menonton televisyen selama sejam boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 32% bagi remaja tersebut untuk mengambil minuman bergula melebihi rekomendasi WHO manakala minuman berkafein pula mempunyai risiko peningkatan setinggi 28%. Peningkatan risiko ini tidak terhad kepada satu jenis peranti sahaja namun televisyen adalah merupakan peranti yang menyebabkan tahap risiko tertinggi berbanding dengan peranti-peranti yang lain.

Pada mulanya, mereka menganggap permainan video mempunyai kaitan yang kuat dengan kecenderungan seseorang untuk melebihi had pengambilan gula dan kafein, namun kajian ini menunjukkan dapatan yang sebaliknya. Peningkatan pengambilan minuman tersebut boleh mendorong kepada diagnosis penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan strok pada usia yang muda.

Sosial media dan risiko pengambilan minuman bergula

Walaupun secara umumnya lebih ramai wanita menggunakan sosial media berbanding lelaki, namun, mereka kurang menggunakan peranti lain seperti televisyen atau permainan video. Disebabkan itu, lelaki mempunyai kadar pengambilan minuman bergula dan berkafein lebih tinggi berbanding dengan wanita. Setakat ini, kita tidak mempunyai data yang cukup berkenaan dengan kajian berkaitan hubungan di antara sosial media dan pengambilan minuman bergula/ berkafein. Kajian yang dibuat pada tahun 2015 yang melibatkan hampir 10,000 pelajar gred 7 hingga gred 12 di Kanada telah mendapati bahawa 40% daripada mereka menggunakan media sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam sehari.

Jika dilihat kepada kadar pengambilan minuman dan penggunaan sosial media, mereka yang menggunakan medium tersebut sekurang-kurangnya 2 jam sehari mempunyai:

  • 2 kali ganda kebarangkalian untuk mengambil minuman bergula/ berkafein  pada minggu sebelumnya
  • 3 kali ganda kebarangkalian untuk mengambil minuman tenaga pada tempoh setahun sebelumnya

Walau bagaimanapun, kajian lanjut perlu dijalankan bagi mengkaji secara mendalam hubungan di antara dua pemboleh ubah ini.

Konklusi

Kajian sebegini adalah penting untuk memberikan gambaran awal terhadap sasaran realistik dalam usaha untuk mengubah gaya hidup populasi remaja ke arah yang lebih sihat. Pengambilan minuman bergula dan berkafein yang berleluasa dalam kalangan remaja boleh menyebabkan peningkatan jumlah kes penyakit kronik pada usia muda. Langkah pencegahan awal perlu dilaksanakan bagi mengelakkan komplikasi kesan daripada pengambilan minuman tersebut melebihi apa yang disyorkan oleh WHO.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Elakkan 7 Makanan Ini Atau Anda Akan Berjaga Sampai Pagi!

    Anda susah nak pejamkan mata? Haaa...mungkin puncanya apa yang anda makan. Ada 7 jenis makanan harus dihindari kerana menjejaskan kualiti tidur, jom semak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    JANGAN Ambil 9 Makanan Ini Jika Anda Ingin Elak Diabetes!

    Jika anda ingin menghindari diabetes, elak makanan yang mengandungi jumlah karbohidrat dan gula yang tinggi. Berikut merupakan antara makanan tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Lagi Kesan Buruk Makan Makanan Segera- TINGKATKAN Risiko Penyakit Kronik

    Ramai yang lebih gemar mengambil makanan segera di restoran luar berbanding masak sendiri. Namun, adakah pengambilannya baik untuk kesihatan anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Bagaimana Ingin Tahu Tanda Kencing Manis Ketika Hamil?

    Penting untuk bakal ibu cakna tentang tanda kencing manis ketika hamil ini agar anda mampu untuk membuat persediaan kehamilan yang rapi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Artikel lain untuk anda

    pemanis buatan

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/05/2020
    kopi 3 in 1

    Anda Penggemar Kopi Segera? Baca Ini Dulu Sebelum Sediakan Minuman Berbuka Nanti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/04/2020

    Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/04/2020
    teh kombucha

    Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/04/2020